Wednesday, May 5, 2010

menjemput bidadari


Menjemput bidadari by Epicentrum

bila yakin telah tiba
degup di dalam jiwa
kesabaran menjadi bunga..

sementara waktu berlalu
penantian tak berakhir sia2
saat perjalanan adalah pencarian diri

laksana Zulaikha jalani hari
sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
di penantian mencari diri
memohonkan ampunan
dipertemukan..

segerakan ku jemput engkau bidadari
bila tiba waktu kutemukan aku
ya Illahi Rabbi
keras ku mencari diri
sepenuh hati
teguhkanlahku di langkah ini
di pencarian hakikat diri
dan izinkan ku jemput bidadari
untuk bersama menujuMu
mengisi hari

kini yakin telah tiba
teguh di dalam jiwa
kesabaran adalh permata

dan waktu terus berlalu
penantian tak bererti sia-sia
saat perjalanan adalah pencarian diri

laksana Adam dan Hawa
turun ke bumi tepisah jarak dan waktu
di penantian mencari diri
memohonkan ampunan dipertemukan

bidadari telah menyentuh hati
teguhkan nurani
bidadari telah menyapa jiwa
memberikan makna

lagu ni menginsafkan sangat..
lagu ni best sangat. romantik sangat.
lagu ni pasal, lelaki ni dia ingin menyunting wanita idaman dia untuk dijadikan isteri
tapi dia ingin baiki diri dia dulu. dia menanti dengan sabar, lengkapi diri dengan ilmu dan iman
baru ingin pergi menjemput bidadari.. demi cinta ke jalan Allah

zaman sekarang, ada lagi ke cinta sebegini?
terasa kerdil tiba2..
:'(

thanks to Hlovate kerana telah menyampaikan dakwah yang sangat berkesan dalam novel baru beliau, Versus.

this lagu represents the cerita itself..
cerita tu pasal seorang lelaki, skaters, yang hidup dalam dunia skate, deck, etc.
yang every week clubbing
yang dahinya dah lama tak sentuh sejadah
nama dia Ashraff Omar (AO)

tibe2, die kenal Minn Edina secara tak sengaja
sebab lecturer dia suruh Minn ajar AO untuk AO ni siapkan projek dia
and Minn ni kirenye budak yang paling terer la kat uni dorang dalam hal2 manage program ni.

AO ni, bila jumpa Minn, memang dia benci sangat2 sbb Minn ni skema, pakai tudung, pakai baju XXXL, pakai seluar longgar. kiranya memang bertentangan habis la dengan ciri2 gadis idaman dia..

tapi last2, AO finally tahu yang Minn ni sebenarnya dulu adalah minah skater yang tak kurang hebatnye. dulu pernah free hair, and hidup macam dia jugak. tapi Minn sekarang dah berubah sebab ikut wasiat arwah atuk dia.

AO pun jatuh cinta kat Minn. tapi AO malu sebab dia teruk. dia tak sehebat Minn. dia tak pernah sembahyang, dia dah lame tak pegang Quran. dia rasa kerdil sangat dengan Minn. last2, AO sambung study kat Aussie membawa hati yang luka.

kat Aussie, baru dia kenal erti Islam. AO memang berubah 360 darjah. one day, dia balik Malaysia, dia jumpa Minn, and Minn terkejut sangat dengan perubahan AO. bila cakap dah tak pandang mata, dah pandai menjaga solat, dah selalu ikut usrah.. and Minn pulak yang rase kerdil kat sini.
Minn rase dia tak setanding AO. memang dia dah tutup aurat, sembahyang cukup, puasa penuh. tapi dia tak sehebat AO. tak sembahyang sunat sebelum sembahyang fardhu, tak puasa sunat, tak join usrah, and banyak lagi..

start daripada tu, Minn tak nak kalah ngan AO. dia pun try untuk jadi a better muslim jugak.
tibe2 AO buat lawak tak lucu ajak Minn kahwin. pelikla diorang tak pernah confess perasaan masing2, tak pernah tunjuk sayang atau suka pun. tapi tibe2 je AO propose Minn.
lepas istikharah, Minn pun setuju..

macam lagu menjemput bidadari ni kan? masing2 dalam proses mencari diri untuk ke jalan mencari Allah. bila dah yakin dengan iman, baru si suami melamar isterinya.
bukan senang nak kahwin sebenarnya. macam dalam cerita ni, hlovate guna banyak rujukan seperti; Principles of Marriage and Family Ethics by Ibrahim Amini, Di Jalan Dakwah aku menikah by Takariawan, The Rights and Duties of Women in Islam by Sh. Abd Ghaffar Hassan and Romanticism: A Weapon of Satan by Harun Yahya.



Thanks to someone sebab hadiahkan buku yang berharga ni.. selalu menangis bila dengar lagu menjemput bidadari.. Thanks :) 

semoga kita sama2 mendapat hidayahNYA untuk berubah ke arah yang lebih baik sebelum awak menjemput bidadari awak, begitu juga saya. insya Allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails