Sunday, May 27, 2012

hlovate

assalamualaikum.. hlovate. rasanya semua orang kenal kan dia. it has been 5 great years with her books and advice. start baca buku dia, back in 2007. masa tu 5 tahun 5 bulan baru release. with bad cover, unknown author, unknown publisher.. heh. jemari seni publishing? naa.. i only know alaf 21. hlovate? what a name! nak sebut pun susah. dahlah nama pun tak cantik. [masa tu kan biasanya author akan guna nama nak best je macam damya hanna, aina emir, aisya sofea..etc etc] tibe-tiba datang nama tak best dengan cover yang entah apa-apa and publisher yang tak femes! what the.. tapi kenapa baca jugak buku tuuu? sebab baca sinopsis kat belakang best! tau-tau je lah novel hlovate sinopsis dia camne kan. tak adanya nak tulis "novel ini mengisahkan bla bla" instead, ayat yang dia guna sangat sempoi, and ade dialog-dialog ana ngan along. masa tu rasa macam peh sweet gila cite ni. bila dah baca tu, try suggestkan kat kawan. dorang pinjam, tapi tak lama lepas tu pulangkan balik. "aik, cepatnya baca?" "tak bestla fiza.." ceh.. rupanya dia cakap tak best tu sebab tak baca pun. tapi sebab tengok cover je. budak-budak masa tu memang nak yang alaf 21 je. zaman-zaman sekarang ni, novel alaf 21 semua dfilemkan. so thats the story how i started to like hlovate. sekarang ni, dah tak boleh baca novel lain sangat. kalau baca pun mesti skeptik. haishh ni ayat tirru hlovate ni. yang ni kalau hlovate tak letak macam ni. hlovate tu hlovate ni. sampai ada satu buku ni, beli sebab cover cantik. tapi tak habis satu bab pun. terus rasa nak campak keluar tingkap. semua ayat macam nak tiru hovate. benciiii. dulu pernah bagitau farid, kalau bilik saya terbakar, benda pertama yang saya nak selamatkan adalah novel-novel hlovate. haha. tapi tu dialog dah lama. time tu buku hlovate susah nak cari lagi. sekarang, novel hlovate orang dah recognize. dah jadi legend dah kat MPH tu sebab selalu dapat best seller. since 2008 kot. hebat kan. hlovate ni dia pandai sangat tarik orang baca buku dia. sebab mesej dia satu je sebenarnya : dakwah. tapi, dia start tarik dengan cerita romantik dulu sebab nak build up nama dia. macam start-start dengan 5 tahun 5 bulan, cerita romantik and kelakar, lepas tu Aa+Bb, memang romantik tahap tak ingat. tapi dalam romantik-romantik tu pun dia da selitkan dah quranic verse and Harun Yahya's words. then Schubert Serenade, and the list just goes on.. lepas tu tiba-tiba keluar cerita islamik yang memang menginsafkan. yang betul-betul islamik dari budak jahat jadi budak baik. Rooftop Rant. bila dia dah tengok orang dah boleh terima islamization dalam buku dia tu, baru lah dia keluarkan yang lagi core islamik dia macam versus and contengan jalanan. hebat kan dia? sebab sekarang ni, buku dia tu orang tak akan tengok dah tajuk apa, pasal apa, mahal ke tak. yang penting penulis dia: HLOVATE! even buku cerita kanak-kanak, ABCDE yang hlovate tulis pun saya hangkut sekali tau. one more yang saya respect pasal dia.. dia prefer to be anonymous. laki ke pompuan [even boleh agak yang dia ni gurl], belajar mana [boleh agak juga kat mana], orang mana [kite tau awak orang ipoh], kos apa [sape tak tahu hlovate ni budak medic memang tak pernah baca novel dia la agaknya], semua benda tu dia tak pernah dsclose. tapi boleh agak daripada cara dia tulis, location dalam novel dia, hebatnya dia bagi preskripsi unat dalam 5t5b, and so on. semua tu boleh agak. tapi, dia tak akan disclose. even parents dia pun tak tahu dia tulis novel. haha. tapi sape pun awak hlovate, i dont even care. just nak bagitahu, thanks for my great five years with your book. tak dapat dinafikan yang buku awak sangat membantu saya untuk jadi muslimah yang lebih baik. he. and pengaruhi saya nak dengar semua lagu rock yang awak letak dalam novel. saya download setiap lagu yang awak bagi dalam tu. i know there's message yang awak try nak sampaikan. you're AWESOME!

Saturday, May 19, 2012

second time in this sem

assalamualaikum so, this is my second time tulis entry sem ni. wuuu.. lamanya tak update kan. sem ni rasa cepat sangat berlalu. rasa macam baru je masuk. lepas tu, next week dah final! yes, final. dahla jadual sem ni macam terbaik gila. berderet and dekat sangat. ade gap sehari, and ade yang tak ada gap langsung. yang penting, tawakkal banyak2. semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan mental dan fizikal. tak nak dah jadi macam last sem. time nak final la, peha terbakar. bila dah final, accident kereta pula. walaupun tak cedera, tapi hati tak tenang sangat fikirkan nasib mangsa kemalangan yang terpaksa bertongkat ke dewan exam. sape buat dia? sayala! lupa nak signal. hehe. terus sekarang fobia nak drive kereta. hmm. walaupun sem ni amat pantas, tapi banyak yang terjadi sebenarnya. alhamdulillah, 20 mac - 2 april saya dan umi abah selamat mengerjakan umrah. alhamdulillah sangat. pengalaman yang berharga. rasa rindu sangat kat kaabah. bayangkan. selama ni tengok kaabah dalam tv and gambar je. tapi last2 dapat juga pegang, cium, peluk semualah kaabah hari tu. masa mula-mula tawaf selamat datang, hati berdebar sangat nak tengok kaabah. tapi bila dah sampai, mata tak boleh pandang langsung kaabah, sebab air mata mengalir laju. so tawaf sambil tunduk je sambil dalam takbir. aura dia tu lain macam. sumpah. so boleh angkat muka sikit-skit je curi-curi tengok kaabah sebab hati berdebar dan jantung macam diragut setiap kali pandang kaabah. terasa kebesaran Allah. memang sangat-sangat. Allahu Akbar!

Tuesday, February 14, 2012

this is where the saying goes

assalamualaikum.

alhamdulillah, dah masuk sem baru hampir lebih seminggu dah. setakat ni, semua lecturers are okay. walaupun, ada juga kelas yang masuk gamble je macam land sebab tak kenal lecturer, nevertheless it turns out to be not a wrong choice pun. alhamdulillah.

there are some juniors come to me and complaining how they turns out to be not in the group yang dorang nak sebab section closed. when i asked them what makes you guys feel so bad sebab terpaksa masuk kelas mdm tu? and jawapan common is,

" senior cakap madam ..... tu tak best "

again, judging a lecturer based on seniors' words is not a good thing. you have to be there, and judge them with your own intellect. as for me, there are some lecturers yang senior cakap tak best, tapi it turns out to me that they are the best. in fact, best gilerr.

lecturers who teach me criminal 1 and 2, ils 1, company 1 ( mdm yang ajar the second part) and my current land law 2 and pil 2, all of them mostly kalau tanya seniors mesti ramai yang tak suka. kenapa tak suka? sebab mereka perfectionist!

ramai yang tak tahu tapi kalau ada yang tahu, they'll think that im weirdo. but i do like lecturers yang perfectionist. sebab kadang-kadang lecturer macam ni, mereka keluarkan apa yang terbuku kat hati kita ni. contohnya, dalam hati saya selalu kutuk-kutuk orang yang lambat-lambatkan attendance and passed it not according to the exact row. but my criminal law 1 and 2 lecturers make it a rule for us to sit at the same place thru out the semester just to make the flow of attendance turns smooth.

as for notes, i always have some issue with this. the thing that i hate the most is student yang datang class but do nothing i.e tak salin notes. but my ils 1 lecturer make it compulsory for us to have a note book, yang mana dia akan selalu cek. macam sekolah, tapi saya suka okay. with this, my note book will not be borrowed and photocopied. please know that i hate this so much. please.

but this doesnt mean that im not selective when it comes to register my class. but the perfectionist thingy will not affect my judgment. what i care the most is their marking. lenient ke tak. heh.

sape yang tak nak lecturer lenient ye tak. it will influence your cgpa kott. but if that lecturer is committed and perfectionist, and strict in marking, i have no objection. sebab, dorang deserve nak strict in marking. ingat ada ke lecturer yang tak henti-henti buat kelas malam setiap selasa? bukan sebab nak kejar silibus yang tak habis tapi sebab nak ajar betul-betul. even if dorang strict, they deserve it. if you know who i mean ;)

so this is where the saying goes,

dont judge a book by its cover.


but in this context, it's more suitable with -

"dont judge the lecturer based on your senior's"

Thursday, January 26, 2012

2012- tahun terakhir.

walaupun hari ni baru hari yang ke 27 dalam tahun 2012. tapi rasa macam dah lama.
tak sabar nak habiskan tahun ni. gedik sangat kan.

hee. sebenarnya.. tahun ni adalah tahun terakhir bergelar
cik siti nurhafiza.

so next year, i'll be puan siti nurhafiza.
Allah. berangan!

tahun 2012 ni adalah tahun ke empat hubungan kami. lama tak lama, tahun depan insya Allah, hubungan tak halal ni bakal dihalalkan. amin

rasa macam baru je *blush-blush* since our first meeting kat airport, 15 april 2008. a very big smile and i have no reason but to just smile, smile, and smile, walaupun cakap sepatah je dengan awak. shyly i gave my humble cheese cake which i stayed up all night baking and you gave me a cute tiny plastic pink bear key chain in return. the first date was awkward tapi tak boleh lupa :D

4 years berlalu macam angin. angin yang kita tak dapat sentuh tapi boleh rasa sejuknya. so awak. ye awak.

untuk tahun terakhir ni, let's enjoy our "single" moment to the fullest.
berkahwin bukan sahaja siap dari segi kewangan wak. saya tak kisah suami saya tak ada kereta tak ada rumah, tapi at least saya nak suami saya:

1) hafal semua juz amma
2) pandai baiki paip bocor
3) tau cara mandikan jenazah (boleh belajar dalam google)
4) tau sembelih binatang
5) pandai tukar lampu rosak
6) pandai masak ayam masak kicap yang saya suka
7) tau berenang
8) pandai iron baju. haha. pentingla kalau saya sakit kaki tak boleh berdiri nanti awak tolong ironkan baju saya okay?
9) stop membazir dan ada saving walaupun sedikit ye wak?
10) boleh baca doa panjang-panjang full in arabic lepas solat

boleh tak wak? saya tak minta pun duit hantaran rm88000. saya pun tak nak kereta audi r8. cukuplah 10 perkara ni. nak demand lebih-lebih kang tak terkahwin pulak tahun depan. mau kena tunggu lagi 10 tahun tak sanggup saya.

dalam tempoh setahun ni, kita masing-masing try perbaiki kekurangan diri kita. saya tahu saya pendek, tapi kekurangan ini tak dapat dibaiki. haha.

lets boost up our amalan and ibadat, to get married means kita dah ready everything rohani dan jasmani. saya kena berubah, supaya nanti tak banyak dosa saya awak bekal tanggung. awak pun sama, supaya tak terbeban bahu awak dengan dosa kita berdua. berubah juga untuk anak-anak kita. kita kan nak bina.. err baitul muslim? hehe. malu pula nak sebut. rasa kecil sangat diri ni nak bina baitul muslim. tapi kita boleh usaha kan? kita kena bina personaliti muslim dulu. so, lets strive to be a better muslim. bersama-sama.

we're heading for something, something i've never been. sometimes im frightened, but im ready to learn.

a big step towards a thousand years together.

Sunday, January 8, 2012

jodoh tu kan rahsia Allah

tadi, kat news feed facebook keluar update daripada kawan saya ni, album gambar dia dengan suami dia kat kuwait. alhamdulillah, bahagia sangat tengok.

rasa terpanggil nak cerita nasib dia. betullah, lepas hujan mesti ada pelangi. and segala apa yang kita rancang, Allah lebih tahu apa yang terbaik.

kisahnya begini, kawan saya ni, dia berkahwin atas pilihan orang tua. dia pernah couple daripada sekolah, tapi bf dia meninggal accident. sedih kan. tak terbayang perasaan dia masa tu.

tapi tak lama lepas tu, dia couple lagi. dengan orang yang suka dia since sekolah. memang couple dah janji sehidup semati la. dah serius dah. and memang lelaki tu sayang sangat-sangat kat dia.

lama juga dia couple ngan laki tu. sepanjang degree, memang mereka bersama. tambah-tambah dapat universiti kat negeri yang sama.

tapi malang sekali lagi menimpa dia, sebab hubungan tu tak direstui keluarga kawan saya ni. sebab dia adalah satu-satunya anak perempuan, mak dia mahu carikan sendiri bakal suami untuk anak perempuan dia.

bakal suami dia student mesir, ustaz. memang pilihan mertua la kan. tapi kawan saya ni tak nak. yelah, siapa yang sanggup tinggalkan kekasih hati yang dah bercinta bertahun lamanya. tapi mak dia dah aturkan segala-galanya. sehinggalah rombongan meminang datang. time tu, kawan saya ni dah tahun terakhir degree.

nak buat apa lagi kalau dah pilihan mak ayah. hanya mampu menangis. kesian sangat tengok dia. lagi kesian tengok bf dia. bf dia baik, tapi bukan pilihan. Allah ada plan lagi baik punya kan?

sepanjang tempoh pertunangan tu, kawan saya dan tunang dia yang belajar kat mesir tu berkenalan. and kesedihan tu dah semakin kurang. bila dah jodoh, akan ada chemistry jugak walau tak suka macam mana pun kan.

satu hari tu, saya terjumpa kawan saya ni kat pejabat pos. muka berseri-seri nak poskan kad jemputan kahwin. alhamdulillah, dia dah makin bahagia. terharu sangat tengok.

comel sangat tengok kawan saya ni dengan suami dia. muka sebijik sama! masya Allah! macam mana lah manusia yang tak ada talian darah boleh muka sama macam ni. indahnya aturan Allah kan.

lebih indah lagi bila kawan saya pun dah pregnant sekarang ni. ^^

Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya kaktus berduri.
Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu.
Saya sedih & kecewa.
Namun kemudiannya, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Allah. Indah pada masanya.
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan.
kadang2 kita sedih, kecewa, terluka tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita.

Allah bagi kita duduk di tempat yang bahagia, tapi kita kena naik tangga berliku tinggi untuk sampai ke tempat tu. Subhanallah.

Friday, January 6, 2012

two thousand and eleven

in this year i've learnt many things. apart from my law subjects of course.

1. being a tutor for 3 subjects.

gila tak penat woh. i have to reserve 9 hours per week untuk mengajar. wed until friday from 8 pm until 11 pm. memang confirm at hari jumaat tu tekak dah takde suara. cause i literally teaching, apart from drawing mind maps and answering their questions.

2. dapat penuhi impian yang sekian lama

last year, i applied for this thing jugak tapi was rejected, and too bad sebabnya saya baru tahu sekarang. boleh buat pengajaran la untuk apply for the second time ni. the reasons was tak sahkan dokumen yang hantar tu, and isi kelayakan masuk ijazah dengan "credit transfer" while the answer should be "matriculation". haha ngeng kan. last year, that thing did notify me thru email that i had made mistake kat academic qualification and i rechecked. yes i did. tapi tak terfikir langsung pun yang credit transfer tu salah.

bila tak dapat tu down gile. sebab yang lain ambik subject dengan 1 credit hour pun dapat benda ni. unfair! i study hard for my 19.5 credit hours and i manage to get well so i think its very unfair for me to still use loan. so i strive lagi last sem walaupun tak rasa macam dapat sebab subjek last sem was quite tough tapi alhamdulillah rezeki tu datang jugak. so i applied again, and finally dapat. a very big alhamdulillah.

tapi bila dah dapat ni. rasa besar pulak amanah tu. profit will always comes with responsibility though.

3. burnt second degree

among others, inilah benda yang paling memberi pengajaran. hanya orang yang terdekat tahu kenapa. how i realize now, ALLAH maha mendengar. yes i did realized this long ago pun, but when the prove is before your eyes, what more can you say :)

4. 5 months vacation

almost setengah tahun cuti! haha bosan kot duduk rumah lama-lama. for the first one month, i did almost the same routine. bangun tidur, mandikan anak-anak sedara, buat susu, masak, tidurkan mereka, and tengok tv. menternak lemak.

bulan 6, i started to seek for job. so i got it at this one legal firm, Syariful & Assoc. bosan jugak but its overwhelm la bila tengok payment yang client bayar. my firm is doing conveyancing. so the work is a bit senang . sangat senang in fact. just copy paste je. tapi for the copy pasted paper tu, your client will pay you rm500 each for power of attorney, 10% of the purchased price for FORM 14A, and many more unreasonable price i would say. and imaginela kalau form tu kami kena siapkan for each lot. so kalau orang beli 10 lot. 10% x 10 = 100% ? haha

Sunday, December 25, 2011

my wedding

akibat putus fius belajar land baru satu topik. so dah malas nak teruskan. haha. sebab dalam hati cakap exam hari khamis ni. sekarang baru isnin. lek luu.

oh siti nurhafiza memang last minute. ngeng kan. jangan tiru aksi ini di rumah.

so nak cerita pasal wedding ni. tibe-tibe. my dream wedding :)

first, lets start with weeding dress





really love this wedding gown. dah lama dah jatuh cinta dengan gown ni. sebab its PINKK, lengan panjang, kembang and tutup aurat. in one word, perfect!

next.. majlis kahwen

i dont really prefer bersanding. satu, sebab islam doesnt tell me that i have to DO it and tak jatuh hukum wajibul ghunnah pun, adat yang mengarut i.e tepung tawar and all which i think will lessen the barakah in my walimah, and selain daripada tu, i feel weird macam patung pameran je duduk atas tu and orang semua tengok. malu tau,
malu!

i really prefer bride tu kan, duduk bergambar time makan and kat bilik je. pelamin tu tak perlu lah ada tapi background tu pun dah cukup just untuk posing-posing. background full with fresh blooming pink rose, white lily and dry lavender. ada candeliar, with background light, and a soft white curtain.

of course, just bergambar je kay.

so, when pengantin lelaki sampai rumah, terus menghala ke meja makan yang dihias indah, then barulah bergambar. lapar tau jadi pengantin ni. nerves dari pagi sampai takde selera nak makan. sooo.. apa-apa pun kita makan dulu!

zaman sekarang ni tak complete rasanya kalau tak ada outdoor kan. so untuk outdoor, i opt for beach. tak ada tempat yang lebih romantik selain daripada pantai. tak payahla amik tempat mengarut macam dalam sawah padi or ladang getah. it's soooo funny kay.

kat pantai, gambar akan jadi cantik time sunset. oh so romantik.




1/3/13. dream date. haha.

*tak malu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails