Wednesday, September 8, 2010

sayo ore kelate


alhamdulillah sudah sampai ke malaysia kelantan pukul 3 pagi 4 sept hari tuh. balik ngn bas persatuan anak kelantan uia, sangat laju ok. pukul 10 malam betolak, sampai machang pukul 3.30 pagi. fuh. terbaiklah !

oh. bila sudah berada di kelantan, mood raya baru nak rasa. kat uia memang rasa macam puasa biasa je sebab sibuk sangat2. exam, assignment, discussion. habis je exam consti 3 september hari tu barulah rasa dapat berdiri dan bernafas sikit, lepaskan segala traffic congestion kat kepala ni dengan kes-kes dan akta.

memang tak mampu dengan kudrat tangan dan kaki yang sepasang ni untuk buat semua kerja serentak. nak update blog yang dah bersawang ni lagilah tak sempat. tulah, style buat kerja last minute. semua benda datang bertimbun serentak depan mata, masa tu barulah rasa nak terlentang tak terpikul dek beban. dushh.

betullah orang cakap. bila dah berada kat negeri luar, barulah terasa sayangnya kat negeri sendiri. macam student oversea lah, semangatnya dorang celeb merdeka tu, fuhh. tak perlu konsert segala bagai. tak perlu jerit merdeka sampai sakit tekak sedangkan rambut blonde macam mat saleh, pakai kasut mat saleh, pakai baju mat saleh, dengar lagu korea jepun. tak perlu tu semua. tengok contoh dorang sambut merdeka:


pakai baju kebangsaan sama sama kumpul marching kat bumi mat saleh. ni baru betul.
(credits to melbourne student assoc)

kesimpulannya, bila kita berada kat luar barulah kita akan rasa sayangnya kat negara kita. ha, macam nilah senang, bila benda tu dah takde depan mata, barulah kita rasa.. ya Allah, sayangnya. ye tak?

__________________________

tulah yang saya rasa, bila belajar kat kolumpo ni, rasa rindu sangat kat tempat sendiri. paling rindu, mestilah makanan. tambah2 bulan puasa ni. beli murtabak kat sini semuanya tak sedap. dahlah kuah kari. pelik je. kalo kat kelantan, murtabak dia banyak telur and kuah kaler pink yang masam masam sket tuh. sedapppp sangat. 

nasik kerabu lak, kat kl boleh cecah rm4.50 kalo letak ayam. kalo kat pasar malam pasir puteh tu selamba je leh dapat rm2.50 + ayam bakar + telur masin. rasa dia tu memanglah kompem lain. kat kelantan sangat sedap sebab nasi kerabu dia manis2. haha. pelik kan? tapi sedaplah. kelantan memang manis manis sume makanan dia. even rebus air masak pun nak bagi rasa manis sikit, letak daun pandan. hah, to that extend lah 'kemanisannya' tu, air masak pun manis ok @_@

ohhh kelantann.

kalau nak cerita satu2 memang tak cukup. kena buat blog khas kot untuk cerita apa yang best sangat kat kelantan ni. bahasa? aha, memang susah nak tiru. kalo orang johor boleh je nak cakap loghat penang, orang kolumpo nak cakap negeri, tadehal la kan. tapi kalo bahasa kelantan, nak nak bila 'ore lua' try cakap memang bunyi macam siam lah. hahah. bahasa kelate complicated sikit sebab kadang2 satu ayat tu ade dua maksud, atau satu ayat tu boleh jadi dua maksud bila tambah sabdu je. sabdu? alaa yang macam tulisan jawi tu. yang tak pandai letak sabdu tulah yang buat cakapnye macam siam.

contoh:

siam: mung ngaji mano loni
kelate: mung nngaji mmano llonih

ha, sabdu ye kat huruf yang double tu. jangan lupa ye anak-anak. (macam ustaz zamri ?) @_@

tapi walaupun belajar kat kolumpo, memang tak terasa sangat lah sebab ore kelate memang ramai di mana2. so kalo first time datang and agak2 terbelit lidah nak tukar slang kelantan tu, jangan risau sebab ramai je orang kelantan kat sini. even orang luar pun boleh cakap kelantan kalo datang belajar kat uni mana2. sebab orang kelantan memang ramai di mana2. he bangga2.

even lecturers kat uia ni mostly yang saya kenal hampir 80% la kelantanese. ada juga lecturer from kl yang leh cakap kelate macam mdm noraini. haha. memang terbaiklah bahasa kelantan mdm. exempted!

ye, memang semangat pun. semangat kelate. tiba2 berkobar2 sebab tadi terbaca kat fb someone yang sangat dikenali ni. merungut takut balik kelantan nanti broadband takde line. and ada one of those kawans dia cakap " org kelantan memang buta it. entah2 telefon pun pakai public phone lagi" duuhhh. memang T.T lah kan. mungkin dia tak tahu yang orang kelantan lah majoriti kat semua universiti kat malaysia ni sebab dia tak masuk u .






1 comment:

  1. wah3.. kamu meme org klate sngoti!

    panda dop sy cekek klate? kih3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails