Tuesday, November 2, 2021

second year : satu kesimpulan

  1. makin gemuk setiap kali musim final
  2. dapat belajar dengan lecturer best best
  3. dapat kenal ustaz yang baru. ^^
  4. bila balik rumah akan jadi kurus balik. akan!
  5. duit ptptn masuk lambat. agak terseksa T_______________T
  6. masuk lambat tapi habis cepat
  7. frust bila minta jpa tak dapat. tak tahu boleh pakai lagi tak result sem ni.
  8. selalu isi borang scholarship separuh jalan tambah-tambah bila depa mintak surat 500 perkataan bagai, surat reference, and bla bla bla.
  9. tukar mahallah safiyyah. keputusan yang mengundang kontroversi. keh3
  10. rajin la gak gi library dengan budak gemuk last sem tapi sem ni dah kurang sebab budak gemuk ajak study kat lawsoc.
  11. sem lepas jugak rajin gi consult lecturer tapi sem ni dah kurang jugak.
  12. dah lama tak lepak bilik madam norlia
  13. pesal dah lama tak gi lepak bilik madam?
  14. yelah, ingat bilik madam tu kafe ke nak gi lepak-lepak?
  15. kafe aikol busuk la
  16. mak cik nasi ayam lipstick merah garang
  17. kite suke makan nugget aikol setiap pagi petang malam
  18. dalam masa satu tahun jadi budak second year ni, adalah dalam 4 orang anak sedara yang keluar.
  19. sebilik ngan amoi cik pen tapi kite tinggal dia sorang-sorang dah kat sumayyah. next sem cik pen nak datang safiyyah. yeay!
  20. nak kahwin
  21. pergi camping kat pahang under arc club dengan kawan-kawan yang best and ustaz the pengawal peribadi
  22. camping tu manager dia tak best. plan sume spoil sebab dia.
  23. masuk mooting competition dengan foreigner: alen and sabee. tergeliat lidah lepas dua hari mooting. eh sijil tak dapat lagi ni weh.
  24. sem ni rasa cepat je berlalu
  25. ade cite dua alam dr rozmey.
  26. for the first time rasanya dapat jawab exam ungs sebab ada kawan setadi and buat esaimen yang best. huu
  27. memasak dalam bilik. thanks kakakku sebab bagi rice cooker.
  28. sekali tak pergi kelas (kecuali ungs) sebab terover slept. sekali lagi over gak slept tuh tapi pergi juga walaupun sedar diri dah lambat. masuk kelas yang start kul 8 at 8.35. nasib baik madam wan noraini baik.
  29. kite sayang giler ngan madam wan noraini..
  30. terover slept sebab ada masalah selalu kena kacau. so kena tidur hanya selepas 3 pagi.
  31. sedih kan! dahla kelas succession selalu jadi mangsa. takleh imagine kalau benda ni jadi last sem. ada class criminal at 8 a.m!
  32. malas dah nak gi safiyyah sebab gaduh ngn akak cashier. nasi ngan ayam rm3.50. what?!
  33. malasnya nak packing barangggggggggg
  34. eh next sem kiteeeee dah third year ekk?
  35. kitee dah tua.
  36. dah boleh minta permission untuk kahwin kan? huhu
  37. tadi kita gi makan meatball kat ikea.
  38. langsung tak sedap. muak nak muntah. berchentaaaaaa la nak habiskan 10 bijik tuh.
  39. okay lain kali takmo dah makan meatball.
  40. makan pecel lagi best!
kesimpulannya: tak ada motiiiiiiipp

Tuesday, August 18, 2015

rindu :)

kenangan lama ketika masih belajar di iium.

rindunya,.

rindu nak pergi library.
biasanya akan jalan sorang2 ke library
atau naik motor parking sebelah ITD
menyelusuri tangga mahallah dan pergi ke kedai runcit berdekatan
beli bekalan kopi dan roti
chewing gum
gula-gula
snack
roti pau
huhu.
pergi library dah macam nak pergi picnic.

yang pasti, sambil jalan, sambil telinga sumbat dengan earphone
pasang lagu kuat2 kat henfon.
pakai baju jaket hitam labuh.
bawak bagpack
seronok begini.
rasa selamat

sampai di library, pilih cubicle yang paling sunyi sekali
ironinya
pergi ke library bawa buku sendiri
walaupun berat2
huhu
memang niat pergi hanya untuk buat nota
sebab kat library lebih fokus dan tenang
dan jauh dari laptop supaya tak menerawang ke tempat lain
thank God masa tu belum ada lagi smartphone
fuh.



Monday, December 30, 2013

kenapa saya bertudung labuh?

Assalamualaikum.

wah. setelah tiga bulan.

dah lama kan tak menulis kat sini - fourth year, what do you expect? nak bernafas ni pun nasib baik sempat. memang tak cukup kaki tangan lah nak buat semua benda dalam satu masa. sebanyak mana pun kerja, tangan tetap ada dua. kaki pun sama.

sekarang time study week - of courselah tak ada class and assignments. tapi.... ada baaanyak sangat topik nak kena cover. ye siti nurhafiza memang macam ni. selalu buat-buat busy kan.

on a serious note, this semester, i've learnt a lot!

antaranya. belajar bertudung labuh (balik). he. dulu dah pakai tudung labuh time kat matrik. tapi bila masuk gombak ni, jadi banyak pengaruh rakan sebaya, terpakai tudung bidang 45 je. tapi, still cover aurat. tapi tu lah, tak cover sepenuhnya macam tudung labuh :(


bila dah pakai tudung labuh ni, perasaan dia sangat...... em, how to say ya. tak boleh nak cakap lah. memang sangat best! tambah-tambah daripada segi gangguan. this is very important. kalau dulu, memang bahaya sangat jalan sorang-sorang. sekarang ni dah selamat :) boleh jalan laju-laju dengan muka tak ada perasaan depan brothers 45 orang pun. tak kisah dah. i'm covered!

perfectly covered!

pernah saya keluar ke uptown danau kota satu hari dengan cousin. kalau dah ke uptown tu memang lewat malam lah kan. tapi tak apa, sebab dengan cousin and her husband, as well as my sister. so kami berempat pergi ke sana around 10 pm. saya berjalan dengan cousin and adik. saya pegang erat lengan cousin. takut! ramai sangat lelaki yang menakutkan. tapi..

dorang tak pandang pun! subhanallah. in fact, bila saya nak lalu kat tempat crowded, they'll say:

"weh tepilah korang, ustazah kita nak lalu ni"

sampai macam tu sekali respect nya dorang kat wanita bertudung labuh. saya pandang sekeliling, penuh dengan gadis-gadis yang berpakaian ketat dan free hair. mereka menjadi mangsa pandangan dan siulan lelaki-lelaki tadi. lelaki yang sama yang memberi jalan kepada saya. yang memandang saya dengan penuh hormat. sama.

status seorang wanita tu sebenarnya terletak di pakaian mereka. they themselves who choose to be cheap or expensive. please sangat sangat. harga diri kita terlalu mahal. jangan sekali-kali kita downgrade hak suami kita. dah tunjuk sana sini, tapi bila nak kahwin, nak juga letak hantaran mahal-mahal.

sangat. kelakar.

sem ni juga saya belajar pakai purdah. tapi pakai purdah ni perlukan konsistensi yang tinggi. so untuk permulaan, saya pakai kat tempat yang tak ada orang kenal dulu supaya tak ada high expectation.

setiap hari selasa, saya and kawan-kawan akan ke masjid muaz bin jabal kat setiawangsa untuk dengar ta'lim daripada habib ali zaenal abidin. start after isya' and biasanya habis after 11 tapi kami terpaksa balik 11pm sebab takut tak sempat nak balik dengan bas rapid yang ada until 12 pm je. pergi sana dari uia kena naik bas rapid sampai ke terminal putra, and naik lrt lebih kurang 10 minit ke stesen setiawangsa.

considering the journey are all with the gurls, very late at night, so saya decide untuk protect diri saya dengan memakai purdah. i think it's a very nice shield and yes, proven! very protective. terima kasih banyak banyak kepada sahabat saya yang cantik berpurdah - kak sya. thanks for this purdah!

 sempat hasut fifi (purple jubah) untuk pakai juga. she likes it!




not only for ta'lim outside uia, saya akan pakai purdah juga kalau ke majlis dalam uia yang buat malam-malam. like stabaz (night stall and bazaar open during convocation week) and majlis agama yang balik lewat malam, bercampur jantina. this is a shield, in sya Allah will wear this permanently with Allah's grace and husband's permission one day.

sebenarnya, memakai purdah ni bukanlah satu kewajipan. tapi saya membuat satu analogi mudah.

bidadari

saya analogikan wanita berpurdah ni dengan bidadari - terlindung, terpelihara, and rupa yang tak boleh nak dibayangkan. misteri, tapi cantik.


:)





reminiscing

2012.

celebrate the end of 2012 with -

exam evidence -.-'

alhamdulillah. Allah mudahkan tapi tak tahu betul ke tak. harus solat hajat banyak-banyak and baca surah taaha banyak-banyak untuk lembutkan hati lecturer.

bismillahirahmanirrahim.

this is just to reminisce segala-gala yang terjadi dalam hidup sepanjang tahun 2012. just to highlight certain months yang remarkable. perkara yang wajib setiap tahun is to cerita everything yang terjadi within one year dalam ni supaya nanti bila dah tua-tua, boleh tengok balik. and.

boleh cerita kat sarera.

siapa sarera?

*senyum pandang lantai*

so kita sum up everything, yang terjadi since 1.1.2012 until hari ini - 31.12.2012.


January

-1 january : kerajaan malaysia bagi hadiah. tapi hadiah apa adalah rahsia :)


March

- Allah bagi hadiah, pergi mekah & madinah. subhanallah. tak pernah terbayang pun akan terjejak kaki ke sini dalam usia sebegini dengan akhlak sebegini. yang masih terumbang-ambing. rasa tak layak sangat.

masa ni memang agak kalut juga sebab prepare everything semuanya kat uia. pergi dengan siapa lagi kalau bukan dengan syurgaku - umi abah. jumpa mereka pun masa nak berangkat kat klia. sorang-sorang prepare, hafal doa, kemas baju, kemas makanan. semua buat sendiri.

nasib baik ada sahabat-sahabat and lecturers yang banyak menolong.

nak pergi mekah pun dapat hadiah. terharuuuuuuu sangat. terima kasih kepada semua- of course you know who you are :)

April

-kali ni uia pula bagi hadiah. dapat offer ke student exchange kat Perancis. tapi, yang ni agak sedih sikit. sebab, student exchange ni will took place on June which is after final exam. after final exam, saya harus start praktikal :(

 lepas istikharah and bincang dengan lecturer2 kat sini and fikir-fikir balik offer ni,

terpaksa tolak.

teringat pesanan madam farheen ketika saya consult madam tentang hal ni.

"fiza, you have to be strong. face your fears. be strong and comel!". 


masa ni rasa down sangat sebab dilema macam ni. satu tu impian, satu lagi kewajipan. perancis kot. perancis. for God sake, perancis! it's like a dream come true.  tapi antara pergi melancong dengan praktikal, saya pilih praktikal.

terpaksa sebenarnya.


June

start praktikal di mahkamah majistret pasir puteh. mula-mula datang sini, sedihhhhh sangat. sebab tak ada kerja sangat. bila call kawan-kawan, semua dapat ofis sendiri, komputer sendiri, and kerja banyak sangat to the extend kena stay kat ofis sampai malam.

tapi alhamdulillah, banyak sangat benda best yang terjadi sepanjang praktikal kat sini.

1. dapat tengok muka penjenayah secara live. tapi tak rasa takut pun. rasa kesiannnnnn sangat. kesian sebab diorang dah tak ada freedom. tangan dah kena gari, berjalan pun kena tarik. paling kesian bila polis nak buat reman, diorang akan duduk ramai-ramai kat luar bilik majistret. duduk atas lantai tu la. tepi meja saya je. rasa nak nangis. serius nak nangis.

2. kat sini, saya tertarik dengan seorang akak ni. dia bertugas sebagai jurubahasa mahkamah. pakaian dia biasa je, tudung bawal biasa. tapi subhanallah, saya sangat kagum dengan kakak ni. setiap pagi bila datang ofis, akak ni akan start buat kerja dengan bacaan al-mathurat. bila dah pukul 9, dia akan masuk bilik solat untuk solat dhuha. kagum sangat sangat.

3. walaupun kat mahkamah ni tak banyak kerja, tapi alhamdulillah, tempat praktikal yang dekat dengan rumah membolehkan saya tolong family macam biasa. macam tengah bercuti semester. pergi ambik adik kat sekolah, masak lunch kat rumah, and balik kerja, masak untuk iftar pula. kalau tengah buat kerja kat ofis, bila dah hampir pukul 1, mesti ciklah (officemate) ni akan cakap.

"adik kita dah nak balik masak ni. nanti bawa sini sikit eh"

November

sheikh zahir datang malaysia. satu perasaan yang, em susah nak bayangkan. gembira tak terkata. macam  jumpa siti nurhaliza. in fact, dah hampir 6 tahun duduk kl ni pun tak pernah jumpa siti nurhaliza. tapi jumpa sheikh zahir!

sheikh zahir datang uia, berdiri kat depan mata, bercakap kat depan mata, tapi mata tak boleh nampak clear. sebab. em. sebab.. hee. sebab apa lagi kalau bukan nangis~! nangis terharu, tak percaya, tersentuh. mixed feelings.



thats all. the remarkable period dalam hidup saya tahun ni. sebenarnye, there are other things yang lebih major. tapi yang tu, in sya Allah will be pictured in the poem below.






*mana poem*

*hilang!*

teeheeee :D










Hmm..

Allah..

Tolong jagakan dia..

Maafkan saya..

Saya lepaskan awak, kerana Allah..

Awak tak halal buat saya..

Ikhlaskan niatku, ya Allah

:'(

Sunday, January 6, 2013

rant

since 4hb hari tu bermulalah 5 hari gap before paper seterusnya start balik 9hb ni.

sekarang dalam masa 5 hari ni dalam proses betulkan balik pergelangan tangan, jari-jari, skill menulis.

setiap kali exam hanya ada 3 jam. memanglah lama 3 jam tapi kalau ada 3 jam je untuk tulis  20 helai jawapan, 3 jam tu sekejap sangat.

since 28hb dah jadi zombies. keluar bilik mulut terkumat-kamit cakap sorang2, jalan pandang langit, tangan gerak-gerak lukis kat angin. nasib baik satu floor ni penuh dengan students law jugak. diorang boleh pandang and sengih je. tak boleh cakap banyak, dorang pun macam ni.

so macam ni lah rutin sejak 28hb tu. menghafal menghafal menghafal. cases, quran, akta. tepu.

dulu masa abah baru balik pejabat pendaftaran, bulat mata umi tengok nama yang terpampang kat sijil lahir.

"kenapa siti nurhafiza? traditional la nama ni abah" kata umi.

"tak apalah. abah nak anak kita ni nanti jadi seorang penghafal quran"

Allah. besar sungguh harapan abah. kalau tak dapat jadi penghafal quran, tapi jadi criminal lawyer boleh bah?  

okay stop buang masa. time to back to business. another 2 papers to go - criminal procedure and professional practice. criminal procedure is my favorite. all time favorite. so bila nak belajar ni semangat dia tu lain sikit lah. eksaited!


"macam tak percaya je fiza suka criminal"

"kenapa?"

"nampak kecik-kecik macam ni"

"so?"

"ingatkan fiza ni lembut-lembut, suka buat kes-kes civil je?"

"fiza suka criminal sebab fiza suka bela orang. tu je" senyum

"kalau orang tu memang salah?"

"kita semua kan boleh bertaubat? why dont we give him a second chance?"

"huh?"

"setiap orang ada kisah silam dia. kita tak tahu masa depan dia lebih cerah dari kita so daripada kita letak dia dalam penjara, kawan dengan orang jahat-jahat, baik kita letak dia kat luar. carikan dia kawan baik-baik. masukkan dia dalam PEMBINA ke..."

"ai, sempat lagi tu promote pembina kat accused?" gelak







Saturday, December 29, 2012

bakal imam dan bakal makmum

sekarang ni ada satu trend di mana gelaran "boyfren" and "girlfren" dah bertukar jadi

bakal imam. bakal makmum

*mengucap panjang*

sesenang tu dia dapat title imam? tak aci!

tak senang. payah. susah.


bagi saya, orang tu hanya layak saya panggil seorang imam apabila dia

- at least hafal juz amma 

- tak pakai seluar atas lutut

- berjimat cermat

-menjaga tutur kata, pandangan, batasan pergaulan dengan perempuan.

-solat awal - paling penting. nama lagi imam kan? eheh

yang nak jadi bakal makmum tu pula, cukup-cukuplah cakap pasal jodoh. baiki diri dulu. 

bagi saya, seseorang gadis tu belum cukup layak lagi nak cakap pasal ni kalau

- bangun tidur pukul 10 pagi

- bilik tak kemas

-baju tak lipat

-sampah buang merata

-ponteng class (menunjukkan kita ni tak berdisiplin)

-tak mandi

-solat lambat


*air mata bergenang*

memang. tak semua orang boleh jadi perfect.

tapi nak ubah benda yang boleh ubah ni bukan payah juga.

kalau nak berubah, mesti boleh.

dahlah ek guna istilah imam ngan makmum nih.

tak sesuai.

hanya untuk suami isteri sahaja.

okay? 


*senyum pandang langit*


dan Allah lebih tahu, 
apa yang kita layak dapat, 
apa yang kita berhak dapat.
apa yang kita berhak kita miliki,
apa yang kita berhak kita rasai.

dan ingat!
bukan sahaja tentang apa, tapi bila!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails