Thursday, April 29, 2010

before i die

mati bukan bleh expect bila dia nak datang kan? selagi kita masih hidup ni, kene live the life to the fullest, tp kene selari lah dengan landasan agama. insya Allah :)

what i want to do before i die:



1. dapat grad 1st class (degree, master, and PhD) insya Allah




2.lepas grad, of cos la nak kerja bagus2 kan? cita2 saya sebenarnya bukan lawyer. sebab penakut. mudah simpati. kesian nak hantar orang masuk penjara.

so, saya bercita2 untuk jadi pensyarah law kat Oxford University. haha. perasan.
sebenarnya, saya memang suka mengajar orang ni sebab dengan cara macam tu, ilmu kita makin bertambah. betul tak? lagipun, salah satu amalan yang dikira sedekah jariah yang kita still dapat pahala even dalam kubur pun ni lah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan oleh kite :)




3. balas jasa ibu bapa. tak semestinya hanya dengan wang ringgit. kasih sayang dan perhatian tu penting. tapi, saya pernah berazam, kalo kerja esok2 gaji rm5000 ke atas, aku nak beli merce sebijik kat abah. abah pernah cakap dia nak beli merce nak letak depan tangga. haha kelakar la abah ni. insya Allah, akan saya tunaikan hasrat abah. mereka dah berpenat lelah besarkan kami 11 beradik. 

umi, sampai bengkak2 urat kat kaki lahirkan kitorang. umi jugak pernah tak boleh berjalan and just mengengsot je sebab terlampau sakit lepas lahirkan anak ke2.tapi kita tak nampak semua tu kan? yang kita tau, kita dah besar, and umi dah tua. kita tak ingat dah ape yang berlaku masa kita kecik. kita buang air merata2, kita demam, sakit sape yang jaga? sape yang risau? kita nak masuk u, sape yang sungguh2 nangis bila nak hantar kita kat stesen bas? 

sekarang, bila dah kahwin, kita anggap umi abah tu tak lebih dari orang tua tak berguna. kadang2 buat macam orang gaji. nauzubillah. patutlah, bukan senang nak masuk syurga ye?




4. selepas dah stabil kewangan, mestilah nak bina baitul muslim kan? ehem, membinanya bukan mudah. kena bina dengan insan yang sama2 berjuang untuk niat yang sama. perkahwinan atas dasar untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dan juga untuk melahirkan generasi muslim yang soleh dan solehah. 

selain untuk memenuhi fitrah manusia hidup berpasangan, dengan perkahwinan juga, insya Allah, dapat menyemai perasaan cinta dengan rasa yang halal. cinta yang Allah pinjamkan..




5. after that, ingin melancong ke oversea bersama suami tersayang! bestnya.. antara tempat2 yang saya ingin sangat pergi adalah:


  • Korea


  • London


6. eh, lupa pulak, lepas kahwin, mestila nak ada baby2 yang comel kan? wah, that's my long-life dream. having my own child. subhanallah.. my sarera :)



7. sekarang, hidup aku dah sempurna. eh, tapi rukun islam tak lengkap lagi! hehe, ni lah tempat yang paling paling aku nak pergi. nak rasa kekhusyukan solat dengan imam yang menghayati bacaan sampai mengalir air mata. merasai indahnya iman. itulah tanah haram, mekah. aku ingin mengerjakan haji bersama umi dan abah dan juga suami. insya Allah.





8. last sekali, untuk persiapan ke alam barzakh, sucikanlah hati..dunia ni tempat persinggahan je. yang kekal, hanyalah di alam sana. bak kata nenek aku, akhirat nanti ada dua tempat je. syurga ngan neraka. bukan macam atas dunia, ada macam2 tempat. 

kalau kita takde kat satu tempat tu, mungkin kita ada kat banyak lagi tempat yang lain. tapi kalau kat akhirat, kalau kita takde kat syurga, mesti kita ade kat neraka. mati boleh datang bila2 masa. sakit ke tak, accident ke lemas ke terbakar ke, tu semua hanyalah alasan untuk membawa kita ke alam sana. macam kat dunia, kita boleh pergi ke tempat yang kita nak tuju dengan macam2 cara. naik bus, naik tren, naik flight.. bertaubatlah sebelum matahari terbit dari arah yang berlainan.



Monday, April 26, 2010

tears.

satu cerita cinta indah..






3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

Siti ada satu soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

"Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.

"Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencari dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang- barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

kisah cinta ini mungkin kita pernah mendengarnya kan?

indah. tambah-tambah lagi nama heroin here, Siti :)

Tuesday, April 20, 2010

result dah keluar

penantian telah pun berakhir..
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah..
hanya tu yang dapat diucapkan
Allah memang maha pemurah kan? pemurah sangat2
rahmatNya turun tak kira kat sape2.
sebab  rase time final hari tu, asyik meminta je dengan Allah. sampai  rasa malu sebab suke meminta. tapi tengoklah, Dia takkan hampakan hambaNya. walaupun hambaNya ini terlalu sikit amalan yang diberi berbanding yang dipinta, tapi Allah tetap sayang kat hambaNya



.



sebenarnya final cgpa tak keluar lagi sebab ade satu lagi result pending.
tapi result subjek yang ade, memuaskan..:) alhamdulillah again..

cgpa berapa pun tak kisah asalkan above 3.6 sebab nak apply scholarship and nak dapat deanlist.

hope i will get what I want
dengan izinMU ya Allah

Monday, April 19, 2010

al Fatihah

Fatihah, or Fatehah?

sebenarnya, FATIHAH..tp bila dimelayukan, jadilah fatehah sebab? um..sebab susah kot nak sebut fatihah..

sebenarnya, ingin menyedekahkan surah ini buat Allahyarham Achik SPIN yang kembali kepada Yang Esa seperti yang dijanjikan pada pagi 17 April 2010.




on a serious note now. tipula kalau cakap tak terkejut kan.memang sangat sangat terkejut and sedih. and rase lost. walaupun jauh ngan dia, tapi kesian kat wife dia.. diorang baru je kahwin, anak baru satu, dahla masih kecil.. masa tengok melodi hari ahad the next day, sedih sangat bila dengar mak achik cerita yang anak dia tunggu je papa dia kat pintu. setiap kali bunyi kereta, mesti dia excited, ingatkan papa dah balik. sebab masa tu anak dia and wife dia tengah tunggu arwah sebab sebelum tu arwah call, dia cakap nak bawak wife and anak dia keluar. dia otw dari seremban ngan kawan2 dia. tapi bila bunyi call sekali lagi, luruh jantung wife dia bila kawan dia yang cakap, and bagitau, arwah dah takde.. untuk selama-lamanya..


innalillahi wainna ilaihi rojiun..

berikanlah isteri dia kekuatan.
sebab yang meninggal ni public figure, sudah tentulah wife dia akan diasak dengan pelbagai soalan dari wartawan. kasihan.. semakin dia cerita, sebenarnya semakin rindu tu kuat hadir kat suami dia..

ya Allah, teguhkanlah hati dia..

Thursday, April 15, 2010

baitul muslim

pernikahan menyingkap tabir rahsia.
suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
dan mengharapkan sebuah mahligai indah
untuk bersama belayar ke muara.

pernikahan menginsafkan kita
perlunya iman dan taqwa mengisi sabar dan redha
bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
susah mendatang tempuhi dengan sabar.. <3

Isteri,
janji telah dipatri..
diijabkabulkan dan dirahmati
detik pertemuan
dan pernikahan yang dihujani air mata kasih
demi syurga Illahi

Suami,
jangan menagih setia umpama Hajar
dan setianya Zulaikha
terimalah segalanya
yang terindah di lubuk hatimu
isteri adalah amanah buatmu

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
isteri ladang tanaman
suamilah pemegangnya
isteri bagai kejora
suami menjadi purnama
tika isteri beri hempedu
suami tabah menelannya..


Wednesday, April 14, 2010

for the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my husband and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I know I find myself so strong
Everything was changed when you came along
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you..
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I , I`ll be there for you
I know it deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

** sweet kan lyric die?
islamic love song.
why islamic? sebab lagu ni die tujukan untuk wife die (tp dalam ni i change it to 'husband')

cinta yang halal..itulah cinta sejati. sweet,isn't it?

Tuesday, April 13, 2010

ujian adalah tarbiyyah

salam.

tengah menghitung hari, 6 hari lagi keluar result.
Ya Allah, aku hanya harapkan yang terbaik dariMu.
jika aku layak untuk menerima keputusan yang seiring dengan usahaku,
semuanya dengan kehendakMu ya Allah
yang baik datangnya dari Engkau
dan yang buruk itu adalah dari hambaMu yang lemah ini..
Engkau yang memberi ilham. Engkau lah selayak2nya mendapat pujian.
Subhanallah..

pejam celik pejam celik, dah setahun rupanya berada di uia gombak.
main campus..
rasa macam baru je pakai baju batik purple tu untuk taaruf week
rasa macam baru je daftar kat office mahallah sumayyah
rasa macam baru lagi aku melangkah masuk AIKOL..
tapi, sebenarnya

remembering this, reminds me of my school days
Im not in the tender age of thirTEEN to sevenTEEN anymore
Im twenty years old
no longer a TEENanger.
oh, why all those memories still vivid in my mind?
why the time is so fast passing by?
I still can remember my table position when I was in standard 1.

in my life, i've learnt a lot.
betullah apa yang Allah cakap dalam surah Al Baqarah,

"la yukallifullahu nafsan illa wus 'aha"

kite kene fikir, no matter how long or how bad our life is,
semuanya adalah untuk mematangkan kita.
I still can feel I am a kid,
coz it's hard for me to let go those memories
I have to look forward and start to realize and learn that I am an adult.
a growing up girl who is definitely different with the girl who was wearing messy school uniform and comot face with many frens who only know to say "taknak kawan" 10 years back.

yes i have to learn..

new blog

salam..

oh yes, the title even shows that this is not my 1st blog
i have two. the other one is p&c.
and this is maybe, for public. for those who want to read though
of course this is optional

for those who are still wondering, I am Siti Nurhafiza binti Shari
i am 20 years old this year. still more months to come before my birthday
so im still 19.. yes, i was born on disember
26th disember
so boring waiting for my birthday every year.

i am school leavers. i am jobless.
cuz im uni student
still learning in this world
and been blessed by Allah swt to learn in uia
not only worldly thingy but also hereafter..
insyaAllah.. i will learn since im here
cuz still a poor servant to Him

enough said.
salam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails