Sunday, December 12, 2010

turning point in life


turning point adalah satu masa di mana kita, akan berubah dari diri kita yang asal. bukan alter ego, bukan hipokrit, tetapi berubah ke arah yang lebih baik, kerana turning point itu hadir. seperti Umar al Khattab yang bertemu titik perubahan kerana indahnya alunan surah Taha, Hindun, isteri Rasulullah yang dulunya seorang al kafir yang kental. pernah melapah badan Saidina Hamzah dan memakan hati beliau mentah-mentah tapi, akhirnya beliau dianugerahkan hidayah. 

Hidayah ni, tak semua orang akan dapat. even uncle Rasulullah sendiri, iaitu Abi Talib yang sangat baik dengan Nabi pun tak dapat hidayah tu walaupun Nabi sering berdoa kat Allah. Abi Talib, darah daging Nabi sendiri. kat situ Allah nak tunjuk, betapa hidayah tu hanya untuk orang yang terpilih sahaja.


.....bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..
-HLOVATE-

kerana tak terdaya untuk menahan seksa neraka. sangat pedih. sangat takut. kerana melihat sendiri betapa ramai yang mati sebelum usia. kerana mati itu rahsia. kerana itulah, turning point itu hadir. bukan senang nak ikhlas, memang payah. tapi turning point dalam hidup, hanya sekali. fake it till you make it. di samping itu, harus rajin berdoa..

"robbana la tuziq qulu bana, ba'da iz hadaitana wahablana min ladunka rohmah. innaka anta alwahhab"


agak terpegun melihat artis yang sudah ramai juga menemui turning point in their lives. sepeti mereka yang telah dipilih Allah ini..


farah diana anuar (farah af2)

saya suka farah ni since af2 lagi, sebab dia comel and happy-go-lucky. dari dulu lagi, dia bukanlah golongan yang seksi sangat. even dia pakai baju ketat sikit pun tak nampak seksi sebab dia bukan stok-stok wanita yang ayu camtu, sebab dia ni bising sket. sebab dia lah saya register jadi ahli fanclub farah. benda yang paling saya benci (fanclub) tapi seronok gak bila dapat kad raya and poster. haha. 

tu zaman form 3, abaikan. minat sangat sampai masuk fanclub tu memanglah amat luar biasa kan. ahah. farah jumpa turning point dia, iaitu untuk start bertudung bila dia selalu travel ke negara-negara Islam dalam Rasa Halal Orient. jadi pengacara kat Astro Oasis kena bertudung, so bila dia dah get used dengan tudung tu, dia rasa segan pula nak buka. 

hehe tipu je.. bukan sebab tu dia bertudung, tapi semasa dia mengunjungi Pusat Tahfiz di Kemboja. Nekad pakai tudung selepas solat pada malam israk mikraj. bagus farah ni, dia betul-betul bertudung. maksudnya, bertudung bukan untuk fesyen, tapi beliau tahu konsep menutup aurat yang sebenar, betudung agak labuh, dan baju pun semua dah longgar. happy for her :)




Ashraf Muslim

sesuai dengan nama. aish jarang kan dengar artis lelaki berubah. yelah, artis perempuan berubah ramai sebab boleh nampak i.e pakai tudung.

perubahan Ashraf mula disedari bila dia sekarang dah kurang berbual dan lebih banyak menjaga pandangan. ni pengakuan beliau :

"Saya masih orang yang sama. Cuma kini saya lebih menjaga percakapan. Memang saya akui saya kurang bercakap dan tidak lagi ligat seperti dulu. Sejak terbabit dengan ilmu perubatan ini, maruah diri juga perlu saya jaga dengan lebih baik lagi.

"Pemikiran dan wawasan saya juga berbeza, tidak lagi seperti dulu. Kini saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup. Dulu fokus saya hanya pada kerja, tetapi sekarang saya perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat,"

dia pun dah tak berlakon dah cerita yang pelik-pelik peluk-peluk pegang-pegang ni. latest tengok dia berlakon dalam cerita kat Astro Oasis dalam Cinta Sempurna, jadi ustaz. best gak cerita ni, sebab scriptwriternya Ustaz Hasrizal.



Catriona Ross

mendapat hidayah ketika menemani kawan beliau beli tudung kat KLCC. alang-alang dah teman tu, dia pun try test la gak tudung kat situ. tapi on the way balik dalam kereta, hati dia sebak sambil menangis-nangis kerana akui perasaan pelik yang terlintas dalam hati bila pakai tudung tu kat dalam butik tadi. ya Allah, indahnya hidayah!



Anne Hot FM

start bertudung after balik honeymoon dari Phuket Thailand. bertudung atas kesedaran sendiri, tiada sebab khusus. perubahan Anne ni amat menyentuh jiwa, sampai mengalir air mata Fara Fauzana. dia pun dah nak quit jadi DJ sebab ikut husband yang kena bertugas kat Doha. Alhamdulillah.


Liza Hanim

Juga tiada sebab khusus kenapa beliau bertudung. just one day, wake up dari tidur, dia rasa pagi tu adalah turning point in her life, dia nekad untuk bertudung.

banyak lagi sebenarnya kisah turning point yang menakjubkan. lagi bagus kalau buat dengan ikhlas, bukan dengan paksaan atau hipokrit. tak kurang juga, ramai yang dari bertudung ke free hair. 

benar tudung bukanlah lambang peribadi, tapi tudung itu tuntutan agama. kalau benda yang paling basic ni pun dah buat-buat tak tahu, bagaimana untuk lawan nafsu kat benda lain? yang dah bertudung tu pula, rajin-rajinlah berdoa semoga Allah kekalkan nikmat kesedaran diri ni.. lagi bertuah kalau lahir dalam keluarga yang menitikberatkan hal agama. ramai orang nak peringatkan nanti.


indah dunia yang mempesona
bagai nian terang menyala
sehinggakan terlupa pada akhirnya

dunia ini hanya pinjaman
untuk menguji keimanan
akhirat nanti yang menentukan
balasan syurga atau neraka

mengapakah dunia yang dikejari
sedangkan ia kan ditinggal pergi
apalah gunanya harta di sisi
jika jasad terkubur terkaku mati

bayangkanlah jika di dunia ini
bekalan terhenti mudah dicari
bayangkanlah pula di sana nanti
tanpa bekal pahala kita kan rugi

bersyukurlah sentiasa
dengan apa yang ada


Monday, December 6, 2010

Thank You Allah

bila saya lupakan Awak,
Awak ingatkan saya
Awak ingatkan saya dengan pelbagai ujian
supaya saya yang lalai ini kembali rebah dan tersungkur
menghadap Awak dalam tangisan

bila saya minta sesuatu
Saya sedih sebab Awak tak selalu terus bagi senang-senang
pelbagai halangan kena saya tempuh
Awak tak bagi dengan sekelip mata saja
sebab Awak tahu,
saya tidak akan sempat mengucapkan terima kasih
kaerana terlalu leka dengan nikmat yang cepat sangat saya dapat

Awak,
hari ini Awak bagi saya satu hadiah lagi
Awak tahu, saya sukakan hadiah ni
Awak tahu, inilah impian saya selama ini
Awak tahu, dengan hadiah ni saya mampu membuat wajah kedua orang tua saya bersinar
Awak tahu semuanya
sebab Awak sayang saya

Maafkan saya sebab kadang-kadang saya lupakan awak
tapi
bila saya sedih
saya cari awak
saya minta macam-macam
teruknya saya T.T
saya minta Awak tenangkan hati saya
saya minta Awak bimbing saya
saya minta banyak sangat

Awak,
saya nak ucap terima kasih banyak-banyak
saya tahu semua ini datang dari Awak
dari ibu-bapa saya yang tak putus-putus juga meminta dari Awak
saya akan jaga amanah ini sebaik mungkin
saya tahu ianya sementara
tapi saya akan cuba kekalkan
saya tak akan sia-siakan hadiah yang awak bagi
kalau boleh, saya nak simpan sampai bila-bila.
dengan keizinan dari Awak.

Terima Kasih, Allah s.w.t.






Friday, December 3, 2010

undescribable

despite everything... everythingggggg...

rasa takut sangat.

exam hari tu....

tak dapat jawab ICL dengan baik.
tak dapat jawab CONSTI dengan baik.
tak dapat jawab CRIMINAL dengan baik.
tak dapat jawab FAMILY dengan baik.

MOOTS pun tak dapat present dengan baik.

haishh.. takutnya. takutnya. takutnya.

tak ada satu pun berani target dapat A. tak berani. takut sangat.
kuat main-main. kuat tengok cerita korea. inilah padahnya.
time final exam sempat khatam "hello my lady" 16 episod.
betul-betul habis episod ke 16 petang after jawab Consti, paper last.


time cuti ni rasa bosan la pulak tengok cerita korea yang dah ada dalam laptop.
walaupun banyak lagi left untouched, pergi lagi download cerita lain. hm, nak jugaaaaak tengok masa study nanti. tengok tu? pastu bila result nak keluar mulalah rasa macam ada butterfly kat dalam stomach.


time cuti kat rumah kerjanya mendownload je ni. tapi sebenarnya, benda yang kita nak sangat buat time busy dulu, semuanya kita tak akan buat pun bila dah free. semua tu bisikan syaitan je. contohnya, orang yang belum kahwin, asyik pegang tangan 24 jam bila jalan dengan awek. nanti dah kahwin, 

"eh awak ni, cepatlah sikit jalan tu." 

 tu contoh lazim lah. 

kalau dalam study pulak, time tengah nak final tu, kita hanya mampu tengok je katil kita tak terusik pun cadar ngan bantal tu. dalam hati nak qada' tidur bila dah habis exam nanti. tapi, bila dah habis, kita tak akan dapat tidur pun. sebab masa tu syaitan dah takde nak goda pergi tidur. jahat sungguh encik syaitan ni. 

dulu kan, masa kecil-kecil, saya selalu tak dapat tidur time bulan puasa, sebab bila pejam mata je, mesti terbayang gelapnya kubur, terbayang diri ini yang akan masuk juga ke dalam tanah nanti. ngeri sangat fikirkan kenyataan tu. ye, itu kenyataan. betapa kita nak nafikan mati, ia akan datang jugak. tapi masa tu mumayyiz lagi, yang tahu, hanya rasa takut dan ngeri bila dapat bayangan tu, dalam hati terus berharap bulan ramadhan cepat habis supaya nanti syaitan elakkan daripada terbayang benda-benda menginsafkan neh. hehe. jahat sungguh. tapi sekarang, pandangan dah berbeza. rasa takut tetap ada, tapi ada juga rasa bertuah, kerana Dia nak bagi peringatan. takutkan mati sebab tu kunci taubat.

tapi kalau takut ingatkan result? tu kunci kejayaan jugak. tapi masalahnya kalau ingat takutnya hari mendapat result tu bila dah habis exam, tu namanya sia-sia. :( aduh.. kenapa baru nak rasa takut sekarang..



Robbana zolamna anfusana, wa in lam taghfirlana :'(

Ampuni aku Ya Allah, kerana telah menzalimi diriku sendiri..

just tawakal. He knows best cuz everything is under His will.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails