Friday, January 7, 2011

kesempurnaannya


  1. wajah yang bercahaya bagaikan bulan purnama
  2. lebih tinggi dari orang yang rendah, dan lebih rendah dari orang yang tinggi
  3. kepalanya lebih besar daripada kebanyakan orang kerana kekuatan pemikirannya
  4. rambut bergelombang
  5. apabila beliau menyisir rambutnya, beliau akan membelah dua, jika tidak hujung rambutnya tidak melepasi cuping telinganya.
  6. kulit putih kemerahan
  7. dahinya luas
  8. keningnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah
  9. di antara keningnya, terdapat urat yang kemerah-merahan ketika marah
  10. hidungnya mancung
  11. di puncak hidungnya, tedapat cahaya yang memancar menampakkan kemancungannya
  12. janggutnya tebal
  13. kedua pipinya mulus
  14. mulutnya lebar sesuai dengan bentuk wajahnya
  15. giginya agak jarang dan teratur rapi
  16. bulu dadanya halus
  17. lehernya mulus dan putih bagaikan perak
  18. bentuk tubuhnya sederhana
  19. badannya berisi
  20. perut dan dadanya sejajar
  21. dadanya bidang
  22. jarak antara kedua bahunya agak lebar dan tulang sendinya juga besar
  23. badannya tidak ditumbuhi bulu dan nampak bersih bercahaya
  24. dari pangkal leher sampai ke pusat tumbuh bulu bagaikan satu garisan
  25. kedua hasta, bahu, dan dada bahagian atas berbulu halus
  26. kedua ruas tulang tangannya panjang
  27. telapak tangannya lebar
  28. kedua telapak tangan dan kakinya tebal
  29. jari jemarinya panjang
  30. lekukan telapak kakinya tidak menempel ke tanah sehingga tidah tersentuh air
  31. apabila berjalan, diangkat kakinya tegap
  32. melangkah tegap dan sopan
  33. jalannya cepat seakan-akan sedang menuruni ke tempat yang rendah
  34. apabila menoleh, beliau akan memalingkan seluruh badannya
  35. pandangan matanya terarah ke bawah hingga pandangannya ke bumi lebih banyak daripada pandangan ke langit
  36. pandangannya penuh makna
  37. apabila berjalan dengan sahabat, beliau akan berjalan di belakang mereka
  38. apabila berselisih, beliau terlebih dahulu akan memberi salam
  39. sentiasa menyampaikan bicara dengan ringkas dan penuh penghayatan
  40. perbicaraannya tidak terhenti-henti dan membicarakan yang penting sahaja
  41. lebih banyak diam
  42. sangat fasih
  43. tidak berlebih-lebihan dalam menggunakan bahasa supaya mudah difahami
  44. memiliki watak yang lembut, tidak kasar, dan tidak berkeras
  45. sangat menghargai hadiah walaupun kecil
  46. tidak pernah mengecam sesuatu
  47. tidak mencela dan memuji makanan
  48. tidak pernah marah kerana rasa makanan
  49. tidak pernah membela hak peribadi dirinya
  50. tidak marah demi kepentingan dirinya sendiri
  51. ketika menunjuk ke arah sesuatu, beliau tidak menggunakan seluruh tangannya
  52. ketika dikejutkan oleh sesuatu, beliau akan membalikkan telapak tangannya
  53. ketika berbicara, beliau memegang ibu jari kanannya pada telapak tangan kiri
  54. ketika marah, beliau mengubah kedudukan jari tersebut dan memalingkan muka
  55. ketika bahagia, beliau merendahkan pandangannya
  56. tidak pernah ketawa kecuali tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih seputih dan sebersih butiran salju.


baginda yang tiada tolok banding kesempurnaannya di antara semua makhluk. subhanallah.
jasamu bak selaut mutiara.. Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails