Monday, December 6, 2010

Thank You Allah

bila saya lupakan Awak,
Awak ingatkan saya
Awak ingatkan saya dengan pelbagai ujian
supaya saya yang lalai ini kembali rebah dan tersungkur
menghadap Awak dalam tangisan

bila saya minta sesuatu
Saya sedih sebab Awak tak selalu terus bagi senang-senang
pelbagai halangan kena saya tempuh
Awak tak bagi dengan sekelip mata saja
sebab Awak tahu,
saya tidak akan sempat mengucapkan terima kasih
kaerana terlalu leka dengan nikmat yang cepat sangat saya dapat

Awak,
hari ini Awak bagi saya satu hadiah lagi
Awak tahu, saya sukakan hadiah ni
Awak tahu, inilah impian saya selama ini
Awak tahu, dengan hadiah ni saya mampu membuat wajah kedua orang tua saya bersinar
Awak tahu semuanya
sebab Awak sayang saya

Maafkan saya sebab kadang-kadang saya lupakan awak
tapi
bila saya sedih
saya cari awak
saya minta macam-macam
teruknya saya T.T
saya minta Awak tenangkan hati saya
saya minta Awak bimbing saya
saya minta banyak sangat

Awak,
saya nak ucap terima kasih banyak-banyak
saya tahu semua ini datang dari Awak
dari ibu-bapa saya yang tak putus-putus juga meminta dari Awak
saya akan jaga amanah ini sebaik mungkin
saya tahu ianya sementara
tapi saya akan cuba kekalkan
saya tak akan sia-siakan hadiah yang awak bagi
kalau boleh, saya nak simpan sampai bila-bila.
dengan keizinan dari Awak.

Terima Kasih, Allah s.w.t.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails