Sunday, September 12, 2010

kehilangan dato sosilawati terjawab

pagi raya

berita menyiarkan suasana di perkarangan rumah dato yang suram dan sepi. takde satu kereta pun bergerak seinci. anak2 dia tak nak jumpa sape sape. masa tu , even saya yang takde kene mengena ngan dorang ni pon dah rase sedih sesangat. kesian dorang kan. dahlah dato tu ibu tunggal. mesti segala2nya bergantung kat ibu. ibulah ayah, ibulah ibu. and kehilangan ibu selama 10 hari (time raya tu) memang cukup2 memberikan kesan.

raya ketiga

malam tadi, around pukul 12 kot. terbaca kat status someone kat fb, breaking news pasal dato sosi dah dijumpai. tapi bukan dalam keadaan yang biasa. bukan macam kita kita ni. bukan. tapi dalam keadaan HANGUS RENTUNG TERBAKAR. ye, anda tak silap baca. Hangus, Rentung, Terbakar.

start daripada tu, terus follow updates pasal dato ni kat google. ramai orang bertweet2 pasal ni. fuh memang hot news macam goreng pisang panas. tapi sekarang goreng pisang tak best dah. sebenarnya tak kompem pun lagi yang badan tersebut adalah milik dato tapi memandangkan yang dijumpai tu adalah 4 mayat, and dato pun hilang berempat, maka.. adalah diandaikan sebegitu pada mulanya.

latest news

tengok berita awani 7.45 malam tadi, mayat berikut still tak confirm sape officially sebab nak tunggu DNA test dulu. tapi kalau ikutkan circumstantial evidence atau qarinah la kan, mayat tu boleh dikatakan milik beliau dan 3 orang lelaki tersebut sebab yang bawa polis ke tempat penemuan mangsa tu adalah suspek2 yang ditahan tu sendiri. mereka mengaku mereka yang pukul mangsa sehingga mati, dan bakar mangsa. (nasib baik bakar tu time dah meninggal, tak boleh imagine macam mana kalau kena bakar hidup2).

8 orang suspek telah ditahan, termasuk seorang budak umur 19 tahun. hum, dah boleh kena hukum gantung kalau bersalah sebab dah lepas umur kesalahan tanggungan jenayah. heh. (baru lepas belajar infancy ngan dr baha). and dipercayai, suspek utama adalah orang terakhir yang menemui mangsa iaitu seorang peguam, yang juga seorang dato. peguam tu kena tahan sama-sama ngan adik dia, yang juga seorang peguam. (kedua2nya pernah digantung lesen guaman selama setahun oleh bar council tidak lama dahulu) macam mana lah golongan professional macam ni boleh melakukan satu jenayah ngeri dan kejam dan tidak berperikemanusiaan ni? betullah, dunia dah nak tamat. takde sape dah boleh percaya.

mungkin dato peguam tu skip class kot masa lecturer dia ajar criminal law bab murder dulu. nape lah dia boleh tergamak buat benda tu sedangkan dia dah tahu hukuman yang menanti. dia arif lah pasal undang2 sampai boleh jadi lawyer berpangkat dato tu kan.

walau macammana kecoh pun malaysia tentang berita ni, diminta agar jagalah perasaan keluarga arwah-arwah berkenaan. kita dengan andaian masing2, sedangkan mereka, masih berharap agar ibu dan ayah(the banker, driver and lawyer) mereka pulang ke rumah dengan keadaan selamat. bayangkanlah perasaan mereka. beraya tanpa ibu, ayah, suami. boleh bayangkan tak? dah jahit baju, dah tempah kuih muih nak makan sama2, dah janji ngn anak2 nak bawa balik kampung, dah janji nak bagi duit raya, nak salam time pagi raya tapi semuanya dah hilang. hanya angan2 yang mungkin dah takkan dikecapi untuk selama-lamanya.

sesungguhnya, kepadaNya lah tempat yang harus kita kembali. innalillahi wainna ilaihi rojiun

p.s: umi cakap, orang yang mati terbakar ni syahid kecil. betul tak? kalau betul alhamdulillah. husnul khatimah bagi mereka.

(entry ni takde gambar sebab tak nak upload gambar orang yang dah meninggal)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails