Saturday, December 29, 2012

bakal imam dan bakal makmum

sekarang ni ada satu trend di mana gelaran "boyfren" and "girlfren" dah bertukar jadi

bakal imam. bakal makmum

*mengucap panjang*

sesenang tu dia dapat title imam? tak aci!

tak senang. payah. susah.


bagi saya, orang tu hanya layak saya panggil seorang imam apabila dia

- at least hafal juz amma 

- tak pakai seluar atas lutut

- berjimat cermat

-menjaga tutur kata, pandangan, batasan pergaulan dengan perempuan.

-solat awal - paling penting. nama lagi imam kan? eheh

yang nak jadi bakal makmum tu pula, cukup-cukuplah cakap pasal jodoh. baiki diri dulu. 

bagi saya, seseorang gadis tu belum cukup layak lagi nak cakap pasal ni kalau

- bangun tidur pukul 10 pagi

- bilik tak kemas

-baju tak lipat

-sampah buang merata

-ponteng class (menunjukkan kita ni tak berdisiplin)

-tak mandi

-solat lambat


*air mata bergenang*

memang. tak semua orang boleh jadi perfect.

tapi nak ubah benda yang boleh ubah ni bukan payah juga.

kalau nak berubah, mesti boleh.

dahlah ek guna istilah imam ngan makmum nih.

tak sesuai.

hanya untuk suami isteri sahaja.

okay? 


*senyum pandang langit*


dan Allah lebih tahu, 
apa yang kita layak dapat, 
apa yang kita berhak dapat.
apa yang kita berhak kita miliki,
apa yang kita berhak kita rasai.

dan ingat!
bukan sahaja tentang apa, tapi bila!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails