Monday, May 9, 2011

kehidupan asasi UIA

FIRST of all, tahniah kepada awak semua yang berjaya sambung belajar kat pusat asasi UIA. Alhamdulillah, berjaya juga sambung pelajaran kat universiti rebutan ramai ni.

and alhamdulillah jugak my sister dapat UIA juga. walaupun dia macam tak nak pergi pada mulanya tapi dah kena brainwash sket-sket baru terbuka hati nak datang. dia dapat asasi senibina which is tak ada langsung dalam senarai yang dia suka. haha. tulah, sape suruh kakak kamu yang baik hati ni isikan borang. memandai je kan saya isi kan upu untuk dia.

kos yang kita ambik nanti tak semestinya apa yang kita nak kan. bila tengok result and bakat dia, saya rasa dia tak sesuai la nak masuk Tesl. dia patut masuk bidang arkitek. dapat A-/A/A+ English bukan tiket nak masuk TESL. kalau dah datang UIA ni baru tahu nanti. orang lain cakap English kat sini MOSTLY (tak semua) fuhh pekat! tak boleh lawan! so memandangkan my sis ni dia macam just boleh write well je compared to speak *well, orang kelantan kan biasalah.. malu nak praktis cakap omputih* so saya isikan borang upu hari tuh letak arkitek betul-betul kat tengah.

nak isi borang ni ada caranya juga. jangan hentam sahaja. walaupun result kita tinggi, tapi ingat, ada lagi orang yang result lagi tinggi dari kita. so, kalau kita nak kos tu, and kita just dapat result biasa-biasa sahaja, make sure letak pilihan universiti yang kita nak tu kat tengah-tengah. pilihan ke5 atau ke 6. and, make sure jugak, letak kos tu paling atas dalam uni yang kita nak. contohnya macam ni.

1. TESL - UPSI

2. TESL - UNISZA

3. TESL - UITM

4. LAW - UITM

5. SENIBINA -UIA

6. LAW - UIA

7. ENGLISH - UIA

8. TAK INGAT?

masa tolong isikan dulu, adik dah cakap dia nak tesl kat universiti tu semua. asal ade tesl jek dia suruh letak. tapi saya memang taknak dia masuk TESL. Memang tak mahu walaupun dia dapat A. so, dalam senyap-senyap kakak yang baik ni dah set kan yang dia ni sesuai masuk arkitek kat uia, based on result spm dia and dia ada bakat melukis and dia jugak malas membaca. memang letak tesl kat atas. tapi sebab result dia biasa-biasa je, so first choice tu tak akan dilayan. result sederhana kena letak kat nombor sederhana tapi letak uni tu banyak-banyak.

okay? maksudnya macam kat atas tu, saya letak arkitek kat nombor 5 (nombor sederhana untuk result sederhana) and letak arkitek sebagai kos pertama yang diminta di UIA. then, untuk menunjukkan kesungguhan kita nak masuk uni tu, kita kena letak uni tu banyak-banyak kat bawah. macam kat sini, selepas arkitek di pilihan ke 5, saya letak law dan english UIA di pilihan ke 6 dan ke 7.

trick je tu sebenarnya. aim utama adalah, saya nak masukkan adik saya kat uia dalam kos arkitek. and alhamdulillah berjaya. rezeki dari Allah. tapi semua ni buat senyap-senyap je lah. adik saya tu minat tesl. tapi minat tak penting, yang penting mampu ke tak. macam saya dulu obses sangat dengan bidang perubatan. budak-budak kecik dulu tengok cerita kartun, saya tengok medik tv. haha. memang minat tengok doktor jahit, bedah, tukul badan orang. tapi nasib tak menyebelahi. minat tapi tak mampu. jadi, baik ambil kos yang kita mampu sahaja daripada apa yang kita minat.

oh ya, bagi sesiapa yang dapat kos yang awak tak suka, awak masuk je dulu universiti tu. biasa akan ada proses tukar kos. tapi harus realistik. mohon hanya kos yang melepasi syarat yang ditetapkan.

kehidupan asasi di uia

ada beberapa perkara yang membuatkan uia ni satu universiti yang sangat istimewa. pusat asasi uia, peraturan dia tak delah ketat macam sekolah tapi tak adalah selonggar macam kat universiti lain.

1. TEST ENGLISH, ARAB, FARDHU AIN, DAN KOMPUTER

firstly, kat sini awak kena ambik test time orientasi (taaruf week). bukan satu tapi empat. huhu. test english, arab, and komputer. ni semua kira macam subjek wajib la awak kena ambil thru out your asasi life. kita go thru one by one okay?

a) English (EPT)

paling penting test english sebab dia akan tentukan tempoh belajar awak kat asasi. basically,kalau awak dapat level rendah, makin lama awak akan belajar kat sini. here is the table.

-level 3 - dua tahun

-level 4 - dua tahun

-level 5 - setahun setengah

-level 6- setahun

-exempted (dikecualikan sebab english perfect score time EPT) - setahun

tapi ni basically lah. tapi untuk Human Science dan Ekonomi, level awak lain.. iaitu:

level 3 - dua tahun

level 4 - setahun setengah

level 5 - setahun setengah

level 6 - setahun

exempted -setahun

bezanya ialah level 4 pun boleh buat setahun setengah. and, untuk kos Ilmu Wahyu dan Bahasa Arab, level awak pun lain iaitu depends kat level bahasa Arab awak nanti. kiranya kalau awak dapat level 6 or exempted sekalipun, still awak kena buat dua tahun kalau Arab start dengan level 1.

b) Arabic (APT)

for those yang tak ada basic langsung bahasa arab, and even tak pernah kenal huruf alif ba ta pun, jangan risau sebab awak still kena masuk test ni. haha. ye betul. tapi masuk, tulis nama, then balik jelah. sebab memang konpem la awak akan masuk kelas Arab Level 1. tak payah risau ok? sebab kat level 1 ni, dia akan ajar dari bawah, macam budak tadika nak kenal ABC. tak ada esei bagai. just garis jawapan, padankan jawapan yang tepat, and belajar tulis huruf jawi. oh dulu saya pun level 1 juga *malu* sebab memang tak ada basic arab. so masuk test arab tu, duduk and tulis nama je lepastu boleh balik and sambung tidur.

untuk law student, awak kena ambil arab sampai level two. tapi untuk kos lain, just sampai level one je. tapi untuk kos bahasa arab dan ilmu wahyu, awak kena habiskan sampai level 4 kat matrik.

c) Fardhu Ain

test ni pulak akan tentukan sama ada awak patut masuk kelas fardhu ain atau pun masuk usrah kat matrik tu. kalau awak dapat markah lebih daripada yang ditetapkan contohnya 25 ke atas over 40, awak layak masuk usrah. lebih kurang dengan kelas fardhu ain iaitu wajib datang tapi bezanya yang ajar tu, budak batch kite jugak, yang hanya salah satu dua je dalam test ni. kira yang hebaaakk la. belajar dalam bulatan, and just santai-santai je sambil dengar tazkirah daripada naqibah kita tu. boleh juga discuss isu semasa atau nak luah perasaan pun boleh. haha. tapi kalo kelas fardhu ain, untuk sape-sape yang tak berjaya dapat markah 25 ke atas masa test hari tu, awak kena belajar ngan ustaz/ustazah dalam kelas and ada exam tau.

d) Computer (CPT)

test komputer ni akan tentukan sama ada awak patut ke tak belajar komputer kat matrik nanti. soalan objektif je so boleh tembak-tembak. jangan haraplah nak jawab betul-betul sebab soalan dia memang susah. dia akan tanya segala jenis urat belikat dalam komputer tu. segala software, bluetooth bagai. ramai gak yang lulus test ni sebab main tembak-tembak. tapi malang lah bagi dorang sebab belajar komputer ni satu advantage. nanti dalam resume tak ada subjek komputer sedangkan bila nak minta kerja, kemahiran komputer sangat penting. so baik tak payah buat betul-betul. kalau tak lulus, nanti boleh masuk kelas komputer yang fun. huhu.




2. ETIKA BERPAKAIAN (DRESS CODE)

kat uia ni mesti awak imagine semua orang warak-warak dan lelaki skema pakai kopiah bagai kan? okay sekarang buang imaginasi tuh. memang ada golongan tu tapi kebanyakan and bukan semua.

apa yang paling penting, nak pergi kelas wajib lah pakai kasut atau sandal and kad matrik. tapi tudung tu kena bawah dada kalau tak kena saman. mekap pula tak boleh heavy sangat nanti kena saman jugak.

and ada sekali dalam seminggu, (during my time, it was on wednesday) yang semua student perempuan wajib pakai tudung putih, and lelaki wajib pakai kasut dan tie. kira untungla nih, sebab dulu, sebelum uia bertukar dari matrikulasi uia ke pusat asasi uia, student kena pakai tudung putih setiap hari dan begitu juga dengan lelaki, wajib pakai baju kolar dan tie.

tudung student perempuan, tak boleh ada corak-corak. dalam bahasa lainnya, hanya tudung bawal je dibenarkan dalam kelas. tapi boleh je nak pakai tudung lain, asalkan tak ada corak. sulam-sulam sikit tu bolehla. okay?

******************

that's all kehidupan kat pusat asasi uia yang awak kena tahu. yang lain tu, macam universiti lain juga. kat uia ni seronok sangat. untunglah sape yang dapat uia. untung sangat, so jangan sia-siakan peluang ni and belajar sungguh-sungguh! kepada yang tak dapat uia sedangkan awak nak sangat macam my dear cousinssss seramai 3 orang tuh, jangan putus asa okay! buat rayuan. ataupun, masuk degree nanti, apply je uia. ramai je budak u lain join uia time degree. so, jangan putus asa. Allah knows best.


19 comments:

  1. Salam kak.. information ni sangat membantu..
    huhu..
    sy nak tanya..
    yg ept tue, camne lau markah teruk sangat? kira level 6 ke?
    yg arab tue, sy blaja jea smpi form 3 , tapi memang dah lupa gilaa :p
    fardu ain , huhu.. banyak dah lupa ni.. lau yg biasa2 takpe lahh, susah tak?
    komputer tue, ok sy ikut cm akak, buat2 tak reti jea *padahal memang tak reti pun*

    huhu... ohh, lau selendang kosong tue leh? makeup takleh heavy? huhu saman tue cmne? lau eyeliner gn lip ice jea, boleh kan? XD

    ReplyDelete
  2. fyra..

    kalau ept markah paling rendah, akan dapat level 3. which means kena jalani matrkulasi selama dua tahun. tapi kalo dapat level 6, just setahun je :) kalo dapat level5 pulak, just setahun setengah.

    takpe, arab level one ni ramai je student yang dah ada basic arab, tapi still masuk level one. kira bonuslah kalo macam tu. tapi untuk kos sains, arab yang dorang blaja senang je compared to arab yang budak law, budak bahasa arab dan ilmu wahyu belajar.

    fardhu ain senang jugak nanti. soalan macam more on common sense. buat betul-betul tau!

    haa.. bagus2.. tembak2 je soalan komputer tu. huhu

    yup, selendang kosong boleh je.. just jangan ada corak2 bunga, kartyun semua tu. saman tu either lecturer atau guard yang akan saman rm50. kat uia pj strict sikit compared to uia nilai. mekap heavy tu macam mekap pengantin. tebal sgt. tapi kalo pakai eyeliner and lipice tu okay je :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak,kalo tdg bwl tu mknanya tdg bwl bidang brp ek? n tdg bawal yg bidang biasa mcm yg slalu jmpa dkt psr mlm tu blh x?n surah2 yg slalu kna hafal tu cthnya mcm surah apa ek?antara matrix dgn asasi uia, akak rasa mana lg best?sori byk soal..juz minat nk g uia..

      Delete
  3. Ohh trimas ea akak. :) hee, saje selitkan pasal makeup tue.. :p actually tak kesah. Okayy2. Terima kasih banyak2 :D

    ReplyDelete
  4. My sis pun dapat masuk UIA. Thanks for the info, at least I know more or less how is life in there. So, boleh la empati dengan lebih baik kalau dia share story. Cool!

    ReplyDelete
  5. salam , kak , adik akak tu dpt brpe a ?
    nk tau taktik isi borang upu .
    nk sgt dpt masuk uia .
    hee :)

    ReplyDelete
  6. salam akak..
    sy nie betol2 tak tahu nak isi UPU tu mcm mne..
    and aim sy nk msok UIA..
    and saye minat sgt ENGLISh..
    law pun same..
    tp sy bdak mrsm, rmai org ckp rugi la ape..
    sy mmg dh x bole nk go on dgn science subject..
    so..what should i do then??

    ReplyDelete
  7. thnks for the info! :D nak tny yg test english tu test mcm mana? :D ada essay ke ape ke

    ReplyDelete
  8. salam akaq,,sy ta pham taktik akq isi borg upu tu cam ne...hehe..
    mksud akaq isi mcm tu klu result sdrhne?klu result baek cane pulak?hehe

    ReplyDelete
  9. nk tanya....klau engineering which universiti yg trbaik?

    ReplyDelete
  10. Salam
    Nak tanya jugak, hehe, saye ex-student science stream, sekolah harian biasa, boleh ke apply asasi HS ni?

    ReplyDelete
  11. ana iki: adik akak dapat 4a je. nanti try la isi macam kat atas ni :)

    ceritattgakudankamu: wassalam.. adik try la cara kat atas ni, if feel free, adik boleh pm akak kat fb, sarerai@yahoo.com and bagi result. akak akan bagi list by order camne nak isikan. jgn risau, dak law ramai dak mrsm.. kalau rasa takle cope dah ngan sains, better jgn paksa diri kan? :)


    untoldhistory: same2 :) yup, essay. senang je jgn risau kay ;)

    amirah: adik try pm akak thru fb result adik, akak boleh ajarkan camne nak isi.. sarerai@yahoo.com :)

    azhar: kalau engin, UTM yang terbaik :) UIA maybe second..

    mirul: wassalam. boleh2.. HS ni sangat universal. arts and sains sume boleh masuk :)

    ReplyDelete
  12. assalam,,nk tanye..
    sy plajar lepasan SPM 2011..result Spm sy 9a2b..b fz and addmath
    sy dpt twrn UIAM utk course Allied Health Science@ Sains kesihatan bersekutu..
    tp sy xnak course tu..sy betol2 nk dentistry
    mcm ne nk tukar course?
    -tolong la sy-

    ReplyDelete
  13. nk tnye, ade tips x mcm mne nk make sure english dpt level 6?

    ReplyDelete
  14. payah dak asasi law? aritu msa upu dpt aasi law kat uia

    ReplyDelete
  15. tdg sarung plain xleh ke..tgok kt blog laen perfume/deoderant pun xleh..betul ke..btw saya dpt asasi kt uia pj

    ReplyDelete
  16. kalau untuk ept saya score tapi apt berderai, takpe ke? atau mesti score dua dua jugak untuk belajar setahun je? arab belajar last form 3 dulu. nak revise balik dah karatlah.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum ,
    Betul ke ada budak dari U lain join uia time degree ? bukan ke untuk degree uia , uia just ambik budak asasi dia je ? and saya sebenarnya pelajar matrik dan sangat berminat nak masuk uia tapi tak dapat uia untuk UPU.

    ReplyDelete
  18. thanks a lot 4 sharing with us!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails