Wednesday, August 31, 2011

melalui hari-hari

masuk hari ni dah 5 bulan ada kat rumah. starting from bulan 4 sampai bulan 9. approximately lah. macam-macam hal berlaku. tapi best la sebab dah lama tak duduk rumah lama-lama. dah belajar masak makanan berat-berat. tak delah lunch asyik ayam kicap, tomyam, ikan tumis, ayam masak merah, je. adalah juga skill santan menyantan dengan gulai serta asam pedas sekarang ni. kalau tak banyak pun, sikit tu ada.

rindunya nak start belajar balik. jumpa kawan-kawan. thru out this holiday, ada juga terfikir. macam mana nak survive belajar nanti. boleh ke maintain macam sem-sem yang lepas. argh. boringgg. tadi my fren called. and we're like reminiscing those old days (5 months back je pon) and suddenly she tell me this.

"fiza, kite nampak kan.. orang suka sangat amik kesempatan kat fiza.. maca dorang cari fiza ni time study je.. bila time lain, dorang wat fiza ni macam tak wujud"

and i was like, terdiam. then i asked her

"how do you see me personally? am i that easy?"

"ye. kita tengok fiza ni lemah selemah-lemahnya. senangggg sangat orang nak pijak fiza."

i burst out my laugh. thats the way people perceive me. maybe other people might have their view other way round. depends. but i personally, will act differently to people based on their behaviour towards me.

if you are loud and easy, i will be loud too
if you are annoying, yes, i will be annoying too. and cynic at times
and if you're fun to be with, i will love you.

thats the rule.


Wednesday, August 17, 2011

plainly innocent

assalamualaikum.

jadi orang
inilah pekerjaan saya dari kecil
penat tak penat, saya kena kerja juga. kalau tak, apa saya nak jawab dengan 'boss' saya yang duk perhati kat atas tu, dengan bodyguard yang sibuk mencatat kiri kanan duapuluempatjam?

nak menjaga hati orang. kadang-kadang saya teringin untuk diberi kebolehan memaki orang, mencarut bila geram, tumbuk muka orang tu sepuas hati. barulah tak ada rasa yang terbuku dalam hati ni. tapi saya tak dapat kebolehan ni.

apa yang saya dapat hanyalah lari daripada dia sejauh mungkin. menangis depan cerita korea yang kelakar, menangis dalam shower, menangis dalam tidur. dan, saya juga hanya boleh menangis sekuat hati macam anak kecil di hadapan mereka yang selalu bersama saya susah dan senang. yang melemparkan senyuman di saat saya mula merasakan lelahnya menjalani hari. you know who you are.

ya. selemah itulah seorang siti nurhafiza.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan di rumah yang terakhir

assalamualaikum.

sesungguhnya,benarlah aturan Allah tu memang cantik. ada hikmah seluruh univ buka pada bulan 9. seluruh pelajar akan sempat merasa peluang berbuka di rumah. Alhamdulillah. dan yang ini mungkin yang terakhir bagi saya, tapi Alhamdulillah, Dia bagi saya puasa full kat rumah 30 hari. Alhamdulillah.

kenapa yang terakhir?

sem depan, univ akan menghabiskan semester dua pada bulan 6. jadi, bulan 6-9 adalah cuti semester. tapi sem depan, saya tak akan dapat merasa cuti itu seperti kali ni. sebagai pelajar tahun 3, saya harus mengikuti L.A.P atau Law Attachment Program yang memakan masa selama 2 bulan atau lebih. besar kemungkinan, Ramadhan tahun depan saya tidak lagi bersama mereka di rumah.

begitu juga dengan Ramadhan tahun 2013. saya akan menamatkan pengajian pada Jun 2013, tapi selepas grad, kami harus mengikuti chambering selama 9 bulan. sekali lagi, Ramadhan yang saya sambut, bukan lagi seperti tahun ni.

Tahun 2014? sudah semestinya saya sudah bergelar isteri. insya Allah, saya hanya merancang tapi Dia yang menentukan, kan?

itu semua, subject to a terminable lease yang dia boleh revoke anytime i.e umur saya di dunia ni. saya hanya penyewa bagi umur ni, bukan pemilik. bayar sewa dengan mengikuti segala perintahnya. dan sewa yang ni juga, adalah unilateral. kerana hanya satu pihak yang berkuasa. DIA boleh batalkan bila-bila masa, DIA yang tentukan syarat dan perjalanan sewaan ini dari mula, dan DIA yang boleh tentukan duit sewa kita bayar tu dia nak terima atau tak.

semoga Ramadhan tahun ni, memberi perubahan yang besar kepada diri kita semua. teringin nak jadi macam Chad dah Fend dalam Contengan Jalanan.

"betullah, hati kau.. bukan aku yang pegang. Allah yang pegang"- Fend

semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua. :')

Monday, July 11, 2011

rutin seorang career woman

salam.

alhamdulillah again, masih bernafas. wuhuu introduction macam nak berucap kat perhimpunan  kan.

aish.. sebut perhimpunan ni sensitip bebenau. dulu malas  nak gi assembly. takut mat kosu rotan sebab takleh tinggal my stokin pink ni. tapi sekarang hairan saya, orang yang beria-ia nak pergi assembly pula yang dirotan.

sebagai sorang wanita bekerjaya, saya seriously tak ada masa nak masuk campur hal politik jalanan macam ni. malas and, redha je la. sebab tak masuk umur mengundi lagi. haha.

bangun pagi solat subuh, mandikan insyirah dan aniq (my anak sedara), buat susu kat mereka, tengok cartoon dengan mereka, breakfast, minum nescaffe, pergi kerja pukul 9 pagi.

balik rehat pukul 12.30, pergi ambil batrisya kat sekolah, masak lunch, kemas dapur, solat zohor, pergi kerja balik pukul 2.30 petang.

balik rumah pukul 4.30, solat asar, bakar sampah, angkat baju kat ampaian, tutup semua tingkap, and mandi.

waaaa tetiba rajin lak kan nak tulis jadual bagai. tapi ni lah rutin harian sekarang. yang dah berubah 180 darjah. sejak jadi career woman ni. the point is, nak cakap betapa tak ade masanya saya nak pikir-pikir hal perhimpunan haram ni. buka fb pun, news feed penuh dengan BERSIH . rasa nak remove je orang yang selalu tulis status pasal ni setiap kali dia bernafas.

on a serious note, i have no tendency to any political party pun. walaupun abah is.

abah..abah.. tsk tsk..


Tuesday, June 28, 2011

cara mudah belajar law


assalamualaikum..

lama tak update. alhamdulillah, hari ni, setelah berbulan jadi suri rumah sepenuh masa, dapat juga kerja kat Syariful & Assoc. lega ade, takut ade, sedih pun ade. dah tak ada orang nak masak kat rumah, nak jaga baby lagi. semua umi kena buat sorang-sorang :( alahai beratnya hati..

sementara ada masa lagi sebelum start kerja ahad ni, bolehlah nak share hari ni cara mudah belajar law, cewahhh. tetibe tergerak hati nak tulis ni sebab malam tadi sembang ngan adik yang sekarang kat uia pj, dia macam dah give up nak ambil architecture tu sebab maths susah. and, tetiba juga teringat balik, saya dulu pun camtu juga mula-mula masuk uia. nak quit, nak tukar u, nak tukar cos. memang takleh tipulah. benda tu memang selalu.

the point is, buatlah air limau yang manis dari buah limau yang masam tu. macam saya dulu, memang tak minat pun law. and rasa macam tak tahu apa saya buat kat uia ni belajar law. dalam hati nak jadi doktor je. eh.

kalau nak dengar kata orang, memang dah lama dah quit law ni. jadi lawyer kena bela orang bersalah la, sebelah kaki kat neraka la, lawyer tak ade kerja, budak law tak ada life, budak law selalu kena tendang u, budak law kerek, etc.

so, tips yang pertama is, jangan dengar cakap orang.


memanglah kita hidup bermasyarakat kan tapi who cares pasal masa depan kita? mereka? yep, mereka memang pandang bila kita dah tinggi nanti. tapi, to be who you are, you yourself who has to decide. jangan dengar orang cakap benda ni susah, benda ni payah, benda ni mengarut. kita lah yang akan tentukan whether it is susah ke payah ke mengarut ke. depends on cara kita bawak and survive dengan benda tu.

kuatkan semangat, cakap kta boleh buat. kalau 99 orang fail exam, and sorang je lulus, cakap kat diri sendiri kita lah sorang tu. yakin, confident dengan diri sendiri. yes, i can do it!

secondly, bila dah konfiden tu, follow class hari-hari jangan ponteng. nak berjaya bukan mudah, and bukan susah juga. pergi je kelas tu. bagi saya, sebagai seorang yang kurang belajar sendiri dalam bilik ni, memang manfaatkan sangat waktu dalam kelas. fokus 600%, duduk depan sekali, jangan cakap dengan orang sebelah, elakkan duduk sebelah kawan yang banyak cakap, AND salin nota jangan berenti pun tangan tu. biar lenguh pun takpelah.


macam mana cara nak buat nota, as for me, saya lebih prefer buat nota dalam buku tulis budak sekolah yang rm0.80 satu. kalau ade lambang sekolah lagi bagus. haha. no, seriously, buku nota kecil ni sangat membantu. apart from ringan dan MURAH OF COURSEE, ia akan memudahkan kita bila nak refer nanti. senang nak bawak pergi mana-mana. hatta dalam kereta nak pergi dating pun, sila lah bawa buku nota anda untuk kesejahteraan.

teringat dulu, time pergi camp kelab rekreasi, saya jumpa ngan sorang akak from upm. she told me cara dia study dulu sampai selalu dapat 4 flat je. dia cakap, gunalah buku nota budak sekolah. and i was like, wow. ada juga orang pelik macam aku rupanya ye. and lagi pelik, it's one of her tips to get 4 flat. sebab tu saya cakap, tulis nota dalam buku tulis ni, memang sangat helpful.

kalau belajar law, memang tak lari dari menghafal kan and fyi im so bad at memorizing. sangat pelupa. memori jangka pendek kot? dah lama tak beli kismis kat mydin kot? atau.. banyak sangat dosa kot? haru.. dan, untuk mengatasi kelemahan ini, saya akan ingat kata kunci satu tajuk penting dengan buat satu cerita.

contoh la, saya buat akronim untuk situations where an arrested person can be arrested for more than 24 hours . ada tujuh semuanya. which are:

  1. Emergency law
  2. Preventive detention
  3. Pre-Merdeka law
  4. Non-citizen
  5. Restricted Resident Enactment
  6. Special law
  7. Necessary journey
and, saya buat ayat from each of the initials tuh, E, P, M, C, R, S,dan N.

Emak Puteri Masak Cukup Rasa Sambil Nyanyi

tu la cara saya yang selalu hilang memori ni menghafal. teringat cerita michael jackson naik unta dulu time belajar warna-warna pelangi darjah 5. -.-'

and, untuk menghafal ayat-ayat cinta dalam al-quran, teknik yang sama juga saya gunakan. haha. banyak betul makan semut kan.

tapi ingat, belajar law bukan kerja menghafal je. harus faham dulu baru boleh hafal. untuk mengasah kefahaman saya, saya akan keluarkan balik apa yang ada dalam kepala ni dengan menceritakan kat kawan-kawan atau kat dinding, dan kadang-kadang depan cerita korea. dengan penuh perasaan, and mesti kena ada intonasi macam dr mahanoon sikit. harus ada intonasi tu. kalau tak, tak faham.

bila nak exam..


bagi saya yang pelupa ni, study last minute adalah satu keutamaan. 3 hari sebelum, khatamkan cerita korea, dua hari sebelum, buat soalan tahun lepas, dan sehari sebelum, hafal dan sumbat semua dalam otak segala hadith, quran, akta, kes, warna tudung lecturer, breakfast semalam, dan sebagainya. masukkan semua sampai penuh, jangan tidur langsung, dan esoknya, minum dua gelas nescaffe mild kesayangan bekalan menongkat mata di exam hall.

selain tu, studyla secara berjemaah kot-kot kalau ada nota kita yang tak lengkap, kita boleh lengkapkan dengan kawan kita dan sebaliknya. boleh juga membebel kes sambil mengutuk pembunuh tu sekuat hati. "Eshh, aku benci betol dengan Tham Kai Yau ni, dahlah bunuh orang guna gergaji, jual daging khinzir pulak tuh. duhh, memang tak reti halal haram." T____T

jangan lupa, jenguk bilik lecturer. consult dorang, and minta mdm/sir semak jawapan kita yang kita attempt untuk past year questions. tanya banyak-banyak mdm/sir. tanya jugak macam mana kehendak dorang untuk tanda paper kita nanti.

lastly, isi rohani semantap yang mungkin, bila nak exam, banyakkan baca al-quran especially al-waqiah dan surah luqman. untuk murah rezeki dan jadi pandai macam luqman al hakim ni. on the way nak pergi exam hall, baca al-quraisy untuk hilangkan gemuruh. dalam dewan exam, selawat banyak-banyak, baca doa Nabi Musa, baca doa penerang hati. bila dah habis exam, lafazkanlah bismillahi tawaqqaltu 'alallah time invigilator tu kutip kertas. and, time tengah tunggu result, banyakkan solat hajat, semoga dilembutkan hati lecturer kita tu time tanda paper kita.

bila dah dapat result? huu. first sekali, sujud syukur kalau result elok. kalau tak elok, jangan risau, there's always hikmah behind everything. think back and change.

so, ni lah cara saya study. setakat ni, alhamdulillah. kalau nak tengok usaha, rasanya tak sebanyak orang lain kot. tapi, lain orang lain cara kan.

Monday, June 20, 2011

nasi kerabu


credits to google. tak sempat amik gambar tadi

assalamualaikum.

alhamdulillah. hari ni tercapai juga hasrat untuk buat nasi kerabu. teeheee. nampak complicated tapi senang je sebenarnya. paling suka buat nasi kerabu sendiri sebab boleh buat manis-manis. my favourite nasi kerabu manis. haha. pelik ke? biasalah kelantanese sejati.

okay. how to cook nasi kerabu? insya Allah saya akan kongsi resepi saya ni. tak adalah hebak sangat pun. setakat masakan kampung sahaja.

NASI

masak nasi macam biasa, cuma tambah 2 helai daun lengkuas dan 5 helai daun limau purut. tapi depends la kat berapa banyak nasi korang masak. ni sukatan saya guna untuk 6 cawan kecil beras. and, kalau nak tambah kaler biru boleh tambah pewarna. tapi kalau saya, lebih prefer guna bunga morning glory. blend dan campurkan ke dalam nasi. lebih semula jadi.

kalau kat terengganu, nasi dorang buat kaler kuning. so untuk dapat kaler kuning boleh letak pewarna atau pun kunyit.


SAMBAL KELAPA

1.goreng kelapa (lagi banyak lagi best) dalam kuali tanpa minyak sehingga agak keperangan.
2. rebus 5 ekor ikan dengan asam keping. letak juga gula dan garam
3. hiris 3 batang serai halus-halus
4. bawang merah pun hiris jugak. dalam 3-4 biji
5. tumbuk lada hitam 2 sudu

pastu, gaulkan kesemua bahan tersebut dengan kelapa perang yang dah diangkat dari kuali tadi. gaul dengan tangan je untuk lebih sebati. jangan lupa letak gula! *manis-manis baru best.

BUDU

biasanya orang buat tumis tapi saya lebih suka buat budu sahaja. tak suka makan dengan tumis. berminyak. cara sediakan budu:

1. masukkan budu dalam satu cawan ke dalam periuk.
2. masukkan air satu cawan lebih (agak-agak untuk tak nak bagi masin sangat)
3. hiris daun lengkuas dua helai
4. hiris bawang merah 3 biji
5. gula melaka satu bulatan
6. halia dalam 1 cm kot (lupa nak ukur tadi)
7. titikkan dua batang serai
8. kacau-kacau sampai mendidih and terus tutup api tak nak bagi ia kering.


ULAM-ULAMAN

tadi kutip-kutip ulam kat sekeliling rumah ni je. ni lah bestnya duduk kat kampung. ulam-ulam ni kita kena potong slow slow nak bagi halus bebetul except for kacang panjang sebab kalau halus sangat nanti tak crunchy la pula kan. antara ulam-ulam yang saya guna tadi:

1. taugeh
2. kacang panjang
3. pucuk daun kayu

** and ade 2 jenis lagi ulam tatau nama 


okay dah siap! makan dengan telur masin and ikan goreng tepung. kebetulan buat tadi untuk lunch tapi tetiba lak lunch ade ramai peserta sebab kakak and abang ipar, and also nenek sedara datang umah. dah jadi malu nak ambil gambar. =)




Thursday, June 16, 2011

nora elena





cerita dia best tapi tak suka pakaian nora dalam cerita tu. suka sangat pakai skirt. agak tak sesuai la dengan watak pompuan baik. contra dengan yvonne yang jahat, mostly pakaian dia lebih sopanla walaupun tak semua sopan kann.

tapi, lagi best kalau lepas ni any pengarah sudi wat cerita dari novels hlovate pulak. 5 tahun 5 bulan tuh, memang hebakkk la kalau nak buat drama. tak pun, versus. at least, mesej islamik taklah sampai dalam love stories je macam nur kasih, ayat-ayat cinta, etc. islamisation kan diri sendiri pun boleh jadi menarik gak kalau disampaikan dengan cara indah macam hlovate buat.


macam dr mashitah cakap, islam ni indah dan mudah sebenarnya. tanggungjawab murabbi la yang nak bagi orang kafir, jahil, atau kita semua nampak dari segi tu. janganlah buat islam ni nampak payah. kena solat 5 waktu, kena pakai tudung, kena puasa. ish penatlah nak kena jaga waktu nak solat, nak tidur lama-lama pun susah, nak pakai tudung? panaslah! puasa tu.. buat orang kebulur je!

janganlah berdakwah sampai orang nampak macam ni. memang, tak ada yang sehebat Rasulullah dalam berdakwah, sehinggakan merentap kalbu orang yang paling jahil dan benci kan Islam. why not kita contohi baginda dengan bagi the bright side of these suruhans and fardhu. kena solat, sebab bila solat kita akan lebih sihat dan bertenaga, lebih segar, lebih dekat dengan Tuhan, nak minta apa-apa dengan Allah pun muktajab lepas solat.

 kena pakai tudung sebab kalau tak pakai, rambut rosak kena matahari. penat lagi nak kena jaga rambut dengan fesyen-fesyen terkini nak nampak cantik. lagipun sekarang, banyak tudung yang dah cantik dan moden kan? apa salahnya try asalkan menutupi dada. and yes, puasa. scientifically, dah proven pun kan yang puasa tu bagus? so kenapa nak doubt lagi? lagipun puasa tu boleh buat kita kurus!


back to hlovate, her dakwah dalam buku dia semua tu, sebenarnya kita tak akan nampak and rasa pun islam tu payah atau menyusahkan. sebab dia bagi mesej sambil-sambil lepak guna ayat macam budak jalanan yang kita selesa to talk with. bukan ayat ustazah yang bagi tazkirah kat surau yang kita akan dengar sambil menguap and mata kuyu.

paling significant, lirik lagu yang dia tulis in every hikayat dia. memang akan ada. dan, memang saya akan baca satu-satu lirik tu and pergi download semua lagu yang dia letak dalam novel. tak sah kalau tak nangis and tak gelak kuat-kuat dalam novel dia. paling banyak gelak, novel tunas. nangis? of courselaa schubert serenade. lelaki sejati pun menangis bagai nak rak baca schubert. sampai sekarang, bila ada orang mati, terus rasa lost macam perasaan ju'a dalam cerita tu. haha.

ehhhh. tetiba pulak kan datang hlovate kat sini. haha. just cadangkan, buatlaaaaaaaaaaaa satu je cerita from novel hlovate. konfem tinggi rating. hlovate legend kot sekarang. fans dah beribu riban.

berbalik kepada nora elena..memandangkan hari ini adalah episod akhir, saya dah malas dah nak duduk rumah. haha. tengah siapkan surat dan resume minta kerja kat firm. tak kisahla tak ada gaji pun asal dapat pengalaman internship tu. sasaran; dua firm kat pasir puteh (wrigglesworth & co dan syariful & wan zul) and satu kat kota bharu (zaid ibrahim & co). minta-minta la dapat. doakan ye.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails