Monday, May 9, 2011

kehidupan asasi UIA

FIRST of all, tahniah kepada awak semua yang berjaya sambung belajar kat pusat asasi UIA. Alhamdulillah, berjaya juga sambung pelajaran kat universiti rebutan ramai ni.

and alhamdulillah jugak my sister dapat UIA juga. walaupun dia macam tak nak pergi pada mulanya tapi dah kena brainwash sket-sket baru terbuka hati nak datang. dia dapat asasi senibina which is tak ada langsung dalam senarai yang dia suka. haha. tulah, sape suruh kakak kamu yang baik hati ni isikan borang. memandai je kan saya isi kan upu untuk dia.

kos yang kita ambik nanti tak semestinya apa yang kita nak kan. bila tengok result and bakat dia, saya rasa dia tak sesuai la nak masuk Tesl. dia patut masuk bidang arkitek. dapat A-/A/A+ English bukan tiket nak masuk TESL. kalau dah datang UIA ni baru tahu nanti. orang lain cakap English kat sini MOSTLY (tak semua) fuhh pekat! tak boleh lawan! so memandangkan my sis ni dia macam just boleh write well je compared to speak *well, orang kelantan kan biasalah.. malu nak praktis cakap omputih* so saya isikan borang upu hari tuh letak arkitek betul-betul kat tengah.

nak isi borang ni ada caranya juga. jangan hentam sahaja. walaupun result kita tinggi, tapi ingat, ada lagi orang yang result lagi tinggi dari kita. so, kalau kita nak kos tu, and kita just dapat result biasa-biasa sahaja, make sure letak pilihan universiti yang kita nak tu kat tengah-tengah. pilihan ke5 atau ke 6. and, make sure jugak, letak kos tu paling atas dalam uni yang kita nak. contohnya macam ni.

1. TESL - UPSI

2. TESL - UNISZA

3. TESL - UITM

4. LAW - UITM

5. SENIBINA -UIA

6. LAW - UIA

7. ENGLISH - UIA

8. TAK INGAT?

masa tolong isikan dulu, adik dah cakap dia nak tesl kat universiti tu semua. asal ade tesl jek dia suruh letak. tapi saya memang taknak dia masuk TESL. Memang tak mahu walaupun dia dapat A. so, dalam senyap-senyap kakak yang baik ni dah set kan yang dia ni sesuai masuk arkitek kat uia, based on result spm dia and dia ada bakat melukis and dia jugak malas membaca. memang letak tesl kat atas. tapi sebab result dia biasa-biasa je, so first choice tu tak akan dilayan. result sederhana kena letak kat nombor sederhana tapi letak uni tu banyak-banyak.

okay? maksudnya macam kat atas tu, saya letak arkitek kat nombor 5 (nombor sederhana untuk result sederhana) and letak arkitek sebagai kos pertama yang diminta di UIA. then, untuk menunjukkan kesungguhan kita nak masuk uni tu, kita kena letak uni tu banyak-banyak kat bawah. macam kat sini, selepas arkitek di pilihan ke 5, saya letak law dan english UIA di pilihan ke 6 dan ke 7.

trick je tu sebenarnya. aim utama adalah, saya nak masukkan adik saya kat uia dalam kos arkitek. and alhamdulillah berjaya. rezeki dari Allah. tapi semua ni buat senyap-senyap je lah. adik saya tu minat tesl. tapi minat tak penting, yang penting mampu ke tak. macam saya dulu obses sangat dengan bidang perubatan. budak-budak kecik dulu tengok cerita kartun, saya tengok medik tv. haha. memang minat tengok doktor jahit, bedah, tukul badan orang. tapi nasib tak menyebelahi. minat tapi tak mampu. jadi, baik ambil kos yang kita mampu sahaja daripada apa yang kita minat.

oh ya, bagi sesiapa yang dapat kos yang awak tak suka, awak masuk je dulu universiti tu. biasa akan ada proses tukar kos. tapi harus realistik. mohon hanya kos yang melepasi syarat yang ditetapkan.

kehidupan asasi di uia

ada beberapa perkara yang membuatkan uia ni satu universiti yang sangat istimewa. pusat asasi uia, peraturan dia tak delah ketat macam sekolah tapi tak adalah selonggar macam kat universiti lain.

1. TEST ENGLISH, ARAB, FARDHU AIN, DAN KOMPUTER

firstly, kat sini awak kena ambik test time orientasi (taaruf week). bukan satu tapi empat. huhu. test english, arab, and komputer. ni semua kira macam subjek wajib la awak kena ambil thru out your asasi life. kita go thru one by one okay?

a) English (EPT)

paling penting test english sebab dia akan tentukan tempoh belajar awak kat asasi. basically,kalau awak dapat level rendah, makin lama awak akan belajar kat sini. here is the table.

-level 3 - dua tahun

-level 4 - dua tahun

-level 5 - setahun setengah

-level 6- setahun

-exempted (dikecualikan sebab english perfect score time EPT) - setahun

tapi ni basically lah. tapi untuk Human Science dan Ekonomi, level awak lain.. iaitu:

level 3 - dua tahun

level 4 - setahun setengah

level 5 - setahun setengah

level 6 - setahun

exempted -setahun

bezanya ialah level 4 pun boleh buat setahun setengah. and, untuk kos Ilmu Wahyu dan Bahasa Arab, level awak pun lain iaitu depends kat level bahasa Arab awak nanti. kiranya kalau awak dapat level 6 or exempted sekalipun, still awak kena buat dua tahun kalau Arab start dengan level 1.

b) Arabic (APT)

for those yang tak ada basic langsung bahasa arab, and even tak pernah kenal huruf alif ba ta pun, jangan risau sebab awak still kena masuk test ni. haha. ye betul. tapi masuk, tulis nama, then balik jelah. sebab memang konpem la awak akan masuk kelas Arab Level 1. tak payah risau ok? sebab kat level 1 ni, dia akan ajar dari bawah, macam budak tadika nak kenal ABC. tak ada esei bagai. just garis jawapan, padankan jawapan yang tepat, and belajar tulis huruf jawi. oh dulu saya pun level 1 juga *malu* sebab memang tak ada basic arab. so masuk test arab tu, duduk and tulis nama je lepastu boleh balik and sambung tidur.

untuk law student, awak kena ambil arab sampai level two. tapi untuk kos lain, just sampai level one je. tapi untuk kos bahasa arab dan ilmu wahyu, awak kena habiskan sampai level 4 kat matrik.

c) Fardhu Ain

test ni pulak akan tentukan sama ada awak patut masuk kelas fardhu ain atau pun masuk usrah kat matrik tu. kalau awak dapat markah lebih daripada yang ditetapkan contohnya 25 ke atas over 40, awak layak masuk usrah. lebih kurang dengan kelas fardhu ain iaitu wajib datang tapi bezanya yang ajar tu, budak batch kite jugak, yang hanya salah satu dua je dalam test ni. kira yang hebaaakk la. belajar dalam bulatan, and just santai-santai je sambil dengar tazkirah daripada naqibah kita tu. boleh juga discuss isu semasa atau nak luah perasaan pun boleh. haha. tapi kalo kelas fardhu ain, untuk sape-sape yang tak berjaya dapat markah 25 ke atas masa test hari tu, awak kena belajar ngan ustaz/ustazah dalam kelas and ada exam tau.

d) Computer (CPT)

test komputer ni akan tentukan sama ada awak patut ke tak belajar komputer kat matrik nanti. soalan objektif je so boleh tembak-tembak. jangan haraplah nak jawab betul-betul sebab soalan dia memang susah. dia akan tanya segala jenis urat belikat dalam komputer tu. segala software, bluetooth bagai. ramai gak yang lulus test ni sebab main tembak-tembak. tapi malang lah bagi dorang sebab belajar komputer ni satu advantage. nanti dalam resume tak ada subjek komputer sedangkan bila nak minta kerja, kemahiran komputer sangat penting. so baik tak payah buat betul-betul. kalau tak lulus, nanti boleh masuk kelas komputer yang fun. huhu.




2. ETIKA BERPAKAIAN (DRESS CODE)

kat uia ni mesti awak imagine semua orang warak-warak dan lelaki skema pakai kopiah bagai kan? okay sekarang buang imaginasi tuh. memang ada golongan tu tapi kebanyakan and bukan semua.

apa yang paling penting, nak pergi kelas wajib lah pakai kasut atau sandal and kad matrik. tapi tudung tu kena bawah dada kalau tak kena saman. mekap pula tak boleh heavy sangat nanti kena saman jugak.

and ada sekali dalam seminggu, (during my time, it was on wednesday) yang semua student perempuan wajib pakai tudung putih, and lelaki wajib pakai kasut dan tie. kira untungla nih, sebab dulu, sebelum uia bertukar dari matrikulasi uia ke pusat asasi uia, student kena pakai tudung putih setiap hari dan begitu juga dengan lelaki, wajib pakai baju kolar dan tie.

tudung student perempuan, tak boleh ada corak-corak. dalam bahasa lainnya, hanya tudung bawal je dibenarkan dalam kelas. tapi boleh je nak pakai tudung lain, asalkan tak ada corak. sulam-sulam sikit tu bolehla. okay?

******************

that's all kehidupan kat pusat asasi uia yang awak kena tahu. yang lain tu, macam universiti lain juga. kat uia ni seronok sangat. untunglah sape yang dapat uia. untung sangat, so jangan sia-siakan peluang ni and belajar sungguh-sungguh! kepada yang tak dapat uia sedangkan awak nak sangat macam my dear cousinssss seramai 3 orang tuh, jangan putus asa okay! buat rayuan. ataupun, masuk degree nanti, apply je uia. ramai je budak u lain join uia time degree. so, jangan putus asa. Allah knows best.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails