assalamualaikum.
tadi after criminal class hujan turun lebat sangat. tak boleh balik mahallah. yela mahalah kite skang ni tak ada bumbung nak balik. terpaksa berpanas dan berhujan. huu padan muka kan. sape suruh pindah mahallah.
oleh itu, after kelas criminal tadi saya lepak kat library kejap. nak cari artikel yang madam suruh cari tapi tak jumpa pulak. so belek-belek cos outline, cari kes murder sebab macam best nak baca ngeri ngeri cam tu kan, tapi tak mahula cari semua sebab penat (bahasa lembut bagi malas) so carilah kes Tham Kai You. macam Thank You je nama dia kan. well, Thank You for commiting a funny murder!
kenapa funny? cite dia camni. dorang ni member member la jual dalam pasar, jual daging khinzir. stall depan-depan tak silap. satu hari dorang gaduh. the next day, si pembunuh ni bawa geng-geng dia dengan chopper and gergaji untuk bunuh si mati. maka si mati pun mati dengan tenang. dekat chopper tu ada la rambut2 si mati (and ada juga helaian bulu khinzir sebab pisau tu guna untuk potong khinzir juga) and gergaji tu dah cukup untuk buktikan yang betapa ngerinya pembunuhan ni kan?
tapi.. ngeri tak ngeri tu question of fact. kalau ikut emosi, dah lama dah kita nak bunuh bunuh bunuhhhh je pembunuh tu kan. (kalau kita bunuh pembunuh, kita ni sape? pembunuh's pembunuh? oh succession!!) dahla yang jadi saksi kat mahkamah tu, anak si mati yang baru form 1 and form 3! imaginelah macam mana dorang nak kena recall balik every moment ayah dorang kena bunuh over and over again. trauma and anger in one.
the funny thing is! si Tham Kai You ni tak kena hukuman mati pun. he just only hanya merely liable for culpable homicide. masuk penjara je! dapat makan enam kali sehari, tido free, baju orang basuh, and tak payah dah susah-susah sara hidup dengan jual daging! grr..
tengah sorang-sorang emo kat meja library tu, ada lah sorang hamba Allah datang buat lawak.
"ada tak nampak kambing?" muka serius macam tengah cari harta karun dalam explorace.
saya buat muka pelik.
dia pun cakap, "oh ok.. saya pun tak nampak juga".
lepas tu, dia minta alamat fb lepas tanya kambing dia yang hilang tu. saya ingat nak cari gergaji kat bawah meja tapi tengah-tengah mengendap bawah meja saya lupa bahawa saya baru balik dari kelas. maka gergaji tak sesuai bawa pergi kelas.
lagi kelakar, sorang lagi hamba Allah ni yang kat depan meja saya ni..
Anonymous: Student law ke?
saya terkejut.
"dia tengok aku. tapi takkan dia cakap ngn aku".
kata saya dalam hati penuh sopan. saya tengok belakang, takde orang, then saya angguk.
Anonymous: oh, tahun berapa?
Saya: dua.
Anonymous: civil or syariah?
Saya: civil.
dia senyum. saya buat muka dont-disturb-me-or-i-will-bring-gergaji-next-time. dia takut. dia pun sambung kerja dia. i mean, reasonable question ke tuuuu?? saya tengah baca law report, ada penal code atas meja, pakai baju hitam putih hari khamis, and paling ketara saya kat law level 1!! nilah orang melayu, peramah tak bertempat! boleh lagi tanya student law ke tak. grr.
oh, lupa nak cakap.. memandangkan Tham Kai You masih hidup lagi sebab tak kena hukum gantung, saya nak cakap ni kat awak:
Tham Kai You, Thank You for giving me such an idea! A gergaji to bring!
Taknak dah pergi library sorang-sorang! T.T