Sunday, October 31, 2010

Wise





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.


Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini.

Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.


Puteramu,
Ajib



** sumber dari facebook.


tak kenal pun sape Ajib ni, tapi kata-katanya sangat luar biasa. semoga Allah memudahkan urusan beliau. niat yang suci tidak harus diperlengahkan!

:)

Saturday, October 30, 2010

sweet!



Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..entah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ke tak?? Hmm..kalau ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi

Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak perasan lagi ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok je…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,
Suamimu

*credits to facebook*

Saturday, October 16, 2010

maaf.


ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiwa
agar mudah ku mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan Illahi

ku biarkan pena menulis
menghurai maksudnya di hati
moga terubat segala keresahan di jiwa
tak pernah ku ingini

aku telah pun sedaya tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku
kasih yang lama terjalin
berderai bagaikan kaca
oh teman, maafkanlah diriku..

oh Tuhan,
tunjukkanku jalan untuk menempuhi dugaan ini
teman, maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina akan ke akhirnya

aku tidak kan terdaya menahan hibanya rasa
kau pergi meninggalkan diriku
redhalah apa terjadi
usahlah dikau kesali
mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

** seven years of friendship, i think you know me better. i have no one but you. only you as my bestfriend **



Monday, October 4, 2010

personal taste, personal preference, etc.

weekend adalah masa untuk siti nurhafiza binti shari fly ke korea.

err.. tapi kena balik malaysia balik sebab kena pergi class leadership hari sabtu. [?] T.T

okay okay. ini cerita tipu.

weekend hari tu, habiskan 16 episod personal taste. mula-mula macam dah tobat siketla tak nak dah tengok cite korea time nak final macam ni. tapi disebabkan keboringan yang amat sangat. tambah pula takde duit nak keluar. dan juga cafe tutup sebab stabaz (apa kaitannya?) so saya pun terbuka la laptop tertengok cerite korea. adoi. sekali tengok, memang takleh nak resist dah. addict!

personal taste

tu tajuk cerita ni. hm, cerita dia sangat best, tapi takleh lari la dari cliche cerita korea. have to bear with it. or else it's not korean drama la kan. cliche dia, macam biasa.. a handsome man, puuurrrrfectly heart-rob, jatuh hati kat seorang perempuan sederhana yang sangat naif dan strict dan baik.



the handsome guy : lee min ho



the princess frog : son ye jin

heroin dia memang sangat buruk lah dorang wat mula-mula cite tu. memang ramai gak la yang sakit hati tengok hero dia lee min ho.sape tak sakit hati baik ngaku. haha. tipula kalo tak jeles. heroin dia suka pakai seluar tido besar, baju sweater besar, boots tak sama warna, pakai plaster kat dahi, and rambut serabai. and kadang2 tak mandi for 3 days. haha.

okey, cerita dia macam ni. heroin and hero first meeting is dalam bas. dalam bas tu, dorang dah start gaduh. lepas tu, dipendekkan cerita, dorang pun banyak kali terjumpa secara kebetulan and setiap kali terjumpa tu, mesti ada something yang akan lead to a conclusion yang heroin tu buat sendiri, iaitu lelaki itu gay. banyaklah benda yang berlaku. haha. part ni la memang kelakar amat.

and the rest is..

tengok sendirilah, baru tahu.

haha.

rate: 4/5

p/s: 3 idiots tu memang lawak sangat.

Sunday, September 12, 2010

kehilangan dato sosilawati terjawab

pagi raya

berita menyiarkan suasana di perkarangan rumah dato yang suram dan sepi. takde satu kereta pun bergerak seinci. anak2 dia tak nak jumpa sape sape. masa tu , even saya yang takde kene mengena ngan dorang ni pon dah rase sedih sesangat. kesian dorang kan. dahlah dato tu ibu tunggal. mesti segala2nya bergantung kat ibu. ibulah ayah, ibulah ibu. and kehilangan ibu selama 10 hari (time raya tu) memang cukup2 memberikan kesan.

raya ketiga

malam tadi, around pukul 12 kot. terbaca kat status someone kat fb, breaking news pasal dato sosi dah dijumpai. tapi bukan dalam keadaan yang biasa. bukan macam kita kita ni. bukan. tapi dalam keadaan HANGUS RENTUNG TERBAKAR. ye, anda tak silap baca. Hangus, Rentung, Terbakar.

start daripada tu, terus follow updates pasal dato ni kat google. ramai orang bertweet2 pasal ni. fuh memang hot news macam goreng pisang panas. tapi sekarang goreng pisang tak best dah. sebenarnya tak kompem pun lagi yang badan tersebut adalah milik dato tapi memandangkan yang dijumpai tu adalah 4 mayat, and dato pun hilang berempat, maka.. adalah diandaikan sebegitu pada mulanya.

latest news

tengok berita awani 7.45 malam tadi, mayat berikut still tak confirm sape officially sebab nak tunggu DNA test dulu. tapi kalau ikutkan circumstantial evidence atau qarinah la kan, mayat tu boleh dikatakan milik beliau dan 3 orang lelaki tersebut sebab yang bawa polis ke tempat penemuan mangsa tu adalah suspek2 yang ditahan tu sendiri. mereka mengaku mereka yang pukul mangsa sehingga mati, dan bakar mangsa. (nasib baik bakar tu time dah meninggal, tak boleh imagine macam mana kalau kena bakar hidup2).

8 orang suspek telah ditahan, termasuk seorang budak umur 19 tahun. hum, dah boleh kena hukum gantung kalau bersalah sebab dah lepas umur kesalahan tanggungan jenayah. heh. (baru lepas belajar infancy ngan dr baha). and dipercayai, suspek utama adalah orang terakhir yang menemui mangsa iaitu seorang peguam, yang juga seorang dato. peguam tu kena tahan sama-sama ngan adik dia, yang juga seorang peguam. (kedua2nya pernah digantung lesen guaman selama setahun oleh bar council tidak lama dahulu) macam mana lah golongan professional macam ni boleh melakukan satu jenayah ngeri dan kejam dan tidak berperikemanusiaan ni? betullah, dunia dah nak tamat. takde sape dah boleh percaya.

mungkin dato peguam tu skip class kot masa lecturer dia ajar criminal law bab murder dulu. nape lah dia boleh tergamak buat benda tu sedangkan dia dah tahu hukuman yang menanti. dia arif lah pasal undang2 sampai boleh jadi lawyer berpangkat dato tu kan.

walau macammana kecoh pun malaysia tentang berita ni, diminta agar jagalah perasaan keluarga arwah-arwah berkenaan. kita dengan andaian masing2, sedangkan mereka, masih berharap agar ibu dan ayah(the banker, driver and lawyer) mereka pulang ke rumah dengan keadaan selamat. bayangkanlah perasaan mereka. beraya tanpa ibu, ayah, suami. boleh bayangkan tak? dah jahit baju, dah tempah kuih muih nak makan sama2, dah janji ngn anak2 nak bawa balik kampung, dah janji nak bagi duit raya, nak salam time pagi raya tapi semuanya dah hilang. hanya angan2 yang mungkin dah takkan dikecapi untuk selama-lamanya.

sesungguhnya, kepadaNya lah tempat yang harus kita kembali. innalillahi wainna ilaihi rojiun

p.s: umi cakap, orang yang mati terbakar ni syahid kecil. betul tak? kalau betul alhamdulillah. husnul khatimah bagi mereka.

(entry ni takde gambar sebab tak nak upload gambar orang yang dah meninggal)

Wednesday, September 8, 2010

sayo ore kelate


alhamdulillah sudah sampai ke malaysia kelantan pukul 3 pagi 4 sept hari tuh. balik ngn bas persatuan anak kelantan uia, sangat laju ok. pukul 10 malam betolak, sampai machang pukul 3.30 pagi. fuh. terbaiklah !

oh. bila sudah berada di kelantan, mood raya baru nak rasa. kat uia memang rasa macam puasa biasa je sebab sibuk sangat2. exam, assignment, discussion. habis je exam consti 3 september hari tu barulah rasa dapat berdiri dan bernafas sikit, lepaskan segala traffic congestion kat kepala ni dengan kes-kes dan akta.

memang tak mampu dengan kudrat tangan dan kaki yang sepasang ni untuk buat semua kerja serentak. nak update blog yang dah bersawang ni lagilah tak sempat. tulah, style buat kerja last minute. semua benda datang bertimbun serentak depan mata, masa tu barulah rasa nak terlentang tak terpikul dek beban. dushh.

betullah orang cakap. bila dah berada kat negeri luar, barulah terasa sayangnya kat negeri sendiri. macam student oversea lah, semangatnya dorang celeb merdeka tu, fuhh. tak perlu konsert segala bagai. tak perlu jerit merdeka sampai sakit tekak sedangkan rambut blonde macam mat saleh, pakai kasut mat saleh, pakai baju mat saleh, dengar lagu korea jepun. tak perlu tu semua. tengok contoh dorang sambut merdeka:


pakai baju kebangsaan sama sama kumpul marching kat bumi mat saleh. ni baru betul.
(credits to melbourne student assoc)

kesimpulannya, bila kita berada kat luar barulah kita akan rasa sayangnya kat negara kita. ha, macam nilah senang, bila benda tu dah takde depan mata, barulah kita rasa.. ya Allah, sayangnya. ye tak?

__________________________

tulah yang saya rasa, bila belajar kat kolumpo ni, rasa rindu sangat kat tempat sendiri. paling rindu, mestilah makanan. tambah2 bulan puasa ni. beli murtabak kat sini semuanya tak sedap. dahlah kuah kari. pelik je. kalo kat kelantan, murtabak dia banyak telur and kuah kaler pink yang masam masam sket tuh. sedapppp sangat. 

nasik kerabu lak, kat kl boleh cecah rm4.50 kalo letak ayam. kalo kat pasar malam pasir puteh tu selamba je leh dapat rm2.50 + ayam bakar + telur masin. rasa dia tu memanglah kompem lain. kat kelantan sangat sedap sebab nasi kerabu dia manis2. haha. pelik kan? tapi sedaplah. kelantan memang manis manis sume makanan dia. even rebus air masak pun nak bagi rasa manis sikit, letak daun pandan. hah, to that extend lah 'kemanisannya' tu, air masak pun manis ok @_@

ohhh kelantann.

kalau nak cerita satu2 memang tak cukup. kena buat blog khas kot untuk cerita apa yang best sangat kat kelantan ni. bahasa? aha, memang susah nak tiru. kalo orang johor boleh je nak cakap loghat penang, orang kolumpo nak cakap negeri, tadehal la kan. tapi kalo bahasa kelantan, nak nak bila 'ore lua' try cakap memang bunyi macam siam lah. hahah. bahasa kelate complicated sikit sebab kadang2 satu ayat tu ade dua maksud, atau satu ayat tu boleh jadi dua maksud bila tambah sabdu je. sabdu? alaa yang macam tulisan jawi tu. yang tak pandai letak sabdu tulah yang buat cakapnye macam siam.

contoh:

siam: mung ngaji mano loni
kelate: mung nngaji mmano llonih

ha, sabdu ye kat huruf yang double tu. jangan lupa ye anak-anak. (macam ustaz zamri ?) @_@

tapi walaupun belajar kat kolumpo, memang tak terasa sangat lah sebab ore kelate memang ramai di mana2. so kalo first time datang and agak2 terbelit lidah nak tukar slang kelantan tu, jangan risau sebab ramai je orang kelantan kat sini. even orang luar pun boleh cakap kelantan kalo datang belajar kat uni mana2. sebab orang kelantan memang ramai di mana2. he bangga2.

even lecturers kat uia ni mostly yang saya kenal hampir 80% la kelantanese. ada juga lecturer from kl yang leh cakap kelate macam mdm noraini. haha. memang terbaiklah bahasa kelantan mdm. exempted!

ye, memang semangat pun. semangat kelate. tiba2 berkobar2 sebab tadi terbaca kat fb someone yang sangat dikenali ni. merungut takut balik kelantan nanti broadband takde line. and ada one of those kawans dia cakap " org kelantan memang buta it. entah2 telefon pun pakai public phone lagi" duuhhh. memang T.T lah kan. mungkin dia tak tahu yang orang kelantan lah majoriti kat semua universiti kat malaysia ni sebab dia tak masuk u .






Friday, July 16, 2010

cinta sempurna


(cheesy entry, untuk meluahkan rasa cinta terpendam. hahah.. **blushhhhhhh**)






sempurnanya sifatMU
tulusnya hatiMU
jujurnya niatMU
tingginya kesabaranMU

Aku tak mampu menanggung sebuah cinta sempurna dariMU

i love you. you are so perfect. you are greatest of all. i love you with all my heart and soul. you are the only one, you are indescribable. i love you so much, and longing to see you. i want to die with your blessings. i want to live with your love. i dont want to make you mad. you are the eternal love. everyone is worshiping you day and night. i just want to live under your love eternally, even after i die.

ALLAH

i love you. i love you. i love you. i love so much.

*THANKS FOR YOUR LOVE AND ALWAYS MAKES ME HAPPY. EVEN IF SOMETIMES YOU MAKE ME DOWN, BUT I KNOW, U ARE TEACHING ME SOMETHING*

U are sooooo perfect. Thank you ALLAH, because u love me, and i know that you know how much i love you too. yes, i love you.

maha suci ALLAH yang mengurniakan rasa cinta. raja bagi segala cinta. jika dikumpulkan kesemua cinta makhluk di dunia ini, tidak sampai 1% pun daripada cinta dari Allah.

semoga beroleh cinta Allah, di dunia, dan juga di sana nanti.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails