Sunday, January 8, 2012

jodoh tu memang rahsia Allah

tadi, kat news feed facebook keluar update daripada kawan saya ni, album gambar dia dengan suami dia kat kuwait. alhamdulillah, bahagia sangat tengok.

rasa terpanggil nak cerita nasib dia. betullah, lepas hujan mesti ada pelangi. and segala apa yang kita rancang, Allah lebih tahu apa yang terbaik.

kisahnya begini, kawan saya ni, dia berkahwin atas pilihan orang tua. dia pernah couple daripada sekolah, tapi bf dia meninggal accident. sedih kan. tak terbayang perasaan dia masa tu.

tapi tak lama lepas tu, dia couple lagi. dengan orang yang suka dia since sekolah. memang couple dah janji sehidup semati la. dah serius dah. and memang lelaki tu sayang sangat-sangat kat dia.

lama juga dia couple ngan laki tu. sepanjang degree, memang mereka bersama. tambah-tambah dapat universiti kat negeri yang sama.

tapi malang sekali lagi menimpa dia, sebab hubungan tu tak direstui keluarga kawan saya ni. sebab dia adalah satu-satunya anak perempuan, mak dia mahu carikan sendiri bakal suami untuk anak perempuan dia.

bakal suami dia student mesir, ustaz. memang pilihan mertua la kan. tapi kawan saya ni tak nak. yelah, siapa yang sanggup tinggalkan kekasih hati yang dah bercinta bertahun lamanya. tapi mak dia dah aturkan segala-galanya. sehinggalah rombongan meminang datang. time tu, kawan saya ni dah tahun terakhir degree.

nak buat apa lagi kalau dah pilihan mak ayah. hanya mampu menangis. kesian sangat tengok dia. lagi kesian tengok bf dia. bf dia baik, tapi bukan pilihan. Allah ada plan lagi baik punya kan?

sepanjang tempoh pertunangan tu, kawan saya dan tunang dia yang belajar kat mesir tu berkenalan. and kesedihan tu dah semakin kurang. bila dah jodoh, akan ada chemistry jugak walau tak suka macam mana pun kan.

satu hari tu, saya terjumpa kawan saya ni kat pejabat pos. muka berseri-seri nak poskan kad jemputan kahwin. alhamdulillah, dia dah makin bahagia. terharu sangat tengok.

comel sangat tengok kawan saya ni dengan suami dia. muka sebijik sama! masya Allah! macam mana lah manusia yang tak ada talian darah boleh muka sama macam ni. indahnya aturan Allah kan.

lebih indah lagi bila kawan saya pun dah pregnant sekarang ni. ^^

Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya kaktus berduri.
Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu.
Saya sedih & kecewa.
Namun kemudiannya, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Allah. Indah pada masanya.
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan.
kadang2 kita sedih, kecewa, terluka tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita.

Allah bagi kita duduk di tempat yang bahagia, tapi kita kena naik tangga berliku tinggi untuk sampai ke tempat tu. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails