Wednesday, January 19, 2011

nantila dulu lambat lagi


"betulla.. lambat lagi nak exam. buat apa nak study awal-awal. lagipun, bukan exam final. test je pun. 15 markah je. ish ish.. baik tidur.. tidur laaaagiii best.."

bisikan syaitan suruh procrastinating selalu bermain-main dalam kepala. time tu, istighfar dan mintalah perlindungan dari Allah. hari tu dengar tazkirah Hot Fm, Ustaz Izzi cakap, dalam kehidupan kita setiap hari kita akan dengar dua bisikan; satu daripada syaitan dan satu lagi daripada malaikat. kalau kita dengar bisikan yang baik2, maka itulah bisikan dari malaikat.

sebenarnya sekarang.. memang tengah menangguh-nangguhkan kerja pun. nak study tak masuk. macam-macam penyakit datang.. antaranya selsema dan batuk sampai rasa dalam otak ni ada darah beku (ada blood clot macam Mak Mah). nak start dengan apa dulu pun tak tahu. semua test macam susah-susah la next week. level kesusahan ni saya susun ikut nombor ye.


1.Succession | 27 january | 8.30 pagi

paling susah sebab banyak sangat kes kena baca. padan muka juga sebab sebelum ni memang kes2 succession ni selalu di anak tirikan. lagi satu, sebab saya tak ada lagi statute succession!


2. Ethics and Fiqh / UNGS 3 |24 january| 5 petang

dapat tempat kedua dalam level kesusahan. yes ungs is soo not me. kalau tengok result, subjek ni lah boleh menjatuhkan pointer saya. tak pernah dapat A walau ambil ngan lecturer mana pun. lebih sakit hati bila ramai orang kata subjek ni subjek senang skor -.-' UNGS 1 & 2 i can only get B+ :(


3. Family Law 2 | 24 january | 8 malam

subjek ni tak susah dan tak senang sangat. tak senang sebab nama kes dia macam common sangat. susah nak ingat. kalau nama kelakar dan pelik macam Punnithambigai Ponniah ke Faguna Kanta Nah ke senanglah nak ingat. kalau yang ni, bak kata amal "macam nama pakcik sebelah rumah". Tapi subjek ni best sebab pasal perkahwinan. :')

4. Constitutional Law 2 | 27 january | 12 tengah hari

paling senang? taklah. sebab lecturer cakap masuk satu tajuk je. so boleh la nak letak level kesusahan kat tempat terakhir. tapi consti 2 ni macam fun sikit sebab lecturer best. tak pernah rasa boring dalam kelas consti sebab Dr Ibrahim kelakar and Dr K.A sedikit garang tapi comel.

*******

memang membunuh la sebab dalam sehari ada dua test berturut-turut. paling mencabar hari khamis nanti i.e 27 Januari. memang jawabnya kosonglah nanti kelas and tutorial Usul Fiqh sebab nak study Consti "till the last minute" (ayat sopan untuk "study last minute). lecturer saya kat uia nilai dulu pernah bagi satu pepatah arab ni. "kepenatan hari ini akan terbalas dengan kesenangan hari esok". memang betul pun sebab penat-penat study untuk exam, tapi lepas exam biasanya akan holiday :)

seperti ayat pujukan dari Allah yang meruntun kalbu dalam surah Al-Insyirah,
" verily after each difficulty, there's a relief" :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails