Monday, August 27, 2012

About UIA u need to know :)

Assalamualaikum..

Ya Allah dah hampir setahun my entry regarding  syarat kelayakan ke uia terchenta, and there are a lot of questions yang tak sempat saya jawab. maaf sangat-sangat :( but here, insya Allah i will try to answer your questions as best as i can. insya Allah.

1. apa skop kerja untuk cos human science?

--> sebenarnya human science ni adalah satu course yang saaaangat luas. bila kat matrik, adik semua akan belajar general knowledge, and bila degree - adik kena pilih nak major dalam bidang apa.

     1. communication - yang ni macam mass comm. so bila dah kerja boleh involve dengan tv or radio

    2. history & civilization - boleh try apply kerja at museum, NGOs, ministry. 

    3. political science - ni lebih kurang belajar law sikit. more to kenegaraan and of course, politics :)

   4. sociology & anthroplogy - my fren yang majoring in this, sekarang tengah praktikal at pejabat khidmat  masyarakat.

    5. psychology - of course boleh jadi pakar psikologi :) or kaunselor

                   
2. wajib tak belajar bahasa arab?

---> wajib sayang. kat uia memang wajib belajar bahasa arab walaupun adik semua dapat course yang tak ada kaitan langsung dengan bahasa arab macam arkitek or engineering. wajib ambil, tapi sangat basic. so senang je sebenarnya. belajar tulis huruf alif ba ta, belajar buat karangan yang hanya 5 perenggan, lepas tu karangan pun tajuk macam darjah 1 i.e keluarga saya, hobi saya. memang best belajar bahasa arab ni. :) macam kembali ke zaman kanak-kanak je.


3. nak sambung degree muet kena dapat band berapa?

----> berita baik untuk student matrik uia, kalau nak sambung degree, tak kisah muet band berapa pun as long as adik semua lepas English Placement Test (EPT) yang uia buat. so as long as exempted, boleh je masuk degree dengan muet band 1 pun :) kawan akak ramai je dapat band 2 tapi dapat masuk law degree. dengan syarat, lepas semua ujian dalam EPT. 


4. course account ada tak?


----> ada :) bila kat matrik, adik akan dapat course Economics and Science Mgmt. bila dah nak masuk degree, adik boleh tentukan nak majoring in apa. ada 3 major area yang adik boleh pilih :

     1. bachelor of economics

     2. bachelor of business admin

     3. bachelor of accounting  -- ni la course yang adik cari tu :) 


5. diploma office management at uitm boleh masuk degree apa kat uia?

----> adik boleh try apply bachelor of business admin under kuliyyah of econs & science mgmt

6. boleh tak nak amik ilmu wahyu tapi tak ada basic arab?

---> tak boleh sayang sebab bahasa arab sangat penting dalam course ni, and salah satu syarat minimum untuk apply course ni is kena dapat at least B+ bahasa arab.


7. kalau fail maths boleh ke nak apply law?

----> akak tak sure kalau fail boleh ke tak, tapi ada je orang dapat C maths tapi boleh apply. apa-apa pun try dulu ye? mana tahu ada rezeki :) sebab law tak guna maths langsung pun :) ada sikit guna tapi bila dah masuk degree. 


8. kalau dapat program ilmu wahyu boleh tukar course sains hayat / medic tak?

---> biasanya dari course arts (ilmu wahyu is one of the arts courses) agak susah nak apply ke science based course. tapi kalau result spm strong, insya Allah boleh. cuma kena lalui few interviews and ujian.

9. boleh ke pelajar sains tulen nak apply uia?

---> boleh sangat-sangat!! dulu akak pun macam adik gak, takut nak apply uia sebab ingatkan uia ni hanya untuk kos agama je and kena ada basic arab kat sekolah. actually not like that :) kat sini ramai sangat from sains tulen especially engin, arkitek, medic, and any other science based courses.

10. kalau dari universiti lain boleh ke nak apply degree uia tapi tak ambil muet?

----> kalau dari univ lain either diploma or asasi, adik kena dapatkan muet band 4 dulu baru boleh masuk uia :)

11. berapa orang satu bilik dalam mahallah?

----> depends adik dapat mahallah mana. kalau zainab, 4 orang. aisyah 8 orang, khadijah 4 orang, and kalau mahallah lelaki, mahallah abu bakar tak silap akak 12 orang. tapi bila masuk degree, akan standardize, semua mahallah akan ada 4 orang sebilik yang kita pisahkan dengan compartment. sangat selesa and privacy :)


12. mata pelajaran wajib uia

di peringkat asasi -- bahasa inggeris, bahasa arab, computer, pendidikan agama (understanding islam. religion in malaysia, basic theme of quran), fardhu ain / study circle (macam halaqah usrah).

peringkat degree -- 

          1. bahasa melayu

bahasa melayu kerjaya, bahasa melayu lanjutan, bahasa melayu kejuruteraan (engin students only) bahasa melayu perundangan (law student) 

          2. subjek from kuliyyah ilmu wahyu (IRKHS)

islamic worldview, islam knowledge & civilization, methods of daawah, ethics & fiqh.

         3. subjek COCU

1st year - study circle / fardhu ain
2nd year - leadership & management, parenting & family management
3rd year - skills - boleh pilih nak skill apa - ada banyak cthnya swim, sew, cook, archery etc.

         4. bahasa inggeris

dah tak belajar grammar and writing macam kat asasi. peringkat degree, it's more to teach you on how to write research. susahhh tapi best :) 

          5. bahasa arab

hanya untuk courses under kuliyyah ilmu wahyu (IRKHS) je termasuk bachelor of english & literature and human science. course lain dah tak payah belajar arab dah di peringkat degree. 

13. english dapat C, boleh ke nak apply engin?


---> sangat boleh! tambah-tambah kalau result spm for physic, add maths and maths best. kalau 3 tu dapat A, insya Allah boleh sangat nak apply engin :)


hope these questions dapat clarify segala kekusutan di jiwa. he. if there's anything yang adik nak tanya, boleh inbox terus fb akak - sarerai@yahoo.com. insya Allah, akan tolong selagi boleh tolong :)

and.. for those yang dah dapat UIA, high five! welcome to UIA! it's your once in a lifetime opportunity untuk grab sebanyak mungkin ilmu duniawi and most importantly ukhrawi :D

bulan 9 ni bakal jadi final year student. sangat cepat masa berlalu :(



a view from my room, mahallah safiyyah.








5 comments:

  1. Slm, sis. I just changed course to law and I accidentally found your blog while trying to figure out the class schedules. Can you help me? I don't have any law seniors/friends I can ask. Eg for LAW 1020, the schedule is m-w 8-8.50 am, thur 4-5.50 pm and wed 4-4.50 pm in one section. Does this mean I have to attend all 3 time slots or do I choose one time slot? Sorry for the inconvenience I don't know who else to ask. Thank you :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.

    oh nak tengok jadual senang je. kelas wajib yang perlu attend is kelas yang terus ada 2 hari kelas tu. cthnye macam kat cni, LAW 1020, kelas wajib yang perlu pergi is on mon and wed 8-9 am.

    the other slots are tutorials. sis boleh pilih either nak pergi on

    1) thurs 4-5
    2) thurs 5-6
    3) wed 4-5

    welcome to aikol :)

    ReplyDelete
  3. Ohhh, mcm tu rupanya. Saya stress tgk schedule ingat kena attend all 3 slots hehe. Thank you so much, sis :)

    ReplyDelete
  4. salam , kak saya berminat sangat nak amek law tapi result and spm saya dapat b+ untuk bi dan sej , math dapat c and saya tak dapat kredit untuk kimia and addmth cuma fizik je kredit . layak ke saya nak apply akak ?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....akak kalau saya Amek asasi ekonomi dan sains pengurusan di UIA ...nanti kalau sambung degree kena tak ambil MUET

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails