Friday, July 16, 2010

cinta sempurna


(cheesy entry, untuk meluahkan rasa cinta terpendam. hahah.. **blushhhhhhh**)






sempurnanya sifatMU
tulusnya hatiMU
jujurnya niatMU
tingginya kesabaranMU

Aku tak mampu menanggung sebuah cinta sempurna dariMU

i love you. you are so perfect. you are greatest of all. i love you with all my heart and soul. you are the only one, you are indescribable. i love you so much, and longing to see you. i want to die with your blessings. i want to live with your love. i dont want to make you mad. you are the eternal love. everyone is worshiping you day and night. i just want to live under your love eternally, even after i die.

ALLAH

i love you. i love you. i love you. i love so much.

*THANKS FOR YOUR LOVE AND ALWAYS MAKES ME HAPPY. EVEN IF SOMETIMES YOU MAKE ME DOWN, BUT I KNOW, U ARE TEACHING ME SOMETHING*

U are sooooo perfect. Thank you ALLAH, because u love me, and i know that you know how much i love you too. yes, i love you.

maha suci ALLAH yang mengurniakan rasa cinta. raja bagi segala cinta. jika dikumpulkan kesemua cinta makhluk di dunia ini, tidak sampai 1% pun daripada cinta dari Allah.

semoga beroleh cinta Allah, di dunia, dan juga di sana nanti.



Tuesday, July 13, 2010

second year student


assalamualaikum ,


alhamdulillah, 11 julai hari tu, kembali semula ke taman ilmu dan budi, uia. alhamdulillah kerana masih bernafas dan diberi kekuatan untuk meneruskan tahun baru, semester baru sebagai pelajar di sini. sem ni, jadual agak lapang sebab kelas2 kebanyakannya hanya sekali seminggu i.e terus gabung jadi 2 jam untuk setiap kelas. macam kat matrik dulu. huhu. sem ni, most of the lecturers alhamdulillah semuanya baik2 dan hebat2. walaupun agak terkilan kerana tak dapat masuk kelas madam noraini untuk family law dan ustaz hamid j untuk icl, tapi mdm norlia and mdm nasimah are also great. very motherly and tender.

sem baru ni jugak, suasana agak berubah.. kawan2 sekelas, kematangan, dan segalanyalah. agak sunyi juga sebab dah tak boleh keluar selalu dengan soulmate sebab dah tak bawa kereta. so, kalau nak shopping, kami naik bas rapid je pergi jusco. kalau nak tengok movie or anything else kat wangsa walk, kena naik taxi.. takpe, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian kan? hehe. tapi memang agak tough juga sem baru ni sebab takleh keluar makan sesuka hati.. kafe sumayyah tutup, kalau dulu boleh keluar pergi makan kat luar ngan soulmate tapi sekarang dah takde kenderaan so, setiap malam dia akan hantarkan nasi. baiknya dia.. terima kasih ek awak.

bilik baru.. agak seronok juga sebab masih di level 1. haha. so tak payah nak panjat tangga tinggi2. tapi masih malu nak berkenalan ngan rumet baru yang sorang tu. (nama pun tak tahu lagi). tapi sebilik juga ngan amoy, so tak jadi masalah. hehe. sorang lagi rumet, tak pernah nampak muka. dia datang letak barang and pasang langsir je tapi tak tidur sini. over all, bilik baru agak best sebab dapat compartment A, agak luas berbanding compartment dulu.

oh, semalam dalam kelas bahasa melayu perundangan, kami buat kind of taaruf la dengan cikgu suhaimi. cikgu tanya, apa cita2 saya. saya jawab: " i dont know yet". haha boleh pulak macam tu kan. sebenarnya, kalau dari dulu lagi tanya apa cita2 saya kan, memang saya tak tahu. seriously, tak tahu. sebab masa kecik2 dulu, cita2 ada satu je, nak jadi doktor. tapi, time form 3, result math tak elok, so tak dapat masuk kelas sains. haha. memang alergik ok ngan matematik sejak baby lagi. tapi kalau tak terer math, memang tak boleh amik medic juga kan. terpaksalah pendam cita2 ni.. hmm silly kan. ceh, ni perkataan dr. baha ni: "silly". haha.
dah tu, kenapa amik law jugak kalau tak tahu cita2? hm.. sebenarnya, time keluar result spm dulu, saya just pilih je mana2 kos yang agak2 sesuai dengan keputusan kan. tapi memang tak expect pun akan dapat law sebab main2 je time minta dulu. dulu kan, memang nak minta nurse je sebab minat sangat nak jadi doktor. nak jadi nurse dulu, pastu baru belajar medic. memang passion tu sangat kuat lah sampai sanggup bermula dari bawah.

tapi, bila dah dapat law.. terima jelah. soalan famous lecturer: "kenapa apply law", satu pun tak pernah jawab dengan betul.. sebab tak tahu kenapa. seriously. selalu jawapan saya adalah, " it's fated, madam." haha. betul apa kan? mungkin dah takdir kot. tak dapat jadi doktor, jadi lawyer kat hospital pun ok lah. nak apply legal advisor kat any private hospitals and specialize in medical negligence. insya Allah. or else, jadi lecturer kalau mampu untuk sambung Ph.D. sebab sekarang rasa agak minat pula nak mengajar. mungkin sebab dilahirkan dalam keluarga pendidik kot. my dad is a teacher, and all my sisters and brother are teachers. bila mengajar kan, kepuasan tu datang sendiri. rasa seronok bila tengok kawan2 kita faham apa yang kita explain. it's indescribable. hehe.

oh, dah lewat ni untuk ke aikol student assembly. hati berbelah bagi nak pergi ke tak. hm... wajib tapi macam takde mood nak pergi. boleh? haha. takpelah, tengok dulu keadaan. kalau ramai yang pergi, pergi je lah kan. heh. till then, salam.

14 july 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails