Monday, June 28, 2010

dibelit ular ketika berzina


salam, terbaca artikel menarik di blog ni , ingin berkongsi cerita yang betul2 bermanfaat dan menginsafkan ini.. satu kisah benar.

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai.
Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul ular ke?” Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi.
“Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.
Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.
Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.
DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA.”

Wednesday, June 23, 2010

my family.. dulu dan sekarang?

my family : hj shari bin awang + hjh mazni binti yamat..

lahirlah sebelas orang anak2, dari tahun 1979 sampailah yang bongsu, tahun 2003. lapan perempuan dan tiga lelaki. kenapa tajuk entry ni dulu dan sekarang? hehe

sebab..

hmm.. kalau orang tengok kami, mesti pelik.. sebab, anak no 6 dan ke atas, panggil umi saya dengan panggilan : UMI, tapi, yang no 7 dan ke bawah, panggil : IBU.

macam adik beradik tiri lak kan? haha. yang ke 6 tu saya lah.. sayalah anak terakhir yang panggil umi, bawah saya, iaitu maisarah dan ke bawah, sume panggil ibu.

yang peliknye, bukan setakat gelaran je berbeza.. cara mendidik pn dah tak sama. biasalah, parents dah makin berumur, ketegasan tu pun dah kurang.. kalo dulu, kami (anak num 6 ke atas) langsung takleh tgk tv malam2.. kitorang WAJIB study kat ruang tamu, sambil2 dengar radio. masa tu, channel fav: radio muzik lah.. hehe. dgr 'pilihan bersama'. tengah2 study tu abah mesti akan datang cek sekali sekala.. 

memang best sebab study ramai2.. meja kami study tu, boleh tgk sampai sekarang ade kesan bengkak2, sebab dulu selalu study sambil minum air panas, meja kayu kan bila letak air panas, dia membengkak. tapi saya dulu bukannya study sangat pun, just temankan kakak2 study je.. sebab masa tu kecik lagi.. hehe.

sekarang? uhh, kalau tengok adik2 saya study macam zaman kami dulu memang saya nak wat pulut kuning lah. balik sekolah, terus tidur, bangun tidur, cari makanan kat dapur. malam pulak, online, tak pun tengok movie.. pastu tidur. dahlah mereka ni bukannya student biasa, tapi student yang ada exam besar tahun ni, sorang tu nak spm, sorang lagi pmr.. ish3..

satu lagi, bab berdikari. kalo dulu, darjah 3 dah pandai basuh baju sendiri, gosok tudung sendiri. pandai2 nak letak nila ke, nak lilin tudung ke.. umi takkan buatkan punya.. tapi sekarang, kesian umi. umi mesti bangun pukul 5 pagi setiap hari just nak iron baju2 budak2 sekolah seramai 5 orang tu! memang manja sungguh. haa.. bab sekolah ni satu, dulu kami pandai2 je balik naik van sekolah, kalo kene tinggal van sekolah pulak, pandai2lah fikir sendiri ye. naik next trip ke, nak balik jalan ke.. pandai2 sendiri lah semua tu. tapi budak2 ni, semuanya nak berjemput berhantar. huhu. yang jadi mangsa driver mereka tu, umi lah.. sape lagi.

aduh.. penatnye berleter kat budak2 kecik ni.. huhu. bukan jeles, just nak diorang fikir masa depan. ni asyik main je 24/7. makan tersedia, pegi sekolah just pegi belajar je, tak payah fikir hal lain. kanak2 ni, kita kena biar mereka susah, barulah mereka akan hargai waktu2 senang..

p/s: paling tak sukaaa adik beradik cakap kasar ngan umi.

Tuesday, June 22, 2010

23 Jun 2007


assalamualaikum wbt
akhirnya.. hari yang di tunggu2 telah tiba.. hari ni, genaplah 3 tahun saya berada di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA..

dulu masa kecik2, rasa mustahil sangat nak masuk UIA. kiranya uia ni tak pernah listed lah sebagai uni pilihan nanti. sebab.. ingatkan nak masuk sini, kene datang from sekolah agama. rupanya tak :) hehe. uni pilihan dulu, of cos lah UKM. sebab dr sheikh muszaphar kan ikon UKM. ceh.. sempat lagi tapi, bile tengok ramai je batch kamilian lepas2 masuk uia, barulah saya tahu, budak sekolah selain agama pun boleh masuk uia (oh sempitnye pemikiran ketika itu ) masa isi borang upu, bulan march, 3 tahun lepas, memang tak tahu pun pilih u ape, main pilih cos je.. sebab kat form tu kan tak kuar name uni, just keluar code cos je.. dulu pilih cos ape? hehe tak ingat sangatlah tapi yang pasti,
mostly memang mintak law, and TESL (kot?).

akhirnya.. keluarlah result upu, dapat law kat uia.. syukur alhamdulillah.. umi cakap, dia berat hati tengok saya nak masuk u, apatah lagi jauh2 sebab saya ni mudah terpengaruh. tapi bila dia tahu anak dia ni dapat uia, dia bersyukur sangat, at least, saya akan mudah terpengaruh ke arah yang lebih baik. tapi tak jugak, sebenarnye bergantung kat sape kawan kita kan? sebab kakak2 saya yang masuk uitm, dua2 berubah pakai tudung agak labuh bila dah masuk sana.. hmm.. tapi alhamdulillah, setakat ni, kawan2 saya semuanya baik2 dan berbudi bahasa huhu..

okay2, berbalik kepada tajuk asal entry ni, 23 jun 2007. tarikh tu adalah hari pertama saya melangkahkan kaki ke centre for foundation studies iium kat pj.
first bilik, ZC 409A. my roomates were, wani, aina, and hana.. hana sorang je budak sains, kitorang sume budak law. kesian hana pegi taaruf week sorang2.. rindunya kat bilik tu, rindunya kat zainab collage, rindunya kat smawp, rindunya kat ucafe tempat beli lunch hari2 bile balik kelas dari smawp, rindunya kat pak long cafe(betul ke nama die? tak ingat!) punya nasi goreng mushroom tempat beli masakan panas untuk iftar, rindunya kat cafe zc, tempat kami beli lunch time weekend n tempat kami makan kuew tiaw kungfu setiap malam selasa (acara mingguan rakan2 sebilik)..

walaupun bilik kami dulu sangat kecil, tapi sangat best sebab first time tinggal kat asrama, kenal ramai kawan dari pelbagai negeri, kawan2 yang masih pure n innocent (sebab semua baru kenal kan) hihi. ni lah bilik time kat zc409a dulu,..



katil kesayangan ku..



me and aina during taaruf week (oh gelapnye muka!)


sayangnya.. kami just berpeluang stay 1 sem je kat uia pj, sebab starting from 2nd sem tahun 2007, semua students arts (law, econs, hs, ben, bar, irk) kena pindah campus baru.. uia nilai. macam best je kan bunyi campus baru? tapi masa tu, hati amatlah berat nak tinggalkan uia pj ni.. yelah, tempat mula2 biasalah kann.. tambah2 lagi, kene pack semua barang nak pindah kampus.. and, paling sedih, nak tinggalkan hana sorang2.. dahlah dia satu2nye rumet kami cos sains ; bio sains, kesian hana.. kami 3 orang (fiza, aina, wani) semua pindah nilai..

masuk nilai, memang buruk khabar dari rupa.. huhu. selama ni, banyak 'gosip2 liar' cakap nilai tak best, nilai dalam hutan, nanti asrama macam rumah kedai.. huhu ternyata semuanya lebih indah dari yang dijangka.. dulu kalo kat pj satu bilik 4 orang, tapi kat sini, satu bilik 20 orang! 5x ganda okay. tapi, kat sinilah kenal kawan sejati, semangat sisterhood, kenal erti islam, kenal UIA yang sebenar.. memang kat nilai orang cakap lebih bebas nak pakai jeans keluar outing compared to uia pj, tapi bagi saya, kat sinilah saya kenal pelbagai jenis manusia.. bila dah sebilik ngn ramai orang, macam2 perangai kita boleh tengok kan. kat sinilah masuk macam2 aktiviti: taaruf week committee, FSCC, leadership camp, dan macam2 lagi.. semua tu memang kenangan yang terindah :)

3 tahun bukan semata2 angka. 3 tahun ni lah yang telah membentuk diri saya untuk menjadi manusia. di UIA. siapa sangka, the future tu kite tak boleh nampak, tak boleh predict. menjadi manusia sebab kat uia bukan sama dengan u lain. dengan adanya study circle, kelas tilawah al quran, semua tu walaupun macam dipaksa sebab wajib, tapi lama2, ilmu yang dapat tu, memang akan disedari jugak kegunaannya. bak kata hlovate, "fake it until u make it" :)

next sem, masuk 2nd year degree. dah tua jugak saya ni rupanya ye? huhu rasa macam baruuu je datang cfs iium, masuk amf, bawak fail biru and borang2 maklumat diri, pakai baju kurung warna putih, tudung putih, kasut hitam, masuk Al Malik Faisal Hall (AMF) untuk daftar ngan akak committee. pastu akak committee tu bagi temporary matric card. pastu jalan ikut barisan, ambik beg, baju batik, baju sukan, taaruf kit segala bagai, ngan kunci bilik. pastu angkat brg2, baldi, beg2 besar naik bilik kat tingkat 4. airmata nak menitik.. tahan.. (homesick dah start). pastu umi ngn abg ngn kakak masuk bilik, tengok2 bilik, pastu dorang balik. hantar dorang kat kereta.. balik mahallah, tengok semua orang masih ngn parents masing2.. tahan lagi airmata.. naik bilik, kemas2 barang.. pastu kenal2 ngn roommates, oh, sebilik ngan orang johor, selangor ngan terengganu. pastu.. taaruf week pun bermula...

di sanalah kehidupan saya di UIA bermula..di uia pj.. saya sayang sangat UIA. sayang sangat. sebab kat sini, saya kenal kawan2 baik saya, saya kenal perkataan2 arab, saya reti nak stay up (masa belajar kat high school tak pernah stay up), saya belajar independent, saya kenal pelbagai jenis nama nasi goreng, kuetiaw kungfu, etc ( sbb family tak pernah makan kat kedai ), saya belajar jadi leader, saya belajar pakai tudung labuh, saya kenal apa itu handsock, saya dapat belajar dengan pensyarah2 yang terhebat di Malaysia. terima kasih Ya Allah, nikmat ini tak pernah saya tergambarkan satu masa dulu.. nikmat yang diberi kerana Dia maha pemurah..

Sunday, June 13, 2010

kahwin masa belajar


salam and greetings to all.

perkahwinan :) sebut je perkataan tu, hati rasa indah sangat. mungkin dah sampai seru kot. hihi. sekarang ni, bila pergi majlis kahwin, hati rasa meronta2 ingin menjadi seperti mereka ;( oh umi, saya mahu kahwin..

tapi bila nak sebut kahwin ketika belajar ni, banyak sangat halangan yang ada, sedangkan niat kita ikhlas. seperti hadith dari Rasulullah s.a.w :
Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah Swt, iaitu Pejuang di jalan Allah, mukatib (budak yang membeli dirinya dari tuannya) yang mahu melunasi pembayarannya, dan orang yang menikah kerana hendak menjauhkan diri dari perkara haram. (HR. At-Tirmidzi)

adakah saya termasuk dalam salah satu golongan itu? Allah sahajalah yang maha mengetahui niat kami sebenarnya. kalau kami ikhlas dan yakin, mesti ada jalan untuk kami. berkahwin bukan sebab untuk keseronokan semata-mata, tapi saya ingin membaiki diri saya. Allah pun ada sebut dalam alQuran,

Antara tanda-tanda kekuasaanNYA dan rahmatNYA, Dia ciptakan untuk kamu; wahai kaum lelaki, isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya. dan dijadikanNya suami isteri itu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Ar-Ruum : 21)

dan ayat tu hanya untuk mereka yang berfikir. seperti yang Allah tegaskan.

ketenangan selepas kahwin ni lain sebenarnya. bukan tenang yang biasa, walaupun rutin hidup penuh dengan tutor, kuiz, test, kelas, final exam, tapi tenang yang datang daripada dalam tu tetap ada.

ikatan perkahwinan tu ikatan suci yang menyatukan hati, menenangkan jiwa yang resah, dan memfokuskan impian yang berlegar tu untuk jadi satu impian yang ideal mengikut hukum. bila kahwin, di situlah ada kebahagiaan, ada kasih sayang, ada sahabat. hakikatnya, memang itulah kebahagiaan sebenar. 

kalau nak qiyam, ada orang kejutkan dan teman, atau kadang2 boleh jadi tukang kejut juga, kalau puasa sunat ada orang masakkan untuk bersahur dan berbuka, atau suami pun boleh jadi tukang masak juga, kalau solat pun dah boleh solat berdua, kalu dulu sorang2 je, kalau mengaji pun ada orang tolong semak bacaan, kalau nak menghafal surah atau hadis pun ada orang tolong tasmi' bacaan. tu antara benda2 kecil lah kalau nak disenaraikan. tapi semua tu, bergantung jugak kat pasangan hidup macam mana yang kita pilih. ;)

memang pasangan hidup sepatutnya membawa kita ke arah yang lebih baik jika nak mengikut hukum. pasangan yang baik adalah untuk pasangan yang baik juga.

bila bertanya pendapat lecturer2, most of them semua setuju kalau student kahwin cepat2. sebab mereka pun mostly ramai yang kahwin dalam 2nd year or 3rd year. sebab, kat uia benda ni dah biasa. uia students mostly, ramai yang mula peka dan berusaha untuk mengikut syariah. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails