Wednesday, August 31, 2011

melalui hari-hari

masuk hari ni dah 5 bulan ada kat rumah. starting from bulan 4 sampai bulan 9. approximately lah. macam-macam hal berlaku. tapi best la sebab dah lama tak duduk rumah lama-lama. dah belajar masak makanan berat-berat. tak delah lunch asyik ayam kicap, tomyam, ikan tumis, ayam masak merah, je. adalah juga skill santan menyantan dengan gulai serta asam pedas sekarang ni. kalau tak banyak pun, sikit tu ada.

rindunya nak start belajar balik. jumpa kawan-kawan. thru out this holiday, ada juga terfikir. macam mana nak survive belajar nanti. boleh ke maintain macam sem-sem yang lepas. argh. boringgg. tadi my fren called. and we're like reminiscing those old days (5 months back je pon) and suddenly she tell me this.

"fiza, kite nampak kan.. orang suka sangat amik kesempatan kat fiza.. maca dorang cari fiza ni time study je.. bila time lain, dorang wat fiza ni macam tak wujud"

and i was like, terdiam. then i asked her

"how do you see me personally? am i that easy?"

"ye. kita tengok fiza ni lemah selemah-lemahnya. senangggg sangat orang nak pijak fiza."

i burst out my laugh. thats the way people perceive me. maybe other people might have their view other way round. depends. but i personally, will act differently to people based on their behaviour towards me.

if you are loud and easy, i will be loud too
if you are annoying, yes, i will be annoying too. and cynic at times
and if you're fun to be with, i will love you.

thats the rule.


Wednesday, August 17, 2011

plainly innocent

assalamualaikum.

jadi orang
inilah pekerjaan saya dari kecil
penat tak penat, saya kena kerja juga. kalau tak, apa saya nak jawab dengan 'boss' saya yang duk perhati kat atas tu, dengan bodyguard yang sibuk mencatat kiri kanan duapuluempatjam?

nak menjaga hati orang. kadang-kadang saya teringin untuk diberi kebolehan memaki orang, mencarut bila geram, tumbuk muka orang tu sepuas hati. barulah tak ada rasa yang terbuku dalam hati ni. tapi saya tak dapat kebolehan ni.

apa yang saya dapat hanyalah lari daripada dia sejauh mungkin. menangis depan cerita korea yang kelakar, menangis dalam shower, menangis dalam tidur. dan, saya juga hanya boleh menangis sekuat hati macam anak kecil di hadapan mereka yang selalu bersama saya susah dan senang. yang melemparkan senyuman di saat saya mula merasakan lelahnya menjalani hari. you know who you are.

ya. selemah itulah seorang siti nurhafiza.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan di rumah yang terakhir

assalamualaikum.

sesungguhnya,benarlah aturan Allah tu memang cantik. ada hikmah seluruh univ buka pada bulan 9. seluruh pelajar akan sempat merasa peluang berbuka di rumah. Alhamdulillah. dan yang ini mungkin yang terakhir bagi saya, tapi Alhamdulillah, Dia bagi saya puasa full kat rumah 30 hari. Alhamdulillah.

kenapa yang terakhir?

sem depan, univ akan menghabiskan semester dua pada bulan 6. jadi, bulan 6-9 adalah cuti semester. tapi sem depan, saya tak akan dapat merasa cuti itu seperti kali ni. sebagai pelajar tahun 3, saya harus mengikuti L.A.P atau Law Attachment Program yang memakan masa selama 2 bulan atau lebih. besar kemungkinan, Ramadhan tahun depan saya tidak lagi bersama mereka di rumah.

begitu juga dengan Ramadhan tahun 2013. saya akan menamatkan pengajian pada Jun 2013, tapi selepas grad, kami harus mengikuti chambering selama 9 bulan. sekali lagi, Ramadhan yang saya sambut, bukan lagi seperti tahun ni.

Tahun 2014? sudah semestinya saya sudah bergelar isteri. insya Allah, saya hanya merancang tapi Dia yang menentukan, kan?

itu semua, subject to a terminable lease yang dia boleh revoke anytime i.e umur saya di dunia ni. saya hanya penyewa bagi umur ni, bukan pemilik. bayar sewa dengan mengikuti segala perintahnya. dan sewa yang ni juga, adalah unilateral. kerana hanya satu pihak yang berkuasa. DIA boleh batalkan bila-bila masa, DIA yang tentukan syarat dan perjalanan sewaan ini dari mula, dan DIA yang boleh tentukan duit sewa kita bayar tu dia nak terima atau tak.

semoga Ramadhan tahun ni, memberi perubahan yang besar kepada diri kita semua. teringin nak jadi macam Chad dah Fend dalam Contengan Jalanan.

"betullah, hati kau.. bukan aku yang pegang. Allah yang pegang"- Fend

semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua. :')

Monday, July 11, 2011

rutin seorang career woman

salam.

alhamdulillah again, masih bernafas. wuhuu introduction macam nak berucap kat perhimpunan  kan.

aish.. sebut perhimpunan ni sensitip bebenau. dulu malas  nak gi assembly. takut mat kosu rotan sebab takleh tinggal my stokin pink ni. tapi sekarang hairan saya, orang yang beria-ia nak pergi assembly pula yang dirotan.

sebagai sorang wanita bekerjaya, saya seriously tak ada masa nak masuk campur hal politik jalanan macam ni. malas and, redha je la. sebab tak masuk umur mengundi lagi. haha.

bangun pagi solat subuh, mandikan insyirah dan aniq (my anak sedara), buat susu kat mereka, tengok cartoon dengan mereka, breakfast, minum nescaffe, pergi kerja pukul 9 pagi.

balik rehat pukul 12.30, pergi ambil batrisya kat sekolah, masak lunch, kemas dapur, solat zohor, pergi kerja balik pukul 2.30 petang.

balik rumah pukul 4.30, solat asar, bakar sampah, angkat baju kat ampaian, tutup semua tingkap, and mandi.

waaaa tetiba rajin lak kan nak tulis jadual bagai. tapi ni lah rutin harian sekarang. yang dah berubah 180 darjah. sejak jadi career woman ni. the point is, nak cakap betapa tak ade masanya saya nak pikir-pikir hal perhimpunan haram ni. buka fb pun, news feed penuh dengan BERSIH . rasa nak remove je orang yang selalu tulis status pasal ni setiap kali dia bernafas.

on a serious note, i have no tendency to any political party pun. walaupun abah is.

abah..abah.. tsk tsk..


Tuesday, June 28, 2011

cara mudah belajar law


assalamualaikum..

lama tak update. alhamdulillah, hari ni, setelah berbulan jadi suri rumah sepenuh masa, dapat juga kerja kat Syariful & Assoc. lega ade, takut ade, sedih pun ade. dah tak ada orang nak masak kat rumah, nak jaga baby lagi. semua umi kena buat sorang-sorang :( alahai beratnya hati..

sementara ada masa lagi sebelum start kerja ahad ni, bolehlah nak share hari ni cara mudah belajar law, cewahhh. tetibe tergerak hati nak tulis ni sebab malam tadi sembang ngan adik yang sekarang kat uia pj, dia macam dah give up nak ambil architecture tu sebab maths susah. and, tetiba juga teringat balik, saya dulu pun camtu juga mula-mula masuk uia. nak quit, nak tukar u, nak tukar cos. memang takleh tipulah. benda tu memang selalu.

the point is, buatlah air limau yang manis dari buah limau yang masam tu. macam saya dulu, memang tak minat pun law. and rasa macam tak tahu apa saya buat kat uia ni belajar law. dalam hati nak jadi doktor je. eh.

kalau nak dengar kata orang, memang dah lama dah quit law ni. jadi lawyer kena bela orang bersalah la, sebelah kaki kat neraka la, lawyer tak ade kerja, budak law tak ada life, budak law selalu kena tendang u, budak law kerek, etc.

so, tips yang pertama is, jangan dengar cakap orang.


memanglah kita hidup bermasyarakat kan tapi who cares pasal masa depan kita? mereka? yep, mereka memang pandang bila kita dah tinggi nanti. tapi, to be who you are, you yourself who has to decide. jangan dengar orang cakap benda ni susah, benda ni payah, benda ni mengarut. kita lah yang akan tentukan whether it is susah ke payah ke mengarut ke. depends on cara kita bawak and survive dengan benda tu.

kuatkan semangat, cakap kta boleh buat. kalau 99 orang fail exam, and sorang je lulus, cakap kat diri sendiri kita lah sorang tu. yakin, confident dengan diri sendiri. yes, i can do it!

secondly, bila dah konfiden tu, follow class hari-hari jangan ponteng. nak berjaya bukan mudah, and bukan susah juga. pergi je kelas tu. bagi saya, sebagai seorang yang kurang belajar sendiri dalam bilik ni, memang manfaatkan sangat waktu dalam kelas. fokus 600%, duduk depan sekali, jangan cakap dengan orang sebelah, elakkan duduk sebelah kawan yang banyak cakap, AND salin nota jangan berenti pun tangan tu. biar lenguh pun takpelah.


macam mana cara nak buat nota, as for me, saya lebih prefer buat nota dalam buku tulis budak sekolah yang rm0.80 satu. kalau ade lambang sekolah lagi bagus. haha. no, seriously, buku nota kecil ni sangat membantu. apart from ringan dan MURAH OF COURSEE, ia akan memudahkan kita bila nak refer nanti. senang nak bawak pergi mana-mana. hatta dalam kereta nak pergi dating pun, sila lah bawa buku nota anda untuk kesejahteraan.

teringat dulu, time pergi camp kelab rekreasi, saya jumpa ngan sorang akak from upm. she told me cara dia study dulu sampai selalu dapat 4 flat je. dia cakap, gunalah buku nota budak sekolah. and i was like, wow. ada juga orang pelik macam aku rupanya ye. and lagi pelik, it's one of her tips to get 4 flat. sebab tu saya cakap, tulis nota dalam buku tulis ni, memang sangat helpful.

kalau belajar law, memang tak lari dari menghafal kan and fyi im so bad at memorizing. sangat pelupa. memori jangka pendek kot? dah lama tak beli kismis kat mydin kot? atau.. banyak sangat dosa kot? haru.. dan, untuk mengatasi kelemahan ini, saya akan ingat kata kunci satu tajuk penting dengan buat satu cerita.

contoh la, saya buat akronim untuk situations where an arrested person can be arrested for more than 24 hours . ada tujuh semuanya. which are:

  1. Emergency law
  2. Preventive detention
  3. Pre-Merdeka law
  4. Non-citizen
  5. Restricted Resident Enactment
  6. Special law
  7. Necessary journey
and, saya buat ayat from each of the initials tuh, E, P, M, C, R, S,dan N.

Emak Puteri Masak Cukup Rasa Sambil Nyanyi

tu la cara saya yang selalu hilang memori ni menghafal. teringat cerita michael jackson naik unta dulu time belajar warna-warna pelangi darjah 5. -.-'

and, untuk menghafal ayat-ayat cinta dalam al-quran, teknik yang sama juga saya gunakan. haha. banyak betul makan semut kan.

tapi ingat, belajar law bukan kerja menghafal je. harus faham dulu baru boleh hafal. untuk mengasah kefahaman saya, saya akan keluarkan balik apa yang ada dalam kepala ni dengan menceritakan kat kawan-kawan atau kat dinding, dan kadang-kadang depan cerita korea. dengan penuh perasaan, and mesti kena ada intonasi macam dr mahanoon sikit. harus ada intonasi tu. kalau tak, tak faham.

bila nak exam..


bagi saya yang pelupa ni, study last minute adalah satu keutamaan. 3 hari sebelum, khatamkan cerita korea, dua hari sebelum, buat soalan tahun lepas, dan sehari sebelum, hafal dan sumbat semua dalam otak segala hadith, quran, akta, kes, warna tudung lecturer, breakfast semalam, dan sebagainya. masukkan semua sampai penuh, jangan tidur langsung, dan esoknya, minum dua gelas nescaffe mild kesayangan bekalan menongkat mata di exam hall.

selain tu, studyla secara berjemaah kot-kot kalau ada nota kita yang tak lengkap, kita boleh lengkapkan dengan kawan kita dan sebaliknya. boleh juga membebel kes sambil mengutuk pembunuh tu sekuat hati. "Eshh, aku benci betol dengan Tham Kai Yau ni, dahlah bunuh orang guna gergaji, jual daging khinzir pulak tuh. duhh, memang tak reti halal haram." T____T

jangan lupa, jenguk bilik lecturer. consult dorang, and minta mdm/sir semak jawapan kita yang kita attempt untuk past year questions. tanya banyak-banyak mdm/sir. tanya jugak macam mana kehendak dorang untuk tanda paper kita nanti.

lastly, isi rohani semantap yang mungkin, bila nak exam, banyakkan baca al-quran especially al-waqiah dan surah luqman. untuk murah rezeki dan jadi pandai macam luqman al hakim ni. on the way nak pergi exam hall, baca al-quraisy untuk hilangkan gemuruh. dalam dewan exam, selawat banyak-banyak, baca doa Nabi Musa, baca doa penerang hati. bila dah habis exam, lafazkanlah bismillahi tawaqqaltu 'alallah time invigilator tu kutip kertas. and, time tengah tunggu result, banyakkan solat hajat, semoga dilembutkan hati lecturer kita tu time tanda paper kita.

bila dah dapat result? huu. first sekali, sujud syukur kalau result elok. kalau tak elok, jangan risau, there's always hikmah behind everything. think back and change.

so, ni lah cara saya study. setakat ni, alhamdulillah. kalau nak tengok usaha, rasanya tak sebanyak orang lain kot. tapi, lain orang lain cara kan.

Monday, June 20, 2011

nasi kerabu


credits to google. tak sempat amik gambar tadi

assalamualaikum.

alhamdulillah. hari ni tercapai juga hasrat untuk buat nasi kerabu. teeheee. nampak complicated tapi senang je sebenarnya. paling suka buat nasi kerabu sendiri sebab boleh buat manis-manis. my favourite nasi kerabu manis. haha. pelik ke? biasalah kelantanese sejati.

okay. how to cook nasi kerabu? insya Allah saya akan kongsi resepi saya ni. tak adalah hebak sangat pun. setakat masakan kampung sahaja.

NASI

masak nasi macam biasa, cuma tambah 2 helai daun lengkuas dan 5 helai daun limau purut. tapi depends la kat berapa banyak nasi korang masak. ni sukatan saya guna untuk 6 cawan kecil beras. and, kalau nak tambah kaler biru boleh tambah pewarna. tapi kalau saya, lebih prefer guna bunga morning glory. blend dan campurkan ke dalam nasi. lebih semula jadi.

kalau kat terengganu, nasi dorang buat kaler kuning. so untuk dapat kaler kuning boleh letak pewarna atau pun kunyit.


SAMBAL KELAPA

1.goreng kelapa (lagi banyak lagi best) dalam kuali tanpa minyak sehingga agak keperangan.
2. rebus 5 ekor ikan dengan asam keping. letak juga gula dan garam
3. hiris 3 batang serai halus-halus
4. bawang merah pun hiris jugak. dalam 3-4 biji
5. tumbuk lada hitam 2 sudu

pastu, gaulkan kesemua bahan tersebut dengan kelapa perang yang dah diangkat dari kuali tadi. gaul dengan tangan je untuk lebih sebati. jangan lupa letak gula! *manis-manis baru best.

BUDU

biasanya orang buat tumis tapi saya lebih suka buat budu sahaja. tak suka makan dengan tumis. berminyak. cara sediakan budu:

1. masukkan budu dalam satu cawan ke dalam periuk.
2. masukkan air satu cawan lebih (agak-agak untuk tak nak bagi masin sangat)
3. hiris daun lengkuas dua helai
4. hiris bawang merah 3 biji
5. gula melaka satu bulatan
6. halia dalam 1 cm kot (lupa nak ukur tadi)
7. titikkan dua batang serai
8. kacau-kacau sampai mendidih and terus tutup api tak nak bagi ia kering.


ULAM-ULAMAN

tadi kutip-kutip ulam kat sekeliling rumah ni je. ni lah bestnya duduk kat kampung. ulam-ulam ni kita kena potong slow slow nak bagi halus bebetul except for kacang panjang sebab kalau halus sangat nanti tak crunchy la pula kan. antara ulam-ulam yang saya guna tadi:

1. taugeh
2. kacang panjang
3. pucuk daun kayu

** and ade 2 jenis lagi ulam tatau nama 


okay dah siap! makan dengan telur masin and ikan goreng tepung. kebetulan buat tadi untuk lunch tapi tetiba lak lunch ade ramai peserta sebab kakak and abang ipar, and also nenek sedara datang umah. dah jadi malu nak ambil gambar. =)




Thursday, June 16, 2011

nora elena





cerita dia best tapi tak suka pakaian nora dalam cerita tu. suka sangat pakai skirt. agak tak sesuai la dengan watak pompuan baik. contra dengan yvonne yang jahat, mostly pakaian dia lebih sopanla walaupun tak semua sopan kann.

tapi, lagi best kalau lepas ni any pengarah sudi wat cerita dari novels hlovate pulak. 5 tahun 5 bulan tuh, memang hebakkk la kalau nak buat drama. tak pun, versus. at least, mesej islamik taklah sampai dalam love stories je macam nur kasih, ayat-ayat cinta, etc. islamisation kan diri sendiri pun boleh jadi menarik gak kalau disampaikan dengan cara indah macam hlovate buat.


macam dr mashitah cakap, islam ni indah dan mudah sebenarnya. tanggungjawab murabbi la yang nak bagi orang kafir, jahil, atau kita semua nampak dari segi tu. janganlah buat islam ni nampak payah. kena solat 5 waktu, kena pakai tudung, kena puasa. ish penatlah nak kena jaga waktu nak solat, nak tidur lama-lama pun susah, nak pakai tudung? panaslah! puasa tu.. buat orang kebulur je!

janganlah berdakwah sampai orang nampak macam ni. memang, tak ada yang sehebat Rasulullah dalam berdakwah, sehinggakan merentap kalbu orang yang paling jahil dan benci kan Islam. why not kita contohi baginda dengan bagi the bright side of these suruhans and fardhu. kena solat, sebab bila solat kita akan lebih sihat dan bertenaga, lebih segar, lebih dekat dengan Tuhan, nak minta apa-apa dengan Allah pun muktajab lepas solat.

 kena pakai tudung sebab kalau tak pakai, rambut rosak kena matahari. penat lagi nak kena jaga rambut dengan fesyen-fesyen terkini nak nampak cantik. lagipun sekarang, banyak tudung yang dah cantik dan moden kan? apa salahnya try asalkan menutupi dada. and yes, puasa. scientifically, dah proven pun kan yang puasa tu bagus? so kenapa nak doubt lagi? lagipun puasa tu boleh buat kita kurus!


back to hlovate, her dakwah dalam buku dia semua tu, sebenarnya kita tak akan nampak and rasa pun islam tu payah atau menyusahkan. sebab dia bagi mesej sambil-sambil lepak guna ayat macam budak jalanan yang kita selesa to talk with. bukan ayat ustazah yang bagi tazkirah kat surau yang kita akan dengar sambil menguap and mata kuyu.

paling significant, lirik lagu yang dia tulis in every hikayat dia. memang akan ada. dan, memang saya akan baca satu-satu lirik tu and pergi download semua lagu yang dia letak dalam novel. tak sah kalau tak nangis and tak gelak kuat-kuat dalam novel dia. paling banyak gelak, novel tunas. nangis? of courselaa schubert serenade. lelaki sejati pun menangis bagai nak rak baca schubert. sampai sekarang, bila ada orang mati, terus rasa lost macam perasaan ju'a dalam cerita tu. haha.

ehhhh. tetiba pulak kan datang hlovate kat sini. haha. just cadangkan, buatlaaaaaaaaaaaa satu je cerita from novel hlovate. konfem tinggi rating. hlovate legend kot sekarang. fans dah beribu riban.

berbalik kepada nora elena..memandangkan hari ini adalah episod akhir, saya dah malas dah nak duduk rumah. haha. tengah siapkan surat dan resume minta kerja kat firm. tak kisahla tak ada gaji pun asal dapat pengalaman internship tu. sasaran; dua firm kat pasir puteh (wrigglesworth & co dan syariful & wan zul) and satu kat kota bharu (zaid ibrahim & co). minta-minta la dapat. doakan ye.







Monday, May 9, 2011

kehidupan asasi UIA

FIRST of all, tahniah kepada awak semua yang berjaya sambung belajar kat pusat asasi UIA. Alhamdulillah, berjaya juga sambung pelajaran kat universiti rebutan ramai ni.

and alhamdulillah jugak my sister dapat UIA juga. walaupun dia macam tak nak pergi pada mulanya tapi dah kena brainwash sket-sket baru terbuka hati nak datang. dia dapat asasi senibina which is tak ada langsung dalam senarai yang dia suka. haha. tulah, sape suruh kakak kamu yang baik hati ni isikan borang. memandai je kan saya isi kan upu untuk dia.

kos yang kita ambik nanti tak semestinya apa yang kita nak kan. bila tengok result and bakat dia, saya rasa dia tak sesuai la nak masuk Tesl. dia patut masuk bidang arkitek. dapat A-/A/A+ English bukan tiket nak masuk TESL. kalau dah datang UIA ni baru tahu nanti. orang lain cakap English kat sini MOSTLY (tak semua) fuhh pekat! tak boleh lawan! so memandangkan my sis ni dia macam just boleh write well je compared to speak *well, orang kelantan kan biasalah.. malu nak praktis cakap omputih* so saya isikan borang upu hari tuh letak arkitek betul-betul kat tengah.

nak isi borang ni ada caranya juga. jangan hentam sahaja. walaupun result kita tinggi, tapi ingat, ada lagi orang yang result lagi tinggi dari kita. so, kalau kita nak kos tu, and kita just dapat result biasa-biasa sahaja, make sure letak pilihan universiti yang kita nak tu kat tengah-tengah. pilihan ke5 atau ke 6. and, make sure jugak, letak kos tu paling atas dalam uni yang kita nak. contohnya macam ni.

1. TESL - UPSI

2. TESL - UNISZA

3. TESL - UITM

4. LAW - UITM

5. SENIBINA -UIA

6. LAW - UIA

7. ENGLISH - UIA

8. TAK INGAT?

masa tolong isikan dulu, adik dah cakap dia nak tesl kat universiti tu semua. asal ade tesl jek dia suruh letak. tapi saya memang taknak dia masuk TESL. Memang tak mahu walaupun dia dapat A. so, dalam senyap-senyap kakak yang baik ni dah set kan yang dia ni sesuai masuk arkitek kat uia, based on result spm dia and dia ada bakat melukis and dia jugak malas membaca. memang letak tesl kat atas. tapi sebab result dia biasa-biasa je, so first choice tu tak akan dilayan. result sederhana kena letak kat nombor sederhana tapi letak uni tu banyak-banyak.

okay? maksudnya macam kat atas tu, saya letak arkitek kat nombor 5 (nombor sederhana untuk result sederhana) and letak arkitek sebagai kos pertama yang diminta di UIA. then, untuk menunjukkan kesungguhan kita nak masuk uni tu, kita kena letak uni tu banyak-banyak kat bawah. macam kat sini, selepas arkitek di pilihan ke 5, saya letak law dan english UIA di pilihan ke 6 dan ke 7.

trick je tu sebenarnya. aim utama adalah, saya nak masukkan adik saya kat uia dalam kos arkitek. and alhamdulillah berjaya. rezeki dari Allah. tapi semua ni buat senyap-senyap je lah. adik saya tu minat tesl. tapi minat tak penting, yang penting mampu ke tak. macam saya dulu obses sangat dengan bidang perubatan. budak-budak kecik dulu tengok cerita kartun, saya tengok medik tv. haha. memang minat tengok doktor jahit, bedah, tukul badan orang. tapi nasib tak menyebelahi. minat tapi tak mampu. jadi, baik ambil kos yang kita mampu sahaja daripada apa yang kita minat.

oh ya, bagi sesiapa yang dapat kos yang awak tak suka, awak masuk je dulu universiti tu. biasa akan ada proses tukar kos. tapi harus realistik. mohon hanya kos yang melepasi syarat yang ditetapkan.

kehidupan asasi di uia

ada beberapa perkara yang membuatkan uia ni satu universiti yang sangat istimewa. pusat asasi uia, peraturan dia tak delah ketat macam sekolah tapi tak adalah selonggar macam kat universiti lain.

1. TEST ENGLISH, ARAB, FARDHU AIN, DAN KOMPUTER

firstly, kat sini awak kena ambik test time orientasi (taaruf week). bukan satu tapi empat. huhu. test english, arab, and komputer. ni semua kira macam subjek wajib la awak kena ambil thru out your asasi life. kita go thru one by one okay?

a) English (EPT)

paling penting test english sebab dia akan tentukan tempoh belajar awak kat asasi. basically,kalau awak dapat level rendah, makin lama awak akan belajar kat sini. here is the table.

-level 3 - dua tahun

-level 4 - dua tahun

-level 5 - setahun setengah

-level 6- setahun

-exempted (dikecualikan sebab english perfect score time EPT) - setahun

tapi ni basically lah. tapi untuk Human Science dan Ekonomi, level awak lain.. iaitu:

level 3 - dua tahun

level 4 - setahun setengah

level 5 - setahun setengah

level 6 - setahun

exempted -setahun

bezanya ialah level 4 pun boleh buat setahun setengah. and, untuk kos Ilmu Wahyu dan Bahasa Arab, level awak pun lain iaitu depends kat level bahasa Arab awak nanti. kiranya kalau awak dapat level 6 or exempted sekalipun, still awak kena buat dua tahun kalau Arab start dengan level 1.

b) Arabic (APT)

for those yang tak ada basic langsung bahasa arab, and even tak pernah kenal huruf alif ba ta pun, jangan risau sebab awak still kena masuk test ni. haha. ye betul. tapi masuk, tulis nama, then balik jelah. sebab memang konpem la awak akan masuk kelas Arab Level 1. tak payah risau ok? sebab kat level 1 ni, dia akan ajar dari bawah, macam budak tadika nak kenal ABC. tak ada esei bagai. just garis jawapan, padankan jawapan yang tepat, and belajar tulis huruf jawi. oh dulu saya pun level 1 juga *malu* sebab memang tak ada basic arab. so masuk test arab tu, duduk and tulis nama je lepastu boleh balik and sambung tidur.

untuk law student, awak kena ambil arab sampai level two. tapi untuk kos lain, just sampai level one je. tapi untuk kos bahasa arab dan ilmu wahyu, awak kena habiskan sampai level 4 kat matrik.

c) Fardhu Ain

test ni pulak akan tentukan sama ada awak patut masuk kelas fardhu ain atau pun masuk usrah kat matrik tu. kalau awak dapat markah lebih daripada yang ditetapkan contohnya 25 ke atas over 40, awak layak masuk usrah. lebih kurang dengan kelas fardhu ain iaitu wajib datang tapi bezanya yang ajar tu, budak batch kite jugak, yang hanya salah satu dua je dalam test ni. kira yang hebaaakk la. belajar dalam bulatan, and just santai-santai je sambil dengar tazkirah daripada naqibah kita tu. boleh juga discuss isu semasa atau nak luah perasaan pun boleh. haha. tapi kalo kelas fardhu ain, untuk sape-sape yang tak berjaya dapat markah 25 ke atas masa test hari tu, awak kena belajar ngan ustaz/ustazah dalam kelas and ada exam tau.

d) Computer (CPT)

test komputer ni akan tentukan sama ada awak patut ke tak belajar komputer kat matrik nanti. soalan objektif je so boleh tembak-tembak. jangan haraplah nak jawab betul-betul sebab soalan dia memang susah. dia akan tanya segala jenis urat belikat dalam komputer tu. segala software, bluetooth bagai. ramai gak yang lulus test ni sebab main tembak-tembak. tapi malang lah bagi dorang sebab belajar komputer ni satu advantage. nanti dalam resume tak ada subjek komputer sedangkan bila nak minta kerja, kemahiran komputer sangat penting. so baik tak payah buat betul-betul. kalau tak lulus, nanti boleh masuk kelas komputer yang fun. huhu.




2. ETIKA BERPAKAIAN (DRESS CODE)

kat uia ni mesti awak imagine semua orang warak-warak dan lelaki skema pakai kopiah bagai kan? okay sekarang buang imaginasi tuh. memang ada golongan tu tapi kebanyakan and bukan semua.

apa yang paling penting, nak pergi kelas wajib lah pakai kasut atau sandal and kad matrik. tapi tudung tu kena bawah dada kalau tak kena saman. mekap pula tak boleh heavy sangat nanti kena saman jugak.

and ada sekali dalam seminggu, (during my time, it was on wednesday) yang semua student perempuan wajib pakai tudung putih, and lelaki wajib pakai kasut dan tie. kira untungla nih, sebab dulu, sebelum uia bertukar dari matrikulasi uia ke pusat asasi uia, student kena pakai tudung putih setiap hari dan begitu juga dengan lelaki, wajib pakai baju kolar dan tie.

tudung student perempuan, tak boleh ada corak-corak. dalam bahasa lainnya, hanya tudung bawal je dibenarkan dalam kelas. tapi boleh je nak pakai tudung lain, asalkan tak ada corak. sulam-sulam sikit tu bolehla. okay?

******************

that's all kehidupan kat pusat asasi uia yang awak kena tahu. yang lain tu, macam universiti lain juga. kat uia ni seronok sangat. untunglah sape yang dapat uia. untung sangat, so jangan sia-siakan peluang ni and belajar sungguh-sungguh! kepada yang tak dapat uia sedangkan awak nak sangat macam my dear cousinssss seramai 3 orang tuh, jangan putus asa okay! buat rayuan. ataupun, masuk degree nanti, apply je uia. ramai je budak u lain join uia time degree. so, jangan putus asa. Allah knows best.


Tuesday, April 12, 2011

Pekerti seperti saidatina khadijah *fuh hebat.


assalamualaikum..


currently menyukai lirik lagu ni. suka sangat-sangat. sweeeeeet. tak kisahla rap pun, tapi mesej tetap sampai. nak cari calon isteri, pilih yang macam dalam lagu ni tau!


Anggun by Zizan ft Altimet & Zain

(Chorus # Zain)

Anggun pandangan di mataku
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku

(Verse 1 # Zizan)
KL KL kosa nostra yang bicara
Ramai ternoda dan ramai yang tergoda
Ini kisah teruna dan juga dara
Bertemu tak sengaja ketika ronda-ronda
Bermula Subaru kelabu berpacu

Tersekat pandangan ke arah sesuatu
Tertanya di hati inikah ratu melayu
Bersama ibu nyata dia ku mahu tahu
Harapku temu di destinasiku
Jodoh tak ke mana takdir bertemu juga
Merisik tanya siapakah dalam kebaya
Bolehku add Facebook dan Twitter nya
Ibu memandang ku senyum sahaja
Sayonara ku undur sebentar ya
Malu ku mahu harus bagaimana
Silakan Altimet wakilkan bicara

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di matamu
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku

(Verse 2 # Altimet)
Salam si anggun apa khabar
Wajah seperti yang terpampang di layar
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti Saidatina Khadijah
Tumpang tanya siapa yang jadi teman
Jawapan tepat Tuhan rasul dan qur’an
Tak marah terkilan pun bukan
Kerna mereka 3 dan aku pun sepasukan
Maaf jika hamba kurang sopan
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan
Maaf jika hamba terlebih melopong
Tapi pusingan ini hamba kalah satu kosong
Mungkin juga ada pusingan kedua
Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga,
Maaf jika kita di cemburui masa,
Kalau aku tuannya kita bicara lebih lama

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku

(Bridge #)
Diri kamu memukau ku
Biarkan kau dan aku bersatu (bagaimana)
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu (harus)
Wahai ibu izinkan aku lalu (ayuh)
Bina hidup bina hasrat yang baru
Biarkan kau dan aku bersatu
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu
Wahai ibu izinkan aku lalu
Bina hidup bina hasrat yang baru

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku



Saturday, March 26, 2011

Syarat kelayakan masuk ke UIA tercinta


assalamualaikum w.b.t

wah2, lepas result spm keluar ni, saya rasa macam dah kerja kat admission and records uia pulak. ramai adik2 tanya macam mana nak masuk uia, best ke tak uia, and etc. here, insya Allah, akak (cewah) akan berusaha menerangkan yang termampu..

first2 kita tengok dulu syarat kelayakan bagi setiap kos ok?
oh ye, untuk semua cos, syarat am adalah kena dapat AT LEAST

C
in BM
&
PAI/PQS/PSI

*********************
Kuliyyah of Sciences

1. Sains Hayat (Bio Sains)

prospect pekerjaan kalau amik cos ni sangat luas. nak jadi segala2nya dalam bidang sains memang bolehlah. dulu, roomate saya kat matrik amik cos ni. dia sekarang ni further degree dalam bidang sains makanan kot kat uia kuantan tu, tak sure sangat. tapi basically, kalau amik cos ni, agak cerah la masa depan sebab bidang dia luas.

syarat MINIMUM untuk apply:

C+
Bio, Chem, Physics, Maths, Add Maths, BI

*********************

2. Sains Fizik

cos ni lebih banyak deals with math. so sape2 yang agak2 tak minat math (terasa!) and math pun tak minat ngan dia (terasa lagi!) lebih baik jangan apply ok?

syarat MINIMUM untuk apply:

C+
Physics, Chem, Maths, Addmaths, BI

*********************


Kuliyyah of Allied Health Science

3. Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Health Science)

AllHS (short form nama cos ni) ni kite pun tak pasti sangat apa prospect dorang, yerlah, sempat duduk satu sem je ngn budak sains kat matrik kan. kat degree pun dorang dah kena hantar pegi kuantan. hihi. tapi dulu ada budak sebelah bilik saya amik cos ni, dia cakap nanti boleh jadi optometrist atau doktor pakar mata. sape2 yang agak2 nak buka kedai spec? fuh kayo nih.

syarat MINIMUM untuk apply:

C+
Bio, Chem, Physics, Maths/Addmaths, BI

*********************



Kuliyyah of Nursing

4. Nursing

masa matrik dulu, batch kitorang cos ni ada 3 orang je budak lelaki. haha. macam comel je kan bila tengok dorang beratur pergi taaruf week. kena wat line laki pompuan, tapi line laki dorang pendek je. huhu. tapi sekarang ni, nurse laki penting okey. malu la pompuan nak kena rawat patient laki kan.


syarat MINIMUM untuk apply:

C+
Bio, Chem, Physics, Maths/Addmaths, BI

*********************

Kuliyyah of Pharmacy


5. Pharmacy

cos yang agak tough tapi sangat market. tak dapat kerja nanti pun still boleh buka farmasi sendiri kan.

syarat MINIMUM untuk apply:

B+
Bio, Chem,

and

B
Physics, Maths/Addmaths, BI


*********************




Kuliyyah of Dentistry

6. Pergigian

cos ni bukan setakat kena pandai belajar tapi jugak kena pandai menukang. nanti kena ketuk2 simen, kena tarik2 gigi orang. and kalau dah nama doktor kat depan tu, mestilah kena tak geli and tak takut darah ye dak. sape2 yang tengok darah tu dah pengsan, maka dipersilakan jangan isi borang cos ni.

syarat MINIMUM untuk apply:

B+
Bio, Chem,

and

B
Physics, Maths/Addmaths, BI

*********************



Kuliyyah of Medicine

7. Perubatan

cos impian! :( tapi apakan daya. huhu. eh, cos ni tak payah la nak describe kan? (nanti sedih!) cos yang paling menakjubkan dalam dunia sebab dengan ilmu perubatan ni lah, kita boleh menyelamatkan ribuan nyawa manusia (dengan izin Allah). okay, dah. malas dah nak describe. huhu.

syarat MINIMUM untuk apply:

B+
Bio, Chem

and

B
Physics, Maths/Addmaths, BI


*********************

*Courses kat atas ni, semua makhluk akan ditempatkan di pusat asasi PJ and degree kat UIA Kuantan.







Kuliyyah of Engineering


8. Kejuruteraan

cos ni sape yang tak tahu kan. so tak payah terangkan panjang lebar ok. insya Allah, engineering kat uia bagus2 semuanya. cos yang satu-satunya di dominasi oleh budak lelaki saya rasa, and cos ni paling ramai orang masuk and paling sikit orang grad. haha. kenapa? wallahualam..

syarat MINIMUM untuk apply:

B
Math and Physics
C+
Addmath, Chem, BI

*********************




Kuliyyah of Architecture and Environmental Design



9. Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar (Arkitek)

budak KAED (short form untuk cos ni) ni kalau mata tak macam panda memang tak sah. banyak projek kena buat, sesuai la untuk mereka yang tak suka masuk kelas, baca buku, hafal, and pergi exam! haa, kaed ni hanya perlukan daya imaginasi dan kretiviti yang tinggi.


syarat MINIMUM untuk apply:

B
Maths

and

C+
BI

and

C
in any 3 of these:

Physics
Chemistry
Biology
Science
Additional Science
Pendidikan Seni Visual
Ekonomi Asas
Additional Mathematics
Information & Communication Technology
Sejarah
Geografi
Prinsip Perakaunan
Perdagangan
Bahasa Arab Tinggi
Bahasa Arab Komunikasi
Reka Cipta
Seni Reka Tanda
Hortikultur Hiasan dan Landskap
Pengajian Kejuruteraan Awam
Teknologi Kejuruteraan
Hiasan Dalaman Asas
Teknologi Binaan
Landskap dan Nurseri
Pengajian Keusahawanan
Pembinaan Domestik
Lukisan Kejuruteraan
English for Science & Technology

*********************






Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws


10. Undang-undang

ni cos saya! huhu suka pulak kan. meh nak cite siket pasal cos laws ni. ramai orang kata, nak jadi budak law kena hebat menghafal kan? haa sebenarnya tu salah. hafal tak penting, yang penting faham faham faham and faham. sebab nanti nak solve problem dalam dewan exam, kena faham prinsipal dulu, baru boleh solve kan? yang kena hafal pun, maybe seksyen dalam akta. tapi tak perlu hafal kot sebab boleh bawa masuk exam akta tu. just kena ingat ayat quran je lah for certain subjek.


syarat MINIMUM untuk apply:

A-
in any of 4 subjek yang korang amik
AND

B+
Bahasa Inggeris

OR

kombinasi B in BI and B+ in Arab Komunikasi / Tinggi (for those yang amik arab)

AND

B
Sejarah

C
Maths

C in any two of these:

Science
Literature in English
Kesusasteraan Melayu
Geografi
Additional Mathematics
Sains Pertanian
Perdagangan
Ekonomi Asas
Information & Communication Technology
Prinsip Perakaunan
Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Pendidikan Syari’ah Islamiah
Physics
Chemistry
Biology
Pengajian Keusahawanan
English for Science & Technology

*********************

*courses kat atas ni akan ditempatkan kat pusat asasi PJ and degree kat main camp, gombak.





Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Science
(combine course human science, ilmu wahyu, bahasa inggeris & arab)


11. Sains Kemanusiaan (Human Science)

cos untuk menjadi seorang manusia. huhu. cos ni kena rajin baca buku and rajin buat assignment. prospek kerja, leh jadi wartawan, pakar psikologi, ahli sejarah, dan sebagainya. bidang dia luas juga kot sebab tu kat degree nanti kena terus spesifikkan nak majoring in apa.

syarat MINIMUM untuk apply:

B
Bahasa Inggeris

C
Maths

C in any 2 of these:

Sejarah
Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Pendidikan Syari’ah Islamiah
Science
Geografi
Sains Pertanian
Perdagangan
Additional Mathematics
Information & Communication Technology
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Ekonomi Rumah Tangga
Additional Science
Literature in English
Kesusasteraan Melayu
Pengajian Keusahawanan
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pengajian Perkembangan Kanak-kanak
Perkhidmatan Awal Kanak-kanak
English for Science & Technology
Physics / Chemistry / Biology

*********************

12. Bahasa Inggeris (Bachelor of English)

tak semestinya jadi cikgu inggeris! haha tu yang penting. cos ni bidang dia luas sebab boleh kerja dalam pelbagai sektor yang memerlukan seorang translator, atau kerja kat kedutaan pun boleh sebab kat sana pun perlu translator juga kan? boleh jadi wartawan majalah or paper inggeris, and anything yang deals ngan bahasa mat salleh. kawen ngan orang puteh boleh ke tak? err yang tu depends. huhu.

syarat MINIMUM untuk apply:

A-
Bahasa Inggeris

C
Maths

C in any 2 of these:

Literature in English
Kesusasteraan Melayu
Sejarah
Science
Geografi
Perdagangan
Information & Communication Technology
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Ekonomi Rumah Tangga
Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Pendidikan Syari’ah Islamiah
Additional Science
Pengajian Keusahawanan
English for Science & Technology
Physics
Chemistry
Biologi

*********************


13. Bahasa Arab (Bachelor of Arabic)

untuk cos ni, kamu HANYA perlu habiskan 4 level JE bahasa arab kat asasi (dak law pun 4 level gak tapi untuk syariah sahaja). eh, dah memang cos bahasa arab kan mestilah kena power arabic. tapi tak semestinya jadi cikgu bahasa arab ye. sama juga macam budak cos b.inggeris, dah grad nnti korang boleh kerja kat mana2 sektor yang perlukan translator bahasa arab. market gak tau, especially syarikat minyak2 ni memang perlukan translator arab sebab banyak kena deal ngan negara arab untuk beli minyak.



syarat MINIMUM untuk apply:

A-
Arab Tinggi

C
Maths

C in any 2 of these:

Bahasa Arab Komunikasi
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Pendidikan Syari’ah Islamiah
Tasawwur Islam
Sejarah
Science
Information & Communication Technology
Kesusasteraan Melayu
Perdagangan
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Sains Pertanian
Pengajian Keusahawanan
English for Science & Technology

D
Bahasa Inggeris

*********************


14. Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Islamic Revealed Knowledge)

skop cos ni agak luas juga sebab ia merangkumi bahasa arab and sains kemanusiaan. saya pun tak sure prospek pekerjaan cos ni tapi lebih kurang macam dalam cos sains kemanusiaan kot.


syarat MINIMUM untuk apply:

B+
Arab Tinggi

OR

A-
Arab Komunikasi

AND

B
PAI/PQS/PSI

C
Maths

D
Bahasa Inggeris


C in any 2 of these:

Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Pendidikan Syari’ah Islamiah
Kesusasteraan Melayu
Sejarah
Geografi
Science
Information & Communication Technology
Perdagangan
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Ekonomi Rumah Tangga
Pengajian Keusahawanan
English for Science & Technology

*********************



Kuliyyah of Economics and Management Science

15. Ekonomi dan Sains Pengurusan

basically this course is all about business la. basically. tapi kat degree nanti boleh pilih, nak masuk business admin, business studies, economics, accountancy, islamic banking, and yang sewaktu dengannya. prospek kerja? leh jadi tokei syarikat besar, leh jadi akauntan, jadi manager bank, jadi pakar ekonomi (cewah) and mana2 kerja yang mostly banyak syarikat perlukan.

syarat MINIMUM untuk apply:


A-
Maths

B
Bahasa Inggeris

C
In any 3 of these:

Additional Mathematics
Ekonomi Asas
Prinsip Perakaunan
Perdagangan
Geografi
Information & Communication Technology
Ekonomi Rumah Tangga
Bahasa Arab Tinggi
Bahasa Arab Komunikasi
Physics
Chemistry
Biology
Science
Additional Science
Sejarah
Tasawwur Islam
Pengajian Keusahawanan
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Pendidikan Syari’ah Islamiah
English for Science & Technology


*courses kat atas akan masuk pusat asasi nilai and degree kat gombak

penting! ini adalah syarat MINIMUM. agak2 dah lepas syarat minimum ni bolehla apply, tapi ingat, kena compete ngan mereka yang lebih daripada syarat minimum. so, doa dan tawakkal itu sangat penting. penting sangat sangat sangat. sebab semua rezeki kan Allah yang bagi, bukan pihak admission UIA. :)



Pusat Asasi PJ


Masjid yang cantik..


the padang. nampak tak bangunan tinggi kat belakang? itu salah satu asrama perempuan. Mahallah Khadijah. 10 tingkat, tapi jangan risau ada SATU LIF. yang biru kuning tu? oh, itu salah satu asrama lelaki, Mahallah Umar Al Khattab (UKC). Dekat tak kedua2 mahallah tersebut? huhu =.='


tempat outing: boleh pegi mana2 je area kl sebab pj ni kan centre. paling dekat ; midvalley and one utama. kalau nak balik kampung by bus, kena naik bas kat putra. boleh pegi sana thru lrt asia jaya.


Pusat Asasi Nilai


bangunan kelas (BLOK C)

asrama brothers (BLOK B) kat bawah tu ada restoran and kolej nursing swasta. phew =.=' berpesta la budak laki.


salah satu asrama sisters (BLOK A) kat depan tu ada masjid besar dan cantik.

kat nilai ni bestttt sangat sebab saya spend one and half year kat sini. kat pj only half year. apa yang best? tak macam pj, kat sini kalau nak kuar gi shopping boleh pergi jalan kaki je sebab dekat sangat ngan giant. and latest, ada tesco. depan tu pulak ada deretan bangunan jual kain murah2 memang syurga dunia kaum hawa lah. depan blok b (asrama brothers) tadi, jalan sikit, ada McD besar baru bukak. kalau nak balik kampung, boleh naik ktm pergi terminal bas kat seremban. agak-agak nak gi jalan-jalan kat KL pun boleh gak. tak sampai rm5 pun naik ktm ke kl sentral.


UIA Gombak


main entrance


jalan menuju ke masjid

korang akan masuk sini bila dah tamatkan asasi dengan pointer paling kurang 2.8. kat sini macam-macam korang boleh belajar. belajar tentang hidup, kawan, alam perkahwinan, alam akhirat dan macam-macam lah. the learning is beyond four walls. indeed, uia is the best decision.

oh ye, tempat outing paling dekat adalah giant batu caves (naik teksi), jusco wangsa maju and wangsa walk (naik lrt). kalo nak gi mana2 dalam kl pun boleh tapi paling dekat untuk beli barang dapur tiga tu lah. nak gi ong tai kim pun boleh. huhu. kalau nak balik kampung pula, boleh naik teksi pergi stesen greenwood (stesen ke? huhu).



UIA Kuantan


saje letak walaupun tak pernah datang sana. aha. tapi kuantan banyak pantai. best!


so, dah decide which course nak pilih nanti? insya Allah, UIA adalah universiti terbaik yang korang akan dapat nanti. takde orang menyesal masuk UIA. macam saya cakap tadi, kat sini boleh belajar macam2. tak semestinya belajar hanya subjek yang terdapat dalam course kita je tapi boleh ikuti usrah, kelas fardhu ain, tilawah al quran. semua tu bukan option tau, tapi wajib! huhu. tapi benda yang kena paksa ni lah yang boleh melembutkan hati kita lama-lama tu. fake it until u make it!

Friday, March 25, 2011

it's empty.. empty..




ujian adalah tarbiah dari ALLAH, untuk mengetahui adakah kita akan sama ataupun sebaliknya.

menempuhi ujian yang sangat penting dalam hidup. ye, final exam second year. sangat penting sebab dengan keputusan ni saja harapan untuk minta scholarship lagi. ada ke scholarship diberi untuk budak third year? mesti la tak kan. lagipun subjek third year semuanya membosankan. tak ada peluang untuk score. :(

hati tak tenang. tak boleh study. masa terbuang kosong. Ya Allah..

terasa ingin membawa buku-buku, pen, dan kertas nota ke satu tempat yang jauh, bertemankan hanya langit dan desiran air yang lembut. menghirup udara segar sambil mentelaah ilmu duniawi sambil mensyukuri nikmat alam ciptaan Allah.

oh indahnya!

Thursday, February 24, 2011

oh uia..

download satu lagu. 11.6 MB. harus tunggu selama 46 hari. hanya di iium-community. sekian terima kasih.

p/s: we pay RM50 per sem for the wireless. :)

Wednesday, February 16, 2011

wishlist

Di Jalan Dakwah Aku Menikah by Cahyadi Takariawan



ABCDE by Hlovate


Maryam: An Exemplary Muslim Woman by Harun Yahya





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails