Saturday, December 29, 2012

bakal imam dan bakal makmum

sekarang ni ada satu trend di mana gelaran "boyfren" and "girlfren" dah bertukar jadi

bakal imam. bakal makmum

*mengucap panjang*

sesenang tu dia dapat title imam? tak aci!

tak senang. payah. susah.


bagi saya, orang tu hanya layak saya panggil seorang imam apabila dia

- at least hafal juz amma 

- tak pakai seluar atas lutut

- berjimat cermat

-menjaga tutur kata, pandangan, batasan pergaulan dengan perempuan.

-solat awal - paling penting. nama lagi imam kan? eheh

yang nak jadi bakal makmum tu pula, cukup-cukuplah cakap pasal jodoh. baiki diri dulu. 

bagi saya, seseorang gadis tu belum cukup layak lagi nak cakap pasal ni kalau

- bangun tidur pukul 10 pagi

- bilik tak kemas

-baju tak lipat

-sampah buang merata

-ponteng class (menunjukkan kita ni tak berdisiplin)

-tak mandi

-solat lambat


*air mata bergenang*

memang. tak semua orang boleh jadi perfect.

tapi nak ubah benda yang boleh ubah ni bukan payah juga.

kalau nak berubah, mesti boleh.

dahlah ek guna istilah imam ngan makmum nih.

tak sesuai.

hanya untuk suami isteri sahaja.

okay? 


*senyum pandang langit*


dan Allah lebih tahu, 
apa yang kita layak dapat, 
apa yang kita berhak dapat.
apa yang kita berhak kita miliki,
apa yang kita berhak kita rasai.

dan ingat!
bukan sahaja tentang apa, tapi bila!

Tuesday, December 25, 2012

dua puluh dua

jari berhias permata

hati berteman air mata


dua puluh dua dan sihat

dua puluh dua dan gembira

dua puluh dua dan masih bernafas

ALHAMDULILLAH. 

:)





Sunday, December 23, 2012

uia life : suka dan tak suka

1. saya suka study last minute
2. saya suka fokus dalam kelas dan tak suka duduk sebelah orang yang bising dan banyak cakap.
3. saya tak suka teamwork dengan free rider
4. saya suka pergi jusco
5. saya tak suka naik tangga batu caves nusaibah
6. saya sangat suka jadi tutor and paling suka bila mereka faham apa yang saya ajar tapi saya tak suka jadi tutor sehari before exam [rujuk sebab no.1]
7. saya suka tengok korean drama time final exam. habit.
8. saya suka study kat library dengan amalina sebab dia suka makan macam saya.
9. saya suka pergi kelas awal sebab saya pemalu
10. saya suka keluar jalan-jalan time weekend.
11. saya suka minum nescaffe mild setiap pagi
12. saya suka pakai stokin kartun yang tebal dan striking.
13. saya tak suka mengumpat kawan baik saya.
14. saya tak suka jalan sehala kat uia sebab membazir fuel.
15. saya tak suka perjalanan go and fro to class sebab kena naik banyak tangga.
16. saya suka bilik saya sebab ground floor tak payah naik tangga.
17. saya tak suka kelas kat edu atau hs sebab jauh.
18. saya tak suka sorang-sorang dalam kelas.
19. saya suka nasi lemak aikol.
20. saya tak suka makcik jual nasi ayam kat aikol sebab dia garang
21. saya suka tulis nota dalam buku tulis sekolah rendah.
22. saya tak suka conteng buku teks dan statute saya.
23. saya tak suka campurkan nota satu subjek dengan subjek yang lain dalam satu buku.
24. saya tak suka makan kat centre.
25. saya suka belajar law walaupun tak pernah terlintas nak jadi lawyer.
26. saya suka belajar kat uia.
27. saya suka tinggal kat mahallah sumayyah.
28. saya suka timbang berat kat klinik uia.
29. saya suka swimming pool uia.
30. saya suka happykan kawan saya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails